soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Explore

jerangau Nama Scientifik : Acorus calamus L.
Nama biasa : Sweet flag, Calamus root
Nama tempatan : Jerangau
Famili : Araceae

Pendahuluan:

Jerangau mempunyai sejarah yang sangat panjang mengenai penggunaan ubat-ubatan dan ianya digunakan dengan meluas dalam perubatan herba modern sebagai perangsang aromatik dan tonik ringan. Ia telah digunakan di Asia sekurang-kurangnya 2 abad yang lalu oleh orang-orang Cina dan India. Di Malaysia, ia ditanam di kawasan belakang rumah terutama orang Melayu dan India, di mana biasanya digunakan pada bahagian luaran sebagai bahan tuam atau losyen.

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Akar jerangau adalah herba saka yang boleh membesar dengan mencapai ketinggian sehingga 1.0 m. Ia mempunyai daun seperti rumput , panjang, tirus, menjulur naik dari rizom. Daun bersusun secara teratur, ringkas, glabrus, keseluruhan daun berwarna hijau dengan daun berbentuk bilah memanjang. Urat daun selari dan membentuk sisipan. Daun beraroma. Rizom berbau sangat wangi yang mengandungi minyak beraroma. Keratan rizomnya berwarna putih dan sangat berserabut.

Tabiat Tumbuhan:

Tumbuhan ini boleh didapati di kawasan-kawasan berair seperti sungai dan terdapat juga di sekeliling kolam dan tasik.

Bahagian Yang Digunakan:

Rizom

Amalan Tradisi Perawatan:

Jerangau dilaporkan telah digunakan sebagai anti-bakteria, antiseptik, antikonvulsi (anti-kejang), dan boleh menyebabkan muntah . Rizom digunakan sebagai ubat untuk angin, kembung perut, pencernaan yg terganggu dan demam yang tidak berpanjangan, reumatis, penyakit saraf, gangguan usus, cirit-birit di kalangan kanak-kanak, jangkitan pada bronkial dan penyakit asma. Jerangau digunakan untuk penyediaan kordial minuman keras, bahan aroma , perisa bir dan membuat minyak wangi.

Keremak Nama Scientifik : Eclipta alba hassk
Nama biasa : False daisy
Nama tempatan : Keremak
Famili : Compositae

Pendahuluan:

Keremak biasanya dimakan mentah sebagai salad atau 'ulam'. Menurut sistem perubatan Ayurveda, tumbuhan ini mempunyai banyak ciri-ciri perubatannya yang 'tersembunyi' dan amat mujarab dalam membantu kesihatan jantung dan sistem peredaran darah. Ia juga merupakan herba penting yang digunakan untuk menyuburkan buah pinggang dan hati.

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Keremak merupakan sejenis herba menjalar dan bercabang yang boleh tumbuh dengan ketinggian kira-kira 15-20 cm. Daunnya ringkas, hijau, glabrus dan susunan daun dalam pasangan yang bertentangan. Daun bujur berbentuk pisau pembedah dan bergerigi cetek yang berwarna kemerahan. Mempunyai bunga yang terletak pada bahagian atas dan panjangnya kira-kira 6-8 mm

Tabiat Tumbuhan:

Keremak boleh dilihat tumbuh liar di kawasan tanah lembap, di samping kawasan tepi sungai, sawah padi , di kawasan ladang-ladang tebu dan di tepi-tepi jalan.

Bahagian Yang Digunakan:

Daun , keseluruhan pokok

Amalan Tradisi Perawatan:

Tumbuhan ini digunakan untuk merawat hepatitis, demam kuning, artritis, penyakit kulit dan merangsang pertumbuhan rambut. Di Malaysia, air rebusan akar digunakan terus atau dicampur dengan biji jintan putih dan sering diminum oleh wanita Melayu selepas bersalin. Ia juga digunakan sebagai tonik rambut, boleh menyebabkan muntah, obat pencuci perut, rawatan sembelit dan gastrik. Daun yang ditumbuk biasanya digunakan untuk merawat penyakit kulit, kusta dan untut. Daun yang direbus dan disapu pada gusi untuk mengurangkan sakit gigi.

KacipFatimah Nama Scientifik : Labisia pumila Benth
Nama biasa : Selusuh Fatimah
Nama tempatan : Kacip Fatimah Kacip Siti Fatimah
Famili : Myrsinaceae

Pendahuluan:

Kacip fatimah merupakan salah satu bahan paling popular dan mujarab yang digunakan dalam penyediaan herba tradisional atau 'jamu' untuk penjagaan tubuh selepas bersalin. .Kacip Fatimah secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan sistem peranakan wanita yang sihat serta untuk membantu mengetatkan bahagian peranakan dan juga untuk meningkatkan fungsi seksual. Kacip Fatimah kaya dengan "phytoestrogen" dan "isoflavones" yang mana bahan tersebut boleh melegakan gejala menopaus. Di Malaysia, Kacip fatimah juga dikenali sebagai "Selusuh Fatimah" (secara literal ialah sebagai ubat bersalin Fatimah) dan "Kacip Fatimah" (gunting sirih Fatimah). Akar Kacip fatimah juga didapati mengandungi "benzoquinone" dan "resorcinol".

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Kacip fatimah merupakan sejenis herba renek dengan rizomnya menjalar. Daunnya yang keluar sedikit lurus dan berwarna hijau tua , manakala di tempat teduh tepi daunnya berwarna hijau muda. Tangkai daun agak pendek dan berbentuk sedikit leper. Batangnya tumbuh tegak, berwarna perang dan mempunyai bekas daun (parut) yang nampak dengan jelas. Parut tersebut mampu mengeluarkan akar dan akar boleh kelihatan menonjol keluar dari parut lama.

Tabiat Tumbuhan:

Sejenis tumbuhan yang hidup subur di tempat teduh. Pancaran cahaya matahari di kawasan terbuka atau separa teduh boleh mendatangkan bahaya semasa penubuhan dan pertumbuhannya. Ia adalah sejenis herba yang agak lambat membesar. Pada kebiasannya, ia boleh dibiakkan secara biji benih di tapak semaian di bawah kelembapan yang tinggi dan mempunyai teduh.

Bahagian Yang Digunakan:

Keseluruhan pokok

Amalan Tradisi Perawatan:

Bahan tampalan yang disediakan dengan mencampur daun Kacip fatimah dan minyak kelapa disapukan pada perut bayi untuk melegakan sakit perut. Kacip Fatimah juga telah digunakan secara tradisi oleh kebanyakkan wanita Melayu semasa melahirkan anak dan ia boleh membantu memudahkan proses kelahiran dan juga dijadikan sebagai ubat selepas bersalin. Ia juga membantu saluran kelahiran, dan mampu memulih semula kekuatan tubuh, mengawal kitaran haid dan mengelakkan sakit serta mengurangkan gejala menopaus. Secara tradisinya , tumbuhan ini direbus dan perahan air diambil sebagai minuman. Kegunaan tradisi lainnya adalah untuk merawat disentri, penyakit sendi dan gonnorhoea. Tumbuhan ini juga boleh membantu menegangkan otot abdomen. Kajian saintifik mendapati bahawa ciri-ciri perubatan dan aktiviti biologinya adalah disebabkan oleh kehadiran "phyto estrogen" (estrogen tumbuhan) secara semula jadi dalam tumbuhan ini.

Bunga Raya Putih Nama Scientifik : Hibiscus rosa-sinensis L
Nama biasa : Chinese hibiscus
Nama tempatan : Bunga raya putih
Famili : Malvaceae

Pendahuluan:

Bunga raya berasal dari Negeri China dan Kepulauan Pasifik. Bunga raya merupakan bunga kebangsaan kita. Selain daripada keindahan semulajadinya, ia juga mempunyai sifat-sifat perawatan yang sangat penting. Ia telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional Cina dan India di mana semua bahagian tumbuhan yang dianggap berguna dalam perawatan pelbagai jenis penyakit.

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Bunga Raya merupakan sejenis pokok renek berkayu dan mempunyai kulit kayu berwarna kelabu cerah. Daunnya berbentuk daun ringkas, berwarna hijau muda, berbentuk "ovate" dan tepi daun bergerigi pada separuh daun menghala bahagian atas. Bunganya agak menonjol, bilangannya sekuntum yang terletak di hujung tangkai yang panjang.

Tabiat Tumbuhan:

Bunga raya merupakan tumbuhan yang ditanam dan kebanyakkannya di halaman rumah dan juga dijadikan sebagai tanaman lanskap.

Bahagian Yang Digunakan:

Daun, akar dan bunga

Amalan Tradisi Perawatan:

Daun dan tunas bunga muda secara tradisinya digunakan sebagai alat tuam untuk merawat bisul dan bengkak. Bunga raya merah dicampur dengan biji betik digunakan untuk mengawal haid dan juga digunakan untuk pengguguran. Di Malaysia, air rebusan akar digunakan untuk merawat demam dan penyakit kelamin. Manakala bunganya digunakan untuk rawatan penyakit bronkitis dan kadang-kadang digunakan sebagai bahan pewarna makanan. Rebusan akarnya juga digunakan untuk rawatan batuk, demam, sakit mata dan penyakit kelamin. Kulit kayu dari pokok bunga raya dari varieti bunga putih digunakan untuk merawat komplikasi kelahiran bayi. Daun dan bunga digunakan untuk merawat penyakit kulit dan untuk melegakan demam. Manakala rendaman daun atau tuaman daun digunakan untuk merawat sakit kepala dan bisul. Akar juga digunakan untuk merawat karbunkel (Jangkitan pada kulit dan tisu subkutaneus oleh Satyphyllocossus aureus yang akan menyebabkan radang ulser,bisul atau tumor).

Bertam Sulur Nama Scientifik : Corymborkis veratrifolia (Reinw.) Blume
Nama biasa : White Cinnamon Orchid
Nama tempatan : Bertam sulur
Famili : Orchidaceae

Pendahuluan:

Sejenis orkid yang mempunyai nilai perubatan yang kurang dikenali. Namun begitu masyarakat melayu menggunakannya sebagai rawatan untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan.

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Sejenis herba terestrial (tumbuhan yang tumbuh di atas tanah) yang tumbuh secara berumpun. Bunganya berwarna putih dan boleh bertahan hanya beberapa hari sahaja. Dipercayai didebungakan oleh rama-rama. Mempunyai batang yang tumbuh secara menegak. Helaian daun berukuran kira-kira 22-27 x 4.5-10 cm dan panjang tangkai daunnya kira-kira 0.5 cm . Mempunyai urat daun utama yang selari kira-kira 7-9 urat. Permukaan bawah daun berbulu agak jarang dan nampak seperti berkarat. Ukuran bunga kira-kira 5-10 cm panjang dan boleh mencapai sehingga 60 kuntum bunga. Ukuran sepal adalah lebih kurang 20-30 x 2-3 mm. Manakala ukuran kelopak bunganya adalah lebihkurang 25-30 x 3-4 mm.

Tabiat Tumbuhan:

Boleh didapati di kawasan hutan pamah hingga ke kawasan berketinggian sehingga 300m apl. Ia tumbuh di kawasan tanah yang berporos (serapan air yang bagus) dan pada kelembapan tanah yang tinggi.

Bahagian Yang Digunakan:

Daun

Amalan Tradisi Perawatan:

Daun segar yang dikunyah boleh menyebabkan muntah untuk mengubati demam di kalangan kanak-kanak dan cirit-birit.

Pencapaian Pelaksanaan Piagam Pelanggan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia  Bulan Mei 2016

Bil Piagam Pelanggan Bilangan aktiviti
yang menepati sasaran
1 Semua permohonan untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai pengurusan, pembangunan dan pemuliharaan sumber hutan serta industri perhutanan akan dikemukakan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh permohonan diterima kecuali bagi maklumat-maklumat yang belum diperolehi oleh Jabatan Menepati
sasaran
1 minggu
Melebihi 1
minggu tetapi
tidak melebihi
2 minggu
Melebihi
2 minggu
5 0 0
2 Nasihat-nasihat teknikal mengenai pengurusan, pembangunan dan pemuliharaan sumber hutan serta industri perhutanan akan dikemukakan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh ianya diterima kecuali bagi perkara-perkara yang memerlukan kajian yang khusus Menepati
sasaran
2 minggu
Melebihi 2
minggu tetapi
tidak melebihi
4 minggu
Melebihi
4 minggu
44 0 0
3 Semua permohonan untuk mendapatkan penerbitan tidak terperingkat akan diedarkan dalam tempoh (2) minggu dari tarikh permohonan diterima Menepati
sasaran
2 minggu
Melebihi 2
minggu tetapi
tidak melebihi
4 minggu
Melebihi
4 minggu
1 0 0
4 Permohonan untuk mengikuti latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh Jabatan akan dimaklumkan keputusannya dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh tamat penerimaan permohonan Menepati
sasaran
2 minggu
Melebihi 2
minggu tetapi
tidak melebihi
4 minggu
Melebihi
4 minggu
0 0 0
5 Permohonan untuk mengikuti kursus-kursus di Sekolah Perhutanan, Kepong dan Pusat Latihan Membalak, Terengganu akan dimaklumkan keputusannya dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh temuduga Menepati
sasaran
1 bulan
Melebihi 1 bulan tetapi
tidak melebihi
2 bulan
Melebihi
2 bulan
3 0 0
6 Semua laporan kemajuan projek pembangunan hutan akan dikemukakan kepada agensi pusat tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan Awal
tarikh
Menepati
tarikh
Melepasi
tarikh
0 0 0
7 Keputusan tawaran pelaksanaan projek pembangunan hutan akan dimaklumkan tidak lewat dari empat (4) bulan selepas tawaran dikeluarkan Menepati
sasaran
4 bulan
Melebihi 4 bulan tetapi
tidak melebihi
5 bulan
Melebihi
5 bulan
1 0 0
8 Tindakan untuk mengemukakan dokumen bagi bayaran kemajuan kontrak ke Perbendaharaan akan diambil dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima sekiranya semua syarat-syarat yang ditetapkan dipenuhi Menepati
sasaran
1 bulan
Melebihi 1 bulan tetapi
tidak melebihi
2 bulan
Melebihi
2 bulan
1 0 0
9 Bon pelaksanaan kontrak akan dilepaskan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tamat tempoh bon tersebut Menepati
sasaran
1 bulan
Melebihi 1 bulan tetapi
tidak melebihi
2 bulan
Melebihi
2 bulan
0 0 0
10 Semua aduan berhubung perkhidmatan perhutanan diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima Menepati
sasaran
3 hari
Melebihi 3 hari tetapi
tidak melebihi
7 hari
Melebihi
7 hari
10 0 0

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 10458

Semalam 11428

Minggu Ini 10458

Bulan Ini 356446

Keseluruhan 12186999