soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

“Selamat Datang” kepada semua pengunjung Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung (JPSM). Laman ini mula dibangunkan pada tahun 1996 dengan tujuan sebagai wadah utama elektronik JPSM untuk mendekati pelanggan-pelanggan kami. Laman ini juga telah melalui berbagai penambahbaikan reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelanggan untuk capaian maklumat berkaitan JPSM. Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Laman Web JPSM kerana terus komited dalam menambaik baik dari semasa ke semasa Laman Web Rasmi JPSM.

Selaku Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia yang baru dilantik mulai 10 September 2019, saya amatlah bersukacita untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala sokongan dan kerjasama yang berterusan semua pelanggan kami kepada pelaksanaan pelbagai program JPSM. Di kesempatan ini, izinkan saya merakamkan juga ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Borhanudin bin Haji Arshad yang telah bersara wajib pada 20 Ogos 2019.

Tahun 2019 merupakan genap 118 tahun usia penubuhan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1901. Tempoh usia ini merupakan satu tempoh yang panjang dan sudah cukup untuk membuktikan bahawa perhutanan masih terus kekal releven sehingga kini sebagai salah satu sektor penting dalam menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara dan kesejahteraan hidup masyarakat. Sekali gus, keadaan ini juga menunjukkan bahawa JPSM telah merentasi satu tempoh masa yang panjang dalam mengharungi cabaran dan kekangan bagi menggalas tanggungjawab untuk memastikan sumber hutan akan terus dapat dimanfaatkan oleh generasi hari kini dan akan datang.

Laman Web Rasmi JPSM ini merupakan salah satu media komunikasi penting JPSM bagi menzahirkan komitmen tinggi masa kini organisasi ini untuk terus berdamping serta mendekati semua pelanggan-pelanggan kami. Oleh itu, adalah menjadi harapan saya agar semua pelanggan-pelanggan kami sentiasa menggunakan kemudahan komunikasi ini dan sering mengunjunginya untuk mengetahui perkembangan terkini di JPSM.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

(DATO’ INDERA MOHD RIDZA BIN AWANG)
Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 126

Semalam 9365

Minggu Ini 47997

Bulan Ini 259659

Keseluruhan 6052581