-
2019
Laporan Tahunan 2019
Perutusan Pengarah JPSM:
Sepanjang tahun 2019 telah memperlihatkan JPSM terus unggul seiring dengan misi dan visi JPSM ke arah Menjadi Agensi Terunggul dalam Pengurusan Hutan Tropika Secara Berkekalan. JPSM mengambil langkah-langkah proaktif dengan menggubal Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia (DPSM) dan merangka strategi untuk mengemukakan cadangan pindaan Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) yang bertujuan untuk menetapkan hala tuju dan pencapaian baru sejajar dengan kehendak perubahan semasa di peringkat negara dan antarabangsa. Bagi memperkukuhkan lagi langkah-langkah ini, JPSM juga telah menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) Pewartaan Keluar Hutan Simpanan Kekal (HSK), menetapkan sasaran 5 juta hektar kawasan HSK di Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2020, serta mentransformasikan kaedah pelaksanaan aktiviti-aktiviti dalam proses pengusahasilan. Justeru itu, bagi merealisasikan hala tuju dan sasaran pencapaian JPSM ini, kepakaran, komitmen dan integriti yang tinggi di kalangan warga perhutanan amatlah diperlukan dan saya yakin seluruh warga perhutanan mempunyai nilai-nilai kerja yang sedemikian. -
2018
Laporan Tahunan 2018
Perutusan Pengarah JPSM:
Tahun 2018 menyaksikan perubahan bersejarah dalam pentadbiran negara yang secara langsung turut melibatkan penstrukturan semula dan hala tuju Kementerian dan Jabatan/Agensi di bawahnya. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar masih kekal komited dalam memastikan khazanah hutan terus terpelihara dan diurus secara mampan supaya ia dapat menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi, kestabilan alam sekitar dan menjamin bekalan air bersih kepada masyarakat. -
2017
Laporan Tahunan 2017
Perutusan Pengarah JPSM:
Pada tahun 2017, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah memasuki tahun kedua tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) 2016-2020. JPSM komited untuk melaksanakan segala perancangan di dalam RMKe11 bagi merealisasikan pencapaian misi utama JPSM dalam mengurus dan membangunkan sumber hutan secara lestari serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Saya juga percaya segala komitmen untuk melaksanakan pelbagai program, projek dan aktiviti berkaitan perhutanan adalah selaras dengan arus kemajuan pembangunan negara ke arah mencapai pertumbuhan hijau melalui Teras Strategik 4: Menuju ke arah Pertumbuhan Hijau bagi Meningkatkan Kemampanan dan Daya Tahan. Di bawah Teras Strategik ini, sebanyak empat (4) bidang fokus telah ditetapkan yang meliputi (i) memperkukuhkan persekitaran yang menyokong pertumbuhan hijau; (ii) mengguna pakai konsep penggunaan dan pengeluaran mampan; (iii) memulihara sumber asli untuk generasi masa kini dan hadapan; dan (iv) memperkukuhkan daya tahan terhadap perubahan iklim dan bencana alam. -
2016
Laporan Tahunan 2016
Perutusan Pengarah JPSM:
Selamat tinggal Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10:2011-2015) dan selamat datang Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11:2016-2020). Tahun 2016 merupakan gerbang dan tahun permulaan bagi RMKe-11 menjelang Wawasan 2020. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) amat komited untuk melaksanakan pelbagai program, projek dan aktiviti perhutanan selaras dengan arus kemajuan pembangunan negara ke arah mencapai pertumbuhan hijau melalui Teras Strategik 4 iaitu Menuju ke arah Pertumbuhan Hijau bagi Meningkatkan Kemampanan dan Daya Tahan. Di bawah Teras Strategik ini, sebanyak empat (4) bidang fokus telah ditetapkan yang meliputi (i) Memperkukuhkan persekitaran yang menyokong pertumbuhan hijau; (ii) Mengguna pakai konsep penggunaan dan pengeluaran mampan; (iii) Memulihara sumber asli untuk generasi masa kini dan hadapan; dan (iv) Memperkukuhkan daya tahan terhadap perubahan iklim dan bencana alam. Bagi memenuhi tujuan tersebut, JPSM bertindak sebagai agensi instrumental dalam merealisasikan pencapaian Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan. -
2015
Laporan Tahunan 2015
Perutusan Pengarah JPSM:
Tahun 2015 merupakan tahun akhir tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10:20112015). Di akhir tempoh RMKe-10 tersebut, sejumlah RM70.2 juta atau 99.5% dari peruntukan pembangunan di peringkat Persekutuan telah berjaya dibelanjakan oleh Ibu Pejabat Jabatan Pehutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) untuk melaksanakan sebanyak lima (5) projek utama pembangunan hutan iaitu (i) Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies yang Sesuai di Persisiran Pantai Negara Fasa 2; (ii) Menaiktaraf Bangunan Lama dan Infrastruktur JPSM; (iii) Pembangunan dan Pemeliharaan Perhutanan JPSM; (iv) Menaiktaraf Jalan Hutan dan Jalan Ladang Hutan; dan (iv) Projek Central Forest Spine. Projek-projek tersebut dilaksanakan bagi membantu usaha-usaha merealisasikan pencapaian misi utama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) di bawah pelaksanaan amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB). Dalam tahun 2015 sahaja, sejumlah RM24.3 juta atau 99.8% dari peruntukan pembangunan di peringkat Persekutuan telah dibelanjakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan hutan tersebut. Tahniah dan syabas saya ucapkan ke atas prestasi pencapaian cemerlang ini dan berharap agar prestasi seumpama ini akan dapat diteruskan dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan hutan di bawah tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11:2016-2020). -
2014
-
2013
-
2012
-
2011
-
2010
-
2009
-
2008
-
2007