soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Explore

Dasar E-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan E-Penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). JPSM sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif E-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh yang demikian, JPSM amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan / topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan E-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mel sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan / topik yang di buat di dalam ruangan E-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan / topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan E-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman / notis.
  12. Sebagai peserta E-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan E-Penyertaan.
BIL. PERTANYAAN JAWAPAN

1.

Saya ingin bertanya tentang Kursus Malim Gunung Perhutanan (MGP) ini untuk dijadikan panduan.

Bolehkah anda membantu memberikan maklumat lanjut tentang perkara ini?

Untuk makluman tuan/puan, permohonan untuk menjadi Malim Gunung Perhutanan (MGP) boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan surat rasmi beserta biodata / resume pemohon ke Jabatan Perhutanan Negeri berkaitan.

Pemilihan MGP akan diteliti dan ditapis berdasarkan kriteria yang ditetapkan sebelum dijemput hadir ke sesi latihan yang diwajibkan. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Forest Eco-Park & Hutan Taman Negeri, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

2.

Bilakah Malim Gunung Perhutanan (MGP) diwujudkan?

Pada tahun 2020, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah melatih dan mengiktiraf kumpulan pertama MGP di Negeri Johor. Seramai 60 orang MGP berjaya menamatkan kursus dan ditauliahkan pada tahun tersebut.

Menyedari akan kepentingan MGP dalam aktiviti pendakian terutama dalam kawsan HSK, Kerajaan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ketika itu telah menyediakan sejumlah peruntukan untuk melatih 1,200 orang MGP pada tahun 2022 melibatkan semua negeri di Semenanjung Malaysia.

3. Bilakah penggunaan MGP diwajibkan dalam aktiviti pendakian?

Melalui Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Tahun 2022, kesemua Pengarah Perhutanan Negeri (PPN) telah bersetuju untuk menguatkuasakan penggunaan MGP dalam aktiviti pendakian.

Lokasi pendakian yang diwajibkan telah ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri berdasarkan faktor-faktor seperti tahap bahaya sesuatu kawasan pendakian dan juga rekod kemalangan yang dicatatkan.

4.

Saya ingin membuat tempahan tapak perkhemahan di Taman Eko-Rimba Sungai Pauh.

Bagaimana cara permohonan atau tempahan dibuat?

Untuk makluman, tuan/puan boleh terus emelkan permohonan / tempahan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dengan melengkapkan butiran seperti:

1. Nama penuh
2. No. telefon
3. Bilangan orang
4. Tarikh

Permohonan tuan akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. Tuan akan menerima emel status permohonan sebaik sahaja permohonan anda diproses.

Permohonan tuan adalah bergantung kepada had daya tampung harian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Setelah permohonan disemak oleh Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands, pihak tersebut akan meminta tuan untuk membuat bayaran menerusi sistem e-ecopark.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands
Tanah Rata
39000 Cameron Highlands
No. tel: 05-4911 384

5. Saya ingin bertanya, bilakah Taman Eko-Rimba Sungai Besi akan dibuka? Sepatutnya ia dibuka pada Oktober 2019, tetapi sampai sekarang masih belum dibuka. Mohon penjelasan. Terima kasih

Untuk makluman tuan, Taman Eko-Rimba Sg. Besi telah mula dibuka kepada orang awam. Bagi tujuan memasuki Hutan Simpan ini, pihak tuan perlu membuat permohonan Permit Memasuki Hutan Simpan Kekal (Borang 6) dan permohonan tersebut boleh dibuat di Pejabat Perhutanan Wilayah Persekutuan sepertimana butiran berikut:

Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan
Lot 240, Bukit Nanas,
Jalan Raja Chulan,
50250 Kuala Lumpur.
Tel  03-20264741
Faks 03-20706342

6.

Saya ingin menyewa tapak khemah di Taman Eko Rimba Ulu Bendul. 

Kebenaran pihak tuan amat dihargai.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung aktiviti perkhemahan di Taman Eko-Rimba Ulu Bendul, tuan/puan boleh menghubungi:

Taman Eko-Rimba Ulu Bendul
71500 Tanjung Ipoh,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: 06-4888950

atau

Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur,
Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Pilah,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel/Faks: 06-4811036/06-4842171
emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

7.

Bilakah tarikh permohonan pengawas hutan akan dikeluarkan? Di mana saya boleh menyemak permohonan saya diluluskan ataupun tidak?

Untuk makluman, pemakluman bagi calon yang berjaya akan dibuat oleh pihak jabatan melalui surat dan penerimaan talian SMS. Walau bagaimanapun, pemohon boleh menghubungi pihak jabatan bagi semakan keputusan tersebut melalui talian 03-26164488.
8.

I would like to know more about the details on Gunung Tiong and Gunung Bekok. My friends and I are interested to go in August and November this year. Do you think it is acceptable? We are hikers’ intermediate level.

Appreciate it if you could let us know the proper procedures on these:

1. How to apply permit for Gunung Tiong and Gunung Bekok?

2. How many days hike would be recommended?

3. How much for permit and guide?

Currently only Gunung Bekok is under the jurisdiction of Johor State Forestry Department, while Gunung Tiong is managed by Johor National Park Corporation.

Please contact the following offices for further requires:

  1. Gunung Bekok:

Pejabat Hutan Daerah Johor Utara
Pejabat Am, Jalan Awang, Kampung Gubah,
85000 Segamat, Johor
Tel: 07-9312141

  1. Gunung Tiong:

Taman Negara Johor Endau-Rompin (Selai)
8, Jalan Satria 1, Taman Berjaya,
86500 Bekok, Segamat, Johor
Tel: 07-9221253/ 013-7440952)

9.

Tuan, saya berminat untuk menanam pokok balak dan ingin tahu jenis pokok balak yang cepat membesar dan tahan cuaca di Kedah.

Di manakah saya boleh mendapatkan benihnya?

Adakah kerajaan memberi subsidi untuk tanaman pokok balak ini?

Saya mempunyai kira-kira 10 relong tanah, asal tanaman getah tetapi memandangkan saya seorang OKU, polio, saya berfikir lebih sesuai untuk bertukar kepada tanaman pokok yang senang dijaga dan perlu upahan yang banyak.

Untuk makluman tuan/puan, berdasarkan website Malaysia Timber Industries Board (MTIB) terdapat sebanyak 11 spesies pokok hutan yang dicadangkan untuk penanaman ladang dengan mengambilkira kadar pertumbuhannya yang cepat (fast growing). Senarai 11 spesies pokok terlibat adalah seperti berikut:

  • Acacia mangium (Akasia)
  • Hevea brasiliensis (Getah)
  • Neolamarckia cadamba (Kelempayan /Laran)
  • Paraserianthes falcataria (Batai)
  • Azadirachta excelsa (Sentang)
  • Khaya Spp. (Khaya ivorensis/Khaya senegalensis)
  • Octomeles Sumatrana (Binuang)
  • Tectona grandis (Jati)
  • Bamboo (Buluh)
  • Eucalyptus
  • Paulownia

Dalam hal ini, pihak tuan/puan juga boleh membuat rujukan lanjut kepada pihak MTIB mengenai spesies yang disenaraikan di atas .

Untuk makluman pihak tuan/puan, jabatan perhutanan tidak membekalkan subsidi bagi program penanaman pokok dan tidak membekalkan anak pokok untuk dijual. Walau bagaimanapun pihak tuan boleh merujuk di pautan  https://www.100jutapokok.gov.my/marketplace/?menu=89 untuk mendapatkan anak benih di nurseri berdekatan.

10.

I wish to visit Taman Eko-Rimba Kuala Lumpur, some say we need to apply permit.

Where can I apply and make payment?

Untuk makluman tuan, permohonan permit untuk memasuki Taman Eko-Rimba Kuala Lumpur dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bayaran untuk memasuki Taman Eko-Rimba Kuala Lumpur sepertimana berikut:

Warganegara
Dewasa RM 10.00
Kanak-kanak 6-12 tahun RM 1

Bukan Warganegara
Dewasa RM 40
Kanak-kanak 6-12 tahun RM 5

Waktu operasi bermula
Sabtu-Khamis : Jam 8.00 pagi sehingga jam 4:30 Petang
Jumaat : Cuti

Untuk memasuki Taman Eko Rimba Kuala Lumpur, tuan boleh walk-in ke kaunter untuk membuat bayaran.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan
Lot 240, Bukit Nanas,
Jalan Raja Chulan,
50250 Kuala Lumpur.
Tel : 03-20264741
Faks : 03-20706342

11. Assalamualaikum, boleh saya bertanya? Adakah data rizab hutan simpan mengikut Negeri-Negeri di Malaysia boleh saya peroleh atau data tersebut sulit?

Untuk makluman tuan, tuan boleh mendapatkan maklumat pada pautan:

https://www.forestry.gov.my/my/pusat-sumber/penerbitan/laporan-tahunan

Sekiranya maklumat yang tuan perlukan tidak terdapat pada pautan tersebut, tuan boleh membuat permohonan secara bertulis kepada:

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Kapur (Dryobalanops aromatica)

kapur1 kapur2

Deskripsi:

Dryobalanops aromatica, umumnya dikenali sebagai Kapur merupakan spesies daripada famili Dipterokarpa. Nama spesies aromatica adalah berasal daripada perkataan latin (aromaticus =seperti rempah) yang mana merujuk kepada bau damarnya (resin). Spesies ini merupakan salah satu daripada sumber utama kapur dan menarik pelabur Arab ke Borneo, pada masa tersebut dianggap lebih bernilai daripada emas, dan digunakan sebagai pewangi dan haruman. Ia mudah dijumpai di Sumatra, Semenanjung Malaysia dan Borneo. Ia merupakan pokok yang tinggi, sboleh mencapai 65 m hingga 75 m ketinggian, dan tumbuh di kawasan hutan pamah dipterokarpa yang mempunyai kelembapan tanah berpasir yang dalam. Merupakan spesies kayu keras dengan nama pasaran dikenali sebagai Kapur.

jerangau Nama Scientifik : Melastoma malabathricum L
Nama biasa : Singapore rhododendron
Nama tempatan : Senduduk
Famili : Melastomatacea

Pendahuluan:

Pokok daripada famili melastomataceae yang berasal dari kawasan khatulistiwa dan kawasan-kawasan subtropik di mana mengandungi lebih dari 4,000 spesies di dunia. Di Asia Tenggara sahaja, genus Melastoma mengandungi 22 spesies manakala di Malaysia mengandungi sekurang-kurangnya 12 spesies, yang kebanyakkannya digunakan oleh kaum orang asli sebagai perubatan tradisional.Senduduk merupakan pokok belukar kecil lazimnya didapati di kawasan tanah lapang, kawasan terbiar dan juga di tepi jalan .

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Pokok Senduduk merupakan tumbuhan renek kecil dan bercabang . Boleh tumbuh sehingga 3m tinggi. Daunnya berbentuk ringkas, lanseolat dan panjangnya boleh mencapai sehingga 7 cm. Daunnya hijau, tekstur kasar, ditutupi dengan bulu-bulu halus. Bunganya besar dan boleh mencapai 5-7 cm lebar.

Tabiat Tumbuhan:

Tumbuhan ini boleh dibiak dengan mudah melalui biji benih. Selepas 2 minggu , biji benih di tapak semaian akan cambah. Pokok ini boleh dipindahkan ke lapangan selepas 6 minggu. Pokok ini dapat menyesuaikan dalam semua keadaan tanah dan memerlukan cahaya matahari. Jarak tanaman yang sesuai ialah 2mx2m selain. Penuaian dapat dilakukan dalam tempoh 6 bulan selepas tanaman.

Bahagian Yang Digunakan:

Daun, pucuk dan akar

Amalan Tradisi Perawatan:

Daun dan pucuk secara tradisinya dimakan untuk memulihkan cirit-birit. Di Malaysia, daun senduduk yang dibuat ubat pupuk digunakan untuk mencegah parut-parut luka kesan daripada kelemumur atau cacar. Air rebusan akarnya digunakan untuk melegakan sakit gigi, melembutkan kaki dan mengurangkan kembung perut. Manakala air rebusan daun dan akar diminum untuk rawatan selepas bersalin. Air rebusan campuran daun-daun senduduk, cuka, halia bara (Zingiber officinale) dan bonglai (Zingiber cassumnar)digunakan untuk rawatan leucorrhea. Air rebusan campuran daun dan pucuk senduduk serta dicampur dengan kulit manggis atau kulit buah manggis yang dibakar menjadi arang digunakan untuk merawat cirit-birit. Serbuk daun senduduk juga digunakan untuk merawat disenteri, luka-luka dan juga digunakan sebagai tonik.

 

jerangau Nama Scientifik : Piper sarmentosum Roxb.
Nama biasa : -
Nama tempatan : Kaduk
Famili : Piperaceae

Pendahuluan:

Piper sarmentosum merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Piperaceae yang digunakan dalam pelbagai masakan di Asia Tenggara. Daunnya agak sama dan sedikit keliru berbanding dengan daun sirih, tetapi tidak mempunyai rasa daun sirih dan umumnya bersaiz lebih kecil.

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Sejenis herba yang menjalar dan boleh mencapai sehingga 10 m panjang. Tumbuhan ini mempunyai rasa yang kurang pedas. Daunnya ringkas, berselang dan berbentuk seperti hati (7-14 cm 6-13 cm). Permukaan daun muda seperti berlilin. Bunganya kecil dan berwarna putih. Buahnya kecil , hitam , kering, dan bahagian hujungnya agak bulat.

Tabiat Tumbuhan:

Pokok ini berasal dari kawasan Asia Tenggara , Timur Laut India , Selatan China , Kepulauan Andaman. India , Laos , Kemboja, Vietnam, Malaysia , Filipina dan Indonesia.

Bahagian Yang Digunakan:

Daun

Amalan Tradisi Perawatan:

Daun kaduk digunakan dalam ubat-ubatan tradisional di Asia . Analisis kimia menunjukkan bahawa daunnya mengandungi naringenin antioksidan. Amides dari buahnya telah terbukti mempunyai anti- batuk kering dan aktiviti anti- plasmodial . Tumbuhan ini juga berfungsi untuk membantu penghadaman dan merawat demam . Ia juga berfungsi sebagai pembuang kahak (ekspektoran) , buahnya membantu membantu dalam menghalang lendir dan bahan lain dalam saluran pernafasan. Akarnya mempunyai pelbagai kegunaan iaitu untuk rawatan sakit gigi, batuk, asma dan radang selaput dada serta dermatitis kulat pada kaki.

 

kenanga Nama Scientifik : Cananga odorata (Lam.) Hook. F. & Thoms
Nama biasa : Ylang ylang, perfume tree, cananga, cadmia
Nama tempatan : Kenanga
Famili : Annonaceae

Pendahuluan:

Pokok Kenanga berasal dari Indo-Malaysia dan diperkenalkan secara meluas oleh orang-orang dari Polynesia, Micronesia dan orang-orang Eropah yang sejak awal datang ke Kepulauan Pasifik. Di sesetengah tempat ia telah tumbuh secara semulajadi contohnya di Samoa.

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Kenanga adalah sejenis pokok malar hijau yang cepat membesar dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2-5 m setahun ketika pokok berusia muda. Purata ketinggian pokok kenanga adalah lebihkurang 12 m dan boleh mencapai ketinggian maksimum sehingga 25-30 m. Dalam pendekatan senitaman, ia boleh dipangkas pada ketinggian 2-3 m. Pokok kenanga mempunyai batang yang sedikit melengkung. Kulinya licin dan dan berwarna kelabu keputihan. Daunnya berwarna hijau gelap, dengan 20 cm panjang, susunan daun berselang , ringkas, berbentuk bujur dan sedikit berbulu serta mempunyai tulang daun yang jelas manakala hujung daun menjulur ke bawah. Bunga tergantung dari dahan yang memanjang dan mempunyai enam kelopak bunga berwarna kuning kehijauan. Bunganya boleh dijadikan minyak pati yang sangat harum. Musim berbunga berlaku sepanjang tahun tetapi berbunga dengan lebat pada musim panas dan lembab.

Tabiat Tumbuhan:

Pokok kenanga boleh tumbuh dalam pelbagai jenis tanah iaitu dari tanah berpasir dan tanah liat. Ia hidup subur di kawasan tanah gunung berapi atau tanah berpasir yang subur dan boleh hidup dalam kawasan air yang bertakung untuk tempoh yang singkat. Pokok kenanga hidup subur di kawasan tanah pamah lembap tropika, walaupun ia boleh ditanam di kawasan tanah tinggi berhampiran garisan khatulistiwa.

Bahagian Yang Digunakan:

Kulit dan daun

Amalan Tradisi Perawatan:

Kulit kayu digunakan oleh masyarakat Tonga dan Samoa untuk merawat penyakit perut dan kadang-kadang dijadikan sebagai ubat julap. Manakala di Jawa, bunga yang kering digunakan untuk menahan penyakit malaria dan bunga yang segar, ditumbuk dan digunakan secara menampal bagi merawat asma. Saringan bunganya dikatakan mempunyai nilai perubatan oleh pakar herba dan aromaterapis. Aromaterapis mendakwa bahawa minyaknya berguna untuk merawat kemurungan, masalah pernafasan, tekanan darah tinggi, kebimbangan dan juga digunakan sebagai aprodisiak, dll.

 

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 7612

Semalam 11428

Minggu Ini 7612

Bulan Ini 353600

Keseluruhan 12184153