Pengenalan
Buku ini disediakan dengan tujuan memberi panduan dan rujukan kepada pelanggan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia agar dapat memahami proses permohonan Industri Berasas Kayu. Adalah menjadi harapan agar tatacara yang ditetapkan dalam buku panduan ini dapat diikuti dan dipatuhi oleh pelanggan yang berkenaan demi memastikan kelicinan permohonan yang dikemukakan. Di samping itu adalah juga diharapkan buku ini dapat memberi maklumat berguna kepada syarikat-syarikat dan individu-individu tempatan untuk mendapatkan lesen kilang industri berasas kayu.
Bahagian Teknikal & Industri Kayu
Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
Latar Belakang
Latar Belakang
Mengikut Akta Industri Berasas Kayu, kuasa untuk meluluskan kilang-kilang adalah di bawah bidang kuasa Negeri.
Industri berasas kayu ialah industri-industri yang menjalankan usaha memproses, mengawet atau menukar kayu kepada pelbagai keluaran sepertimana ditentukan dalam Jadual (Seksyen 2) Enakmen Industri Berasas Kayu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Syarat Asas Permohonan
Prosedur memproses permohonan lesen industri berasas kayu adalah bergantung kepada peraturan yang di buat oleh negeri-negeri berkenaan. Permohonan hendaklah di buat melalui Pejabat Hutan Daerah di Negeri-negeri.
Dokumen-dokumen yang diperlukan ialah:
- Borang Jadual Pertama - empat(4) salinan hanya untuk permohonan baru
- Borang proforma - empat salinan
- Empat perenggu pelan:
- Pelan petunjuk lokasi kilang,
- Pelan tapak bangunan kilang,
- Pelan rekabentuk bangunan kilang,
- Pelan pertapakan mesin-mesin
- Salinan surat agensi-agensi berkaitan (jika ada)
Piagam Pelanggan
Semua permohonan untuk mengeluarkan hasil-hasil hutan atau menjalankan kilang berasas kayu akan di proses mengikut prosedur yang telah di tetapkan.
Lesen untuk menjalankan kilang berasas kayu akan di keluarkan dalam tempoh masa tidak melebihi satu (1) bulan dari tarikh siap kilang dibina setelah memenuhi semua syarat-syarat kelulusan.