MAKLUMBALAS / ADUAN MELALUI SISPAA JPSM
SISPAA JPSM adalah saluran dalam talian untuk menguruskan maklum balas seperti aduan, penghargaan, pertanyaan serta cadangan daripada orang awam berkenaan perkhidmatan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Segala Maklumbalas / Aduan anda akan dijawab dalam tempoh 15 hari bagi Aduan Biasa dan lebih 15 hari bagi Aduan Kompleks mengikut Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2022: Penambahbaikan Pengurusan Aduan Awam. *
MAKLUMBALAS
Kami mengalu-alukan semua maklumbalas / pertanyaan. Sekiranya maklumat yang diminta tidak ditemui dalam laman web ini, pertanyaan anda akan dimajukan ke bahagian berkaitan. Kami akan membalas maklumbalas anda dalam masa 3 hari bekerja. *
BORANG ADUAN
Anda dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan ini sekiranya anda mempunyai sebarang aduan mengenai Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Aduan anda akan membantu kami meningkatkan kualiti perkhidmatan sedia ada. *
ADUAN INTEGRITI
Anda dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan ini sekiranya anda mempunyai sebarang aduan terhadap Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia berkaitan salah laku kakitangan, kelemahan sistem dan prosedur, perbuatan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Aduan anda akan membantu kami meningkatkan profesionalisme, keberkesanan dan meningkatkan tadbir urus yang baik dalam sistem penyampaian Jabatan
* Maklumat peribadi dan aduan anda akan dilindungi dan dirahsiakan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711)