-
Tajuk Buku Harga Buku (RM) 
The Malaysian Forestry Jan-Jun 2018 65.00 
Perangkaan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2017 20.00 
Warta Sektor Perhutanan Semenanjung Malaysia Jan - Jun 2015 20.00 
Siri Kepelbagaian Biologi Hutan 3 - Hutan Simpan Ulu Muda, Kedah: Pengurusan, Persekitaran Fizikal Dan Biologi 50.00 
Taman Negeri Endau Rompin : Pengurusan Persekitaran Fizikal Dan Biologi 50.00 
Perangkaan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2016 20.00 
Siri Kepelbagaian Biologi Hutan 5 - Taman Negeri Gunung Stong, Kelantan: Pengurusan, Persekitaran Fizikal, Biologi Dan Sosio-Ekonomi 50.00 
2 Siri Kepelbagaian Biologi Hutan - Gunung Nuang, Selangor : Persekitaran Fizikal Dan Kepelbagaian Biologi 45.00 
4 Siri Kepelbagaian Biologi Hutan - Sustainable Management Mangroves : '100 Years And Beyond' 50.00 
Geo-forest Park : Hanging Garden Of Langkawi 200.00 
Sustainable Management & Utilization Of Medicinal Plant Resources 45.00 
6 Siri Kepelbagaian Biologi Hutan - Hutan Simpan Gunung Jerai, Kedah: Pengurusan Persekitaran Fizikal Dan Kepelbagaian Biologi 45.00 
7 Siri Kepelbagaian Biologi Hutan - Gunung Mandi Angin, Terengganu: Pengurusan Persekitaran Fizikal Dan Kepelbagaian Biologi 80.00 
8 Siri Kepelbagaian Biologi Hutan - Ekspedisi Saintifik Taman Rimba Kenong, Pahang 45.00 
Straits of Kuah - Culture And Nature Heritage Of Langkawi 45.00 
Laporan Inventori Hutan Nasional Ke Empat Semenanjung Malaysia 60.00 
Proceedings Of The National Conference On The Management And Conservation Of Forest Biodiversity In Malaysia' 75.00 -
Tajuk Buku Penulis Tahun Sinopsis 
Cost – Benefit Analysis of Ecological Linkages in Negeri Sembilan Angsi Forest Reserve – Berembun Forest Reserve (N-SL2) 1. Tuan Marina binti Tuan Ibrahim
2. Zulnaidah binti Manan
3. Lydia Suzieana binti Mohammad
4. Siti Farhana Binti Adnan
5. Muhammad Fekri Bin Taib
6. Mohd Shahrizaa bin Dato' Khairi2024 Kajian “Kajian mengenai Analisis Kos-Faedah (CBA) Rangkaian Ekologi di Negeri Sembilan dijalankan oleh Seksyen Ekonomi Hutan, Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Kajian ini merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (Rancangan Kedua Belas). Lokasi kajian melibatkan Rangkaian Ekologi CFS N-SL2 Hutan Simpan Angsi – Hutan Simpan Berembun. Kedua-dua Hutan Simpan ini terletak berhampiran di antara satu sama lain. Selain itu, hutan ini telah dipisahkan oleh pembangunan seperti kawasan penempatan penduduk dan jalan raya. Kajian ini telah mengenal pasti nilai kos dan faedah untuk elemen yang berkaitan di dalam kawasan rangkaian ekologi CFS (N-SL2). CBA menyediakan garis panduan untuk pengurusan kawasan hutan sama ada untuk pemuliharaan atau pembangunan, khususnya di kawasan projek CFS serta keseluruhan pengurusan mampan sumber hutan di Semenanjung Malaysia. 
Penilaian Ekonomi Perkhidmatan Hutan Simpanan Kekal Sebagai Hutan Kawalan Banjir dan Hutan Tadahan Air di Negeri Kelantan 1. Tuan Marina binti Tuan Ibrahim
2. Zulnaidah binti Manan
3. Lydia Suzieana binti Mohammad
4. Siti Farhana Binti Adnan
5. Muhammad Fekri Bin Taib
6. Mohd Shahrizaa bin Dato' Khairi2023 Kajian “Penilaian Ekonomi Perkhidmatan Hutan Simpanan Kekal Sebagai Hutan Kawalan Banjir Dan Hutan Tadahan Air Di Negeri Kelantan” merupakan satu projek di bawah Projek Pembangunan pada Tahun 2019. Kajian ini telah dijalankan oleh Seksyen Ekonomi Hutan, Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menentukan nilai ekonomi perkhidmatan Hutan Simpanan Kekal melalui dua fungsi hutan iaitu Hutan Kawalan Banjir dan Hutan Tadahan Air di negeri Kelantan. Penilaianekonomi ini penting bagi menterjemahkan nilai sesuatu produk atau perkhidmatan hutan dalam bentuk nilai ekonomi agar nilai keseluruhan sumber hutan dapat diperolehi sekaligus berupaya menjana pendapatan baharu kepada negara. 
Cost – Benefit of Ecological Linkages in Selangor Raja Musa Forest Reserve Bukit Tarek Forest Reserve Bukit Gading Forest Reserve (CFS2:SL3) 1. Tuan Marina binti Tuan Ibrahim
2. Zulnaidah binti Manan
3. Siti Farhana Binti Adnan
4. Lydia Suzieana binti Mohammad
5. Muhammad Fekri Bin Taib
6. Nor Izzati Binti Othman
7. Mohd. Shazril Bin Mohd. Rapigh2021 Kajian mengenai Analisis Kos-Faedah (CBA) Rangkaian Ekologi di Negeri Selangor dijalankan oleh Seksyen Ekonomi Hutan, Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Kajian ini merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020 (Rancangan Kesebelas). Lokasi penyelidikan ini melibatkan Rangkaian Ekologi CFS2:SL3 Hutan Simpan Raja Musa – Hutan Simpan Bukit Tarek – Hutan Simpan Bukit Gading, Selangor. Tiga (3) hutan simpan tersebut terletak berdekatan antara satu sama lain. Bagaimanapun, ketiga-tiga (3) hutan tersebut dipisahkan oleh pembangunan seperti kawasan perumahan, lebuh raya dan jenis pembangunan lain. Kajian ini mengenal pasti nilai kos dan faedah untuk elemen yang berkaitan di dalam kawasan rangkaian ekologi CFS2:SL3. CBA menyediakan garis panduan untuk pengurusan kawasan hutan sama ada untuk pemuliharaan atau pembangunan, khususnya di kawasan projek CFS serta keseluruhan pengurusan mampan sumber hutan di Semenanjung Malaysia. 
Biodiversity of Flora, Fauna and Economic Valuation of Gunung Jerai Forest Reserve, Kedah 1. YBhg. Dato’ Mohd Ridza bin Awang
2. YBhg. Dato’ Mohd Rahim bin Rani
3. Tuan Marina binti Tuan Ibrahim
4. Zulnaidah binti Manan
5. Lydia Suzieana binti Mohammad
6. Mohd Zaki Bin Mat Noor2019 Sebuah buku yang diterbitkan di bawah kajian “Forest Biodiversity and Payment for Ecosystem Sevices (PES) Mechanism for Ecotourism at Permanent Reserve Forest (PRF) in Peninsular Malaysia” yang juga merupakan sebahagian daripada projek Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang dijalankan oleh Seksyen Ekonomi Hutan, Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan. Penerbitan buku ini merupakan pendekatan yang digunakan oleh JPSM untuk menggambarkan kekayaan sumber dan kepelbagaian khazanah hutan yang terdapat di dalam Hutan Simpan Gunung Jerai. 
Quantification and Economic Valuation of Carbon Stock in Managed and Unmanaged Mangrove Forest 1. Tuan Marina Binti Tuan Ibrahim
2. Lydia Suzieana Binti Mohammad
3. Mohd Zaki Bin Mat Noor
4. Prof. Dr. Hazandy Bin Abdul Hamid2018 Kajian mengenai “Kuantiti dan Penilaian Ekonomi Stok Karbon dalam Hutan Bakau Terurus dan Tidak Terurus” yang dijalankan pada tahun 2013 dan 2015 adalah sebahagian daripada projek Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) yang dijalankan oleh Seksyen Ekonomi Hutan, Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Objektif utama adalah untuk membangunkan persamaan alometrik, menentukan kandungan karbon, jumlah kuantiti di atas biojisim tanah dan untuk menganggar nilai ekonomi stok karbon di kawasan kajian. Dapatan kajian ini akan memberikan maklumat dan garis panduan yang baik untuk mengira stok karbon dan nilai ekonominya. 
Socioeconomic Impact of the Belum-Temenggor Ecological Corridor on the Local Communities in Gerik, Perak 1. Poh Lye Yong
2. Muhammad Fekri Taib
3. Siti Raihana binti Ramli
4. Dr. Mohd Afandi Abu Bakar2017 Buku terbitan ini memaparkan hasil daripada kajian yang dijalankan di bawah projek pembangunan bertajuk “Pengurusan dan Pembangunan Central Forest Spine” di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (2011 – 2015). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti peluang-peluang ekonomi yang boleh diceburi oleh penduduk setempat, kesan pelaksanaan projek ini terhadap gaya hidup penduduk setempat dan mengenalpasti aktiviti ekopelancongan yang boleh dibangun dan dimajukan di kawasan kajian. Buku ini mengandungi 6 bab yang menggambarkan objektif dan metodologi kajian; gambaran keseluruhan projek; gambaran kawasan kajian; kaedah penilaian sosioekonomi; hasil dapatan kajian dan analisa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT analysis). 
Cost – Benefit Analysis of Ecological Corridor Belum – Temenggor Forest Complex (BTFC) In Gerik, Perak 1. Tuan Marina Tuan Ibrahim
2. Professor Dr. Mohd Shahwahid Haji Othman
3. Associate Professor Dr. Zakaria Hussin
4. Associate Professor Dr. Yuhanis Abdul Aziz
5. Dr. Siti Nurhidayu Abu Bakar
6. Dr. Zariyawati Mohd Ashhari
7. Nurfaryanti Kamaruddin
8. Farah Mohd Shahwahid2015 Kajian Analisis Kos-Faedah bagi penubuhan BTFC sebagai “Kawasan Pemeliharaan” berbanding pembangunan guna tanah yang lain telah dijalankan oleh Seksyen Ekonomi Hutan, Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan bantuan pakar dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Dapatan daripada kajian ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan umum dalam menganalisis konflik antara penggunaan tanah hutan alternatif, khususnya di kawasan projek CFS serta dalam konteks keseluruhan pengurusan sumber hutan yang mampan di Malaysia. 
The Economic Valuation of Forest Conservation Benefits:Fisheries Habitat, Cage Fish Farming and Recreational Angling in Pahang 1. Zulnaidah Manan
2. Mohd Shahwahid Haji Othman2014 Buku terbitan ini mempaparkan hasil daripada kajian yang telah dijalankan di bawah projek pembangunan bertajuk ‘Penilaian Ekonomi Biodiversiti Hutan di Semenanjung Malaysia’ di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015). Kajian ini bertujuan untuk mengukur kepentingan ekonomi kawasan hutan tadahan air berhubung dengan pengeluaran air bersih bagi sungai-sungai yang menyokong penternakan ikan air tawar dalam sangkar di Semenanjung Malaysia, khususnya di Negeri Pahang. Nilai ekonomi ikan sungai memberikan potensi untuk meningkatkan pemeliharaan biodiversiti hutan selain membantu dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan hutan sebagai sumber ekonomi di Semenanjung Malaysia. 
Analisis Ekonomi Industri Sarang Burung Walit 1. Zulnaidah Manan
2. Mohd Shahwahid Haji Othman2012 Penerbitan ini menyediakan penemuan hasil kajian yang telah dijalankan di bawah projek pembangunan bertajuk ‘Penilaian Ekonomi Biodiversiti Hutan di Semenanjung Malaysia’ di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. Kajian ini bertujuan untuk mengukur kepentingan industri sarang burung walit di Malaysia. Maklumat yang telah diperolehi daripada kajian ini, iaitu struktur kos dan pendapatan serta fungsi pengeluaran industri sarang burung walit adalah berguna kepada pengusaha, penjual, agensi kawal selia dan perancang ekonomi. Struktur kos dan pendapatan mengenal pasti komponen kos utama dalam pengeluaran sarang burung walit. Pengumpul boleh menggunakan maklumat ini bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan operasi perniagaan mereka dan mengenal pasti kekangan tugas dan cuba untuk mengurangkan kos pengeluaran mereka secara menyeluruh. Agensi kawal selia dan perancang ekonomi pula boleh menggunakan maklumat ini untuk mendapatkan petunjuk terhadap sumbangan ekonomi sumber biodiversiti terutamanya berkaitan persekitaran termasuk hutan, di dalam pengeluaran sarang burung walit. Akhir sekali, kajian ini juga menyediakan analisis penggunaan semasa sarang burung walit oleh pengguna di Malaysia. 
Penilaian Ekonomi Tumbuhan Hiasan Liar Di Semenanjung Malaysia 1. Zulnaidah Manan
2. Mohd Shahwahid Haji Othman2011 Buku terbitan ini mempaparkan hasil daripada kajian yang dijalankan dibawah projek pembangunan bertajuk ‘Jumlah Penilaian Ekonomi Barangan & Perkhidmatan Hutan di Semenanjung Malaysia’ dibawah Rancangan Malaysia Ke-9 yang bertujuan untuk menetapkan nilai kewangan atau harga untuk barangan dan perkhidmatan hutan selain daripada kayu balak, iaitu tumbuhan hiasan liar di Semenanjung Malaysia, khususnya di negeri Pahang. Buku ini mengandungi tujuh bab yang menggambarkan objektif dan methodologi kajian; jenis tumbuhan hiasan liar, tapak semaian tumbuhan hiasan; aktiviti pengumpulan tumbuhan hiasan liar, struktur kos dan pendapatan pengumpulan tumbuhan hiasan liar; dan nilai ekonomi pengumpulan tumbuhan hiasan liar dari hutan asli. 
Kepelbagaian Biologi Flora, Fauna Dan Nilai Ekonomi Hutan Simpan Batu Gangan, Cameron Highlands, Pahang 1. Tuan Marina Tuan Ibrahim
2. Shamsul Khamis
3. Nor Hafizah Roslan2010 Buku terbitan ini menggambarkan kekayaan sumber dan kepelbagaian khazanah hutan yang mengandungi flora seperti tumbuhan tinggi dan rendah; fauna seperti mamalia besar dan kecil serta burung; nilai ekonomi tumbuhan ubatan, tumbuhan hiasan dan sumber asli lain; komuniti orang asli; dan nilai pemeliharaan kepelbagaian biologi yang terdapat di Hutan Simpan Batu Gangan, Cameron Highlands, Pahang. 
Kepelbagaian Biologi Flora, Fauna Dan Nilai Ekonomi Hutan Simpan Tranum, Pahang 1. Tuan Marina Binti Tuan Ibrahim
2. Shamsul Khamis2009 Buku terbitan ini menggambarkan sumber kekayaan dan kepelbagaian khazanah hutan yang mengandungi flora seperti tumbuhan tinggi dan rendah; fauna seperti mamalia besar dan kecil, amfibia dan reptilia, ikan dan hidupan air, burung, trigona spp, dan kepelbagaian fauna lain; nilai ekonomi kayu kayan dan tumbuhan ubatan; komuniti orang asli; dan pemeliharaan kepelbagaian biologi yang terdapat di Hutan Simpan Tranum, Pahang. 
Nilai Ekonomi Hutan Dalam Konservasi Gajah, Semenanjung Malaysia 1. Poh Lye Yong
2. Mohd Shahwahid Haji Othman2008 Buku terbitan ini mempaparkan hasil daripada kajian yang dijalankan dibawah projek pembangunan bertajuk ‘Jumlah Penilaian Ekonomi Barangan & Perkhidmatan Hutan di Semenanjung Malaysia’ dibawah Rancangan Malaysia Ke-9 yang bertujuan untuk menilai peranan hutan sebagai habitat gajah liar. Kajian ini dibuat melalui kesanggupan untuk membayar bagi pemeliharaan gajah liar dan perkaitan dengan eko-pelancongan seperti safari, serta kos kerosakan yang disebabkan oleh gajah. Buku ini mengandungi 10 bab yang menggambarkan objektif dan methodologi kajian; anatomi dan struktur keluargaan gajah; hutan sebagai habitat kepada gajah, penilaian ekonomi terhadap hutan sebagai habitat kepada gajah; gajah, peranannya kepada eko-pelancongan; gajah dalam tawanan; nilai konservasi gajah liar; dan penilaian ekonomi eko-pelancongan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan. 
Nilai Ekonomi Madu Lebah, Semenanjung Malaysia 1. Poh Lye Yong
2. Mohd Shahwahid Haji Othman2007 Buku terbitan ini mempaparkan hasil daripada kajian yang dijalankan dibawah projek pembangunan bertajuk ‘Jumlah Penilaian Ekonomi Barangan & Perkhidmatan Hutan di Semenanjung Malaysia’ dibawah Rancangan Malaysia Ke-9 yang bertujuan untuk mengukur kepentingan ekonomi mengenai hutan terhadap pengeluaran madu liar dan yang dipelihara dari pokok-pokok hutan dan yang ditanam di Semenanjung Malaysia, khususnya di negeri Pahang. Buku ini mengandungi 10 bab yang menggambarkan objektif dan methodologi kajian; anatomi dan taxonomi madu lebah serta produk dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh lebah; pengumpulan madu lebah liar; pemeliharaan lebah; perdagangan madu lebah asli; pengurusan kewangan tempat memelihara lebah; struktur kos dan pendapatan pengumpulan madu lebah liar dan industri pemeliharaan lebah; nilai ekonomi madu lebah liar dalam pengumpulan madu dari hutan dan eko-pelancongan. -
BUKU TAJUK BUKU PENULIS TAHUN SINOPSIS LAPORAN INVENTORI HUTAN NASIONAL KEENAM (IHN-6) JPSM 2024 Buku Laporan IHN-6 ini mempunyai maklumat-maklumat terkini mengenai sumber hutan negara yang merangkumi bilangan pokok, isipadu pokok, luas pangkal pokok, bilangan tumbuhan ubatan, rotan, dan palma di samping memuatkan maklumat bahru mengenai anggaran kandungan stok karbon di peringkat nasional serta peringkat negeri. 
COFFEE TABLE BOOK "CENTRAL FOREST SPINE - KEEPING IT TOGETHER" FDPM 2024 The Central Forest Spine idea was conceptualised 20 years ago as a national strategy to protect forest areas in a bid to conserve the high biodiversity it contained and ecosystem services it provided. These forest run mainly through the middle of the Peninsular Malaysia resembling the backbone hence its name. A decade onwards since its implementation through the CFS Masterplan in 2011, this book takes a quick look back at its mission, challenges and achievements in CFS complexes and ecological corridor presented in a pictorial narrative. 
LAPORAN PENUBUHAN, PEMANTAUAN DAN PENILAIAN BIODIVERSITI FLORA DI KAWASAN PROJEK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR LINTASAN HIDUPAN LIAR RANGKAIAN EKOLOGI CENTRAL FOREST SPINE (CFS) J-PL1 : HS LENGGOR - HS MERSING, JOHOR JPSM, UPM 2024 Buku Laporan ini membekalkan maklumat asas flora dan biodiversiti di kawasan projek pembangunan infrastruktur Lintasan Hidupan Liar (viaduct) di Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) J-PL1 : Hutan Simpan Lenggor - Hutan Simpan Mersing, Johor untuk menilai impak sebelum, semasa dan selepas projek pembangunan dilaksanakan. Kajian Kualiti Air juga turut dijalankan terhadap aliran sungai yang terdapat di dalam kawasan kajian berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA) dan Piawaian Kualiti Air Kebangsaan (NWQS). 
LAPORAN KAJIAN PEMANTAUAN VERTEBRATA KECIL DI RANGKAIAN EKOLOGI CENTRAL FOREST SPINE (CFS) J-PL 1 : HS LENGGOR - HS MERSING, JOHOR JPSM, FRIM 2024 Buku Laporan ini membekalkan maklumat asas vertebrata kecil seperti mamalia, avifauna, reptilia dan amfibia di kawasan projek pembangunan infrastruktur Lintasan Hidupan Liar (viaduct) di Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) J-PL1 : Hutan Simpan Lenggor - Hutan Simpan Mersing, Johor untuk menilai impak sebelum, semasa dan selepas projek pembangunan dilaksanakan. Pelbagai kaedah inventori dan persampelan digunakan antaranya pemasangan perangkap boleh lipat, jaring kabut, perangkap jatuh, perangkap harp dan perangkap kamera. -
Tajuk Buku Penulis Tahun Sinopsis 
PANDUAN PENCEGAHAN DAN KAWALAN SERANGAN PEROSAK POKOK HUTAN 1. Dato’ Lim Kee Leng
2. Hj. Roslan bin Rani
3. Hj. Ramli bin Mat
4. Dr. Ahmad Said bin Sajap
5. Dr. Farid bin Ahmad
6. Wan Ghazali bin Wan Ali
7. Mohd. Syahrir Azrin bin Salleh
8. Nurfazliza binti Kamarulbahrin
9. Nuazri bin Sedik
10. Ismail bin Zakaria
11. Murni binti Samsuddin2017 Buku panduan ini diterbitkan untuk digunakan oleh pegawai dan kakitangan JPSM sebagai panduan dalam usaha untuk mencegah dan mengawal serangan perosak dan penyakit pokok hutan di hutan asli dan ladang hutan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan tapak semaian. Buku ini juga boleh digunakan oleh mana-mana pihak bagi kawasan penanaman pokok hutan di luar kawasan HSK. 
GARIS PANDUAN PENUBUHAN LADANG HUTAN 1. Dato’ Hj. Roslan bin Ariffin
2. Dato’ Lim Kee Leng
3. Hj. Roslan bin Rani
4. Hamidi bin Abd Halim
5. Hj. Ramli bin Mat
6. Marlina binti Omar
7. Mohd Noor Firdaus b. Rahim
8. Edevaldo J.Yapp
9. Juliana binti Yahya
10. Nor Fazlina binti Mohamad Nor
11. Veronica Justin
12. Saiful Azmi bin Mat A’zid
13. Nurul Hana binti Mohd Sayuti
14. Nazirah binti Aziz2017 Garis panduan ini memaparkan maklumat berkaitan proses dilakukan untuk penubuhan ladang hutan yang merangkumi pemilihan kawasan, pemilihan spesies, penyediaan tapak dan penyelenggaraan yang perlu dilakukan sebelum ladang hutan ditubuhkan. Sungguhpun begitu, garis panduan ini tidak boleh dianggap sebagai muktamad kerana terdapat perkara-perkara dalam pengurusan, penubuhan dan penyelenggaraan ladang hutan yang berubah mengikut perkembangan teknologi dan keperluan dari semasa ke semasa. -
Senarai Prosiding Tajuk Buku Penulis Tahun Sinopsis 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN TAMAN NEGERI ENDAU ROMPIN:
Pengurusan, Persekitaran Fizikal dan BiologiShaharuddin Mohamad Ismail
Mokhtar Mat Isa
W. Yusoff W. Ahmad
M. Rahim Ramli
A. Latiff2004 Buku prosiding ini merupakan suatu koleksi kertas saintifik yang telah ditulis oleh pakar penyelidik dalam pelbagai bidang perhutanan dan kepelbagaian biologi hutan hasil daripada Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan yang telah dilaksanakan di Taman Negeri Endau Rompin, Pahang pada 16-22 Jun 2002. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN GUNUNG NUANG, SELANGOR:
Persekitaran Fizikal & Kepelbagaian BiologiShukor Md. Nor
Sahibin Abd. Rahim
Shaharudin Mohamad Ismail
Nik Mohd. Shah Nik Mustafa
Jalil Md. Som
Razani Ujang
A. Latiff2005 Buku prosiding ini adalah siri kedua dan merupakan sebahagian daripada hasil kajian 1999 yang merangkumi kepelbagaian flora dan fauna serta persekitaran fizikal di Hutan Simpan Gunung Nuang, Selangor. Kajian-kajian saintifik di kawasan ini diharap dapat diteruskan bagi menerokai sebanyak mungkin penemuan baharu yang perlu dipelihara untuk generasi yang akan datang. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN SIMPAN ULU MUDA, KEDAH:
Pengurusan, Persekitaran Fizikal dan BiologiShaharuddin Mohamad Ismail
Che Hashim Hassan
Mohd. Puat Dahalan
Jalil Md.Som
Norhaidi Yunus
A.Latiff2005 Buku prosiding ini merupakan koleksi pelbagai maklumat daripada penemuan, cerita dan laporan status kekayaan kepelbagaian biologi yang masih terdapat dalam Hutan Simpan Ulu Muda, Kedah. Pelbagai maklumat ilmiah yang terkandung dalam buku ini merupakan hasil eksplorasi dan penemuan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan di Ulu Muda yang dijalankan pada 23 -29 Mac 2003. 
FOREST BIODIVERSITY SERIES - SUSTAINABLE MANAGEMENT OF MATANG MANGROVES:
100 YEARS AND BEYONDShaharuddin Mohamad Ismail
Azhar Muda
Razani Ujang
Kamaruzaman Ali Budin
K.L Lim
Suhaili Rosli
Jalil Md.Som
A.Latiff2005 Pada tahun 2004, Hutan Paya Bakau Matang meraikan ulang tahun ke-100 pengurusan lestari. Bagi memperingati ulang tahun ke-100 tersebut, satu Persidangan Antarabangsa telah dianjurkan di Ipoh, Perak yang dihadiri oleh lebih 150 saintis. Buku ini merangkumi pengetahuan semasa tentang Hutan Paya Bakau Matang dan ekosistem bakau lain serta pengurusannya di Malaysia. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN TAMAN NEGERI GUNUNG STONG, KELANTAN:
Pengurusan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian BiologiShaharuddin Mohamad Ismail
Wan Yusoff Wan Ahmad
Jalil Md. Som
Yusoff Muda
A. Latiff2006 Buku prosiding ini mengandungi pelbagai maklumat berkaitan penemuan dan laporan status kekayaan kepelbagaian biologi hutan yang masih tersimpan dalam Hutan Simpan Gunung Stong, Kelantan. Pelbagai maklumat ilmiah hasil kajian semasa Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Negeri Gunung Stong, Kelantan yang telah dilaksanakan pada 24-29 Mei 2003 dan dibentangkan dalam Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Negeri Gunung Stong, Kelantan pada 20-22 April 2004 di Kota Bharu. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN SIMPAN GUNUNG JERAI, KEDAH:
Pengurusan, Persekitaran Fizikal, Biologi dan SosioekonomiShaharuddin Mohamad Ismail
Dahalan Hj. Taha
Abdullah Sani Shafie
Jalil Md.Som
I. Faridah-Hanum
A. Latiff2006 Buku prosiding ini mengandungi pelbagai maklumat tentang penemuan dan laporan status kekayaan kepelbagaian biologi yang merangkurni persekitaran fizikal, bahan sejarah, flora dan fauna yang masih tersimpan di dalam Hutan Simpan Gunung Jerai, Kedah serta Hutan Lipur di sekeliling Gunung Jerai. Pelbagai maklumat ilmiah yang terkandung dalam prosiding ini merupakan sebahagian daripada hasil kajian semasa Ekspedisi Saintitfik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Gunung Jerai, Kedah yang telah dilaksanakan pada 4-9 Jun 2005. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN GUNUNG MANDI ANGIN, TERENGGANU
Pengurusan, Persekitaran Fizikal, Kepelbagaian Biologi dan Pelancongan EkologiAzahar Muda
Na' aman Jaafar
Mohd. Rizal Sabran
Jalil Md. Som
M.S.Nizam
A.Latiff2007 Buku prosiding ini mengandungi pelbagai maklumat berkaitan penemuan dan laporan ilmiah terutama mengenai status kekayaan kepelbagaian biologi hutan yang masih tersimpan di sekitar kawasan hutan Gunung Mandi Angin, Terengganu khususnya yang terletak dalam Hutan Simpan Pasir Raja, Dungun, Terengganu. Pelbagai maklumat ilmiah yang dibentangkan hasil kajian dan penemuan semasa menjalankan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Mandi Angin pada 5-10 Jun 2004. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN TAMAN RIMBA KENONG, PAHANG
Pengurusan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian BiologiAzahar Muda
Azman A. Rahman
Che Hashim Hassan
H. L. Koh
A. Norhayati
A. Latiff2008 Buku prosiding ini mengandungi pelbagai maklumat berkaitan penemuan dan laporan kajian terutama mengenai status kekayaan kepelbagaian biologi hutan yang masih tersimpan di sekitar Hutan Taman Rimba Kenong khususnya yang terletak dalam Hutan Simpan Yong, Kuala Lipis, Pahang. Pelbagai maklumat ilmiah yang dibentangkan hasil kajian dan penemuan semasa menjalankan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Rimba Kenong, Pahang pada 16-20 Ogos 2004 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN BUKIT BELATA, SELANGOR
Pengurusan, Persekitaran Fizikal, Kepelbagaian Biologi dan Sosio-ekonomiAzahar Muda
H.L. Koh
Nik Mohd. Shah Nik Mustafa
Samsul Anuar Nawi
A. Latiff2008 Penerbitan buku prosiding ini adalah lanjutan daripada program Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Bukit Belata, Selangor pada 22-26 Ogos 2005. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini telah dbentangkan oleh para saintis, pengkaji dan penyelidik semasa Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Bukit Belata, Selangor pada 28-29 Ogos 2006. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN RIMBA BANDAR BUKIT BAUK : TERENGGANU
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian BiologiRazani Ujang
H. L. Koh
Mohd. Rahim Rani
Na' a man Jaafar
I. Faridah-Hanum
A. Latiff2009 Penerbitan buku prosiding ini adalah hasil daripada Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Rimba Bandar Bukit Bauk, Terengganu pada 22-25 Mei 2006. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini telah dibentangkan oleh para saintis, pengkaji dan penyelidik dalam Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Rimba Bandar Bukit Bauk, Terengganu pada 6-7 Ogos 2007. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN SIMPAN PANTI, JOHOR
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian BiologiRazani Ujang
H.L. Koh
Abdul Rahman Abdul Rahim
Yahaya Mahmood
Mohd. Rahim Rani
A. Norhayati
A. Latiff2009 Buku prosiding ini mengandungi pelbagai maklumat dan laporan berkaitan kekayaan kepelbagaian biologi hutan dalam kawasan Hutan Simpan Panti, Johor. Pelbagai maklumat ilmiah yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil penjelajahan dan penemuan semasa ekspedisi saintifik tersebut. Maklumat-maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini telah dibentangkan oleh para ahli sains, pengkaji dan penyelidik dalam Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Panti, Johor yang telah diadakan pada 3-4 Disember 2007. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN SIMPAN BINTANG HIJAU, PERAK
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian BiologiRazani Ujang
H.L. Koh
Nik Mohd Shah Nik Mustafa
A. Damanhuri
A. Latiff2010 Buku prosiding ini mengandungi pelbagai maklumat berkaitan penemuan dan laporan kajian terutama mengenai status kekayaan kepelbagaian biologi hutan yang masih tersimpan di sekitar Hutan Simpan Bintang Hijau, Perak. Pelbagai maklumat ilmiah yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil eksplorasi dan penemuan semasa Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Bintang Hijau, Perak pada 18-22 Disember 2006. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN SIMPAN GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian BiologiRazani Ujang
Abdul Rahman Abdul Rahim
H.L. Koh
Rosian Ariffin
M. S. Nizam
A. Latiff2010 Buku prosiding ini mengandungi pelbagai maklumat tentang penemuan dan laporan kajian terutama mengenai status kekayaan kepelbagaian biologi hutan yang masih tersimpan di sekitar Hutan Simpan Gunung Angsi, Negeri Sembilan. Pelbagai maklumat ilmiah yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil eksplorasi dan penemuan semasa ekspedisi yang dibentangkan dalam Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Gunung Angsi, Negeri Sembilan pada 4-6 Mei 2008. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN PERGUNUNGAN CAMERON HIGHLANDS:
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal, dan Kepelbagaian BiologiAbd. Rahman Abd. Rahim
H. L. Koh
Mohd. Paiz Kamaruzaman
Muhamad Abdullah
A. Latiff2011 Penerbitan buku prosiding ini amat bertepatan dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan Negeri Pahang untuk mempromosikan produk pelancongan berkonsepkan "Edu-tourism", iaitu aktiviti pelancongan berteraskan pendidikan. Pelbagai maklumat ilmiah yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil eksplorasi dan penemuan semasa Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Cameron Highlands yang telah diadakan pada 20-25 Mei 2007. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN TAMAN NEGERI DIRAJA BELUM, PERAK
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal, Kepelbagaian Biologi dan Sosio-ekonomiAbd. Rahman Abd. Rahim
H. L. Koh
Muhamad Abdullah
A.Latiff2011 Buku prosiding ini diterbitkan hasil daripada Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Negeri Diraja Belum, Perak pada 18-23 Jun 2007. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini telah dibentang oleh para saintis, pengkaji dan penyelidik dalam Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Negeri Diraja Belum, Perak yang diadakan pada 3-4 November 2008 bertempat di Hotel Syuen, lpoh. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN SIMPAN MELAKA:
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal, Kepelbagaian Biologi dan Sosio-ekonomiAbd. Rahman Abd. Rahim
H. L. Koh
Muhamad Abdullah
Wan Yusof Wan Karim
A. Latiff2011 Buku prosiding ini adalah hasil daripada pembentangan kertas kerja dalam Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Melaka yang telah diadakan di Hotel Equatorial, Melaka pada 1 - 2 April 2009. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil penemuan dan kajian daripada pelaksanaan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Melaka yang telah diadakan pada 30 Mac - 4 April 2008. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN TAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR DAN PULAU JEREJAK, PULAU PINANG:
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian BiologiAbd. Rahman Hj. Abd. Rahim
Mohd Nasir Abu Hassan
Mohd Puat Dahalan
Muhamad Abdullah
A.Latiff2011 Buku prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan semasa Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Negeri Bukit Panchor dan Pulau Jerejak, Pulau Pinang pada 13 - 14 Julai 2009 bertempat di Hotel Gurney Resort & Residences, Pulau Pinang. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil penemuan dan kajian daripada pelaksanaan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Negeri Bukit Panchor dan Pulau Jerejak, Pulau Pinang yang telah diadakan pada 10 -15 Ogos 2008. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN SIMPAN GUNUNG BELUMUT, JOHOR:
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian BiologiAbd. Rahman Hj. Abd. Rahim
Yahaya Mahmood
Mohd Nasir Abu Hassan
Muhamad Abdullah
A. Latiff2012 Buku prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan semasa Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Gunung Berlumut, Johor pada 1 - 2 Jun 2010 bertempat di Hotel Grand Paragon, Johor. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil penemuan dan kajian daripada pelaksanaan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Gunung Berlumut, Johor yang telah diadakan pada 10 - 14 Ogos 2009 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN PULAU PANGKOR, PERAK :
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian BiologiAbd. Rahman Hj. Abd. Rahim
Masran Md. Salleh
Mohd Nasir Abu Hassan
Muhamad Abdullah
A. Latiff2012 Buku prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan semasa Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Pulau Pangkor, Perak pada 12 - 13 Julai 2010 bertempat di Hotel Impiana, Ipoh. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil penemuan dan kajian daripada pelaksanaan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Pulau Pangkor, Perak yang telah dijalankan pada 4 - 8 Mei 2009. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI BANJARAN BINTANG GUNUNG INAS, KEDAH
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian BiologiAbd. Rahman Abd. Rahim
Mohd Nasir Abu Hassan
Mohamed Zin Yusop
A. M. Richard
A. Latiff2013 Buku prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan semasa Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Banjaran Bintang Gunung Inas, Kedah pada 27 - 28 Oktober 2010 bertempat di Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil daripada pelaksanaan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Banjaran Bintang Gunung Inas, Kedah yang telah diadakan pada 2 - 6 November 2009. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN GUNUNG BESAR HANTU, NEGERI SEMBILAN
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian BiologiAbd. Rahman Abd. Rahim
Mohd. Nasir Abu Hassan
Ahmad Fadzil Abdul Majid
A. M. Richard
A. Latiff2014 Buku prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan semasa Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Besar Hantu, Negeri Sembilan pada 10 -11 Mei 2011 bertempat di Kelana Resort, Seremban, Negeri Sembilan. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil daripada pelaksanaan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Besar Hantu, Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 3 - 7 Mei 2010. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN SIMPAN GUNUNG TEBU, TERENGGANU
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian BiologiAbd. Rahman Abd. Rahim
Mohd. Nasir Abu Hassan
Azmi Nordin
M.B. Nor Hasliza
A. Latiff2015 Buku prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan semasa Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Gunung Tebu, Terengganu pada 11 - 12 September 2013 bertempat di Permai Hotel, Kuala Terengganu. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil penemuan dan kajian daripada pelaksanaan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Gunung Tebu, Terengganu yang telah diadakan pada 8 - 13 Julai 2012. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN PAYA LAUT MERBOK, KEDAH
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian FloraAbd. Rahman Abd. Rahim
Ku Azmi Ku Aman
Mohd. Nasir Abu Hassan
Muhamad Abdullah
M.B. Nor Hasliza
A. Latiff2015 Buku prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan semasa Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Paya Laut Merbok, Kedah pada 21 - 22 September 2014 di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil penemuan dan kajian daripada pelaksanaan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Paya Laut Merbok, Kedah yang telah diadakan pada 18 - 23 Ogos 2013. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN TAMAN EKO-RIMBA KUALA LUMPUR
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian BiologiNor Akhiruddin Mahmud
Mohd Rahim Rani
Badrol Hisam Abdul Rahman
Ag. Shaffie Ag. Ahmadni
Mohd Hafiz Hamzah
Arifhadi Johari Affandi
A.Latiff2018 Buku prosiding ini adalah himpunan kertas kerja berkaitan pelbagai penemuan hasil daripada pelaksanaan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Eko-Rimba Kuala Lumpur yang telah diadakan pada 4 - 8 Oktober 2015. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN ULU SAT
Nadi Pemeliharaan Alam Semulajadi KelantanMohd Radhi Chu Abdullah
Haji Abdul Wahab Deraman
Nur Najwa Dina Abong
Noor Janatun Nairn Jemali
Nazahatul Anis Amaludin
Suryani Mohd Nordin2020 Buku prosiding ini menghimpunkan maklumat penemuan kepelbagaian biodiversiti di Hutan Simpan Ulu Sat sepanjang pelaksanaan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Ulu Sat, Kelantan pada 11 - 15 Ogos 2018. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN SIMPAN BUKIT BUJANG, CAMERON HIGHLANDS, PAHANG :
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian BiologiMohd. Ridza Awang
Ahmad Fadzil Abd. Majid
Mohd. Hizamri Mohd. Yassin
Mohd. Shahrir Azrin Salleh
Edevaldo J. Yapp
Nik Mohd. Najib Nik Jaafar
A. Latiff2021 Buku prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan semasa Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Bukit Bujang, Cameron Highlands dan Lembah Jemaloi, Hutan Simpan Kenaboi, Jelebu yang telah diadakan pada 24 – 25 Ogos 2019 bertempat di Dewan Damar Minyak, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil penemuan dan kajian daripada pelaksanaan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Bukit Bujang, Cameron Highlands, Pahang pada 20–24 Ogos 2017. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN LEMBAH JEMALOI, HUTAN SIMPAN KENABOI, NEGERI SEMBILAN :
Pengurusan Hutan, Sosioekonomi dan Kepelbagaian BiologiMohd. Ridza Awang
Saleh Awaludin
Mohd Ridzuwan Endot
Hamidi Abd Halim
Edevaldo J. Yapp
Nuazri Sedik
Nik Mohd. Najib Nik Jaafar
A. Latiff2021 Buku prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan semasa Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Bukit Bujang, Cameron Highlands dan Lembah Jemaloi, Hutan Simpan Kenaboi, Jelebu pada 24 - 25 Ogos 2019 di Dewan Damar Minyak, Ibu Pejabat JPSM. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil penemuan dan kajian daripada pelaksanaan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Lembah Jemaloi, Hutan Simpan Kenaboi, Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 29 Oktober - 3 November 2017. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN SIMPAN SUNGAI MENYALA, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN :
Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian BiologiHamidi Abd. Halim
Nuazri Sidek
Umikalsum Nan
Siti Norhayati Mohamad Mastar
Noor Izianti Ishak
A.Latiff2023 Buku prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan semasa Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickon, Negeri Sembilan pada 23 – 24 Ogos 2023 di Hotel Corus Paradise, Port Dickson, Negeri Sembilan. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil penemuan dan kajian daripada pelaksanaan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickon, Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 2 - 6 Oktober 2022. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN TAMAN NEGERI SELANGOR BUKIT FRASER, SELANGOR
Ekspedisi Saintifik Biodiversiti DirajaRusea Go
Mohd. Ridza Awang
Ahmad Fadzil Abdul Majid
Zahari Ibrahim
A. Latiff2019 Ekspedisi Biodiversiti Saintifik Diraja di Taman Negeri Fraser’s Hill Selangor, Selangor telah dianjurkan dari 26 Ogos 2019 hingga 30 Ogos 2019. Seramai 49 pakar tumbuhan telah menyertai dan telah mengumpul serta mengenal pasti 621 spesies tumbuhan semasa penerokaan tersebut. Sebanyak 20 kertas kerja mengenai kepelbagaian flora yang kaya di Taman Negeri Fraser’s Hill Selangor telah dimasukkan ke dalam penerbitan ini. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN GUNUNG TELAPAK BURUK, HUTAN SIMPAN BEREMBUN, JELEBU, NEGERI SEMBILAN :
Kepelbagaian Biologi dan Sosio-ekonomiHamidi bin Abd. Halim
Mohd. Rizal bin Sabran
Umikalsum binti Nan
Nuazri bin Sedik
Faszly Rahim
A. Latiff2019 Buku prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan semasa Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Telapak Buruk, Hutan Simpan Berembun, Jelebu, Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 11 - 13 Mac 2020 di Hotel Palm Seremban, Negeri Sembilan. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil penemuan dan kajian daripada pelaksanaan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Telapak Buruk, Hutan Simpan Berembun, Jelebu, Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 29 Mac - 4 April 2019. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN SUNGAI CHILING, HUTAN SIMPAN ULU SELANGOR, SELANGOR:
Kepelbagaian Biologi, Persekitaran Fizikal dan Sosio-ekonomiAzhar Ahmad
M. Nazre
Amsari Mahmoud
Ahmad Fitri Zohadie
Syed Adha
Nor Baiah
Kamarulizwan K.2024 Buku prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan semasa Seminar mini Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Sungai Chiling, Hutan Simpan Ulu Selangor, Selangor pada 28 November 2023. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil penemuan dan kajian daripada pelaksanaan mini Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Sungai Chiling, Hutan Simpan Ulu Selangor, Selangor yang telah diadakan pada18 - 22 September 2023. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN TAMAN EKORIMBA MOSSY FOREST, CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal, Kepelbagaian Biologi dan EkopelanconganZahari bin Ibrahim
Roslan bin Rani
Zainuddin bin Jamaluddin
Nor Zaidi bin Jusoh
Arifhadi bin Johari Affandi
Wan Ghazali bin Wan Ali
A. Latiff2024 Buku prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan semasa Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Eko Rimba Mossy Forest, Cameron Highlands, Pahang pada 7 - 8 Mac 2024. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil penemuan dan kajian daripada pelaksanaan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Eko Rimba Mossy Forest, Cameron Highlands, Pahang yang telah diadakan pada 10 - 14 Mac 2023. 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN SIMPAN BEHRANG, MUALLIM, PERAK:
Pengurusan Hutan, Kepelbagaian Biologi dan SosioekonomiZahari Ibrahim
Roslan Rani
Mohd Basri Abdul Manaf
Mohd Ridzuwan Endot
Aldrich Richard
Rusli Tahir
Siti Khatijah Othman
Edevaldo J. Yapp
Juliana Yahya
Azi Azeyanty Jamaludin
Z. Ahmad Fitri
A. Latiff2025 Buku prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan semasa Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Behrang, Muallim, Perak pada 1 - 2 Oktober 2024 di MH Hotel Ipoh, Perak. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini merupakan hasil penemuan dan kajian daripada pelaksanaan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Behrang, Muallim, Perak yang telah diadakan pada 14 - 18 Ogos 2023 
SIRI KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN PERGUNUNGAN LOJING, HUTAN SIMPAN LOJING KELANTAN
Pengurusan Hutan, Sosioekonomi dan Kepelbagaian BiologiZahari Ibrahim
Roslan Rani
Rahim Ramli
Mohd Ridzuwan Endot
Aldrich Richard
Noor Janatun Naim Jemali
Siti Khatijah Othman
Zulkhairi Azizi Zainal Abidin
Juliana Yahya
Faiz Aiman Ashaari2025 Buku prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan semasa Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Pergunungan Lojing, Hutan Simpan Lojing, Kelantan pada 20 - 22 Jun 2022 di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu, Kelantan. Maklumat yang terkandung dalam buku prosiding ini hasil penemuan dan kajian daripada pelaksanaan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Pergunungan Lojing, Hutan Simpan Lojing, Kelantan yang telah diadakan pada 9 - 14 Mac 2022. -
Tajuk Buku Penulis Tahun Sinopsis 
Prosiding Persidangan Kebangsaan Penilaian Ekonomi Sumber Hutan 2014 1. Tuan Marina Binti Tuan Ibrahim
2. Zulnaidah Binti Manan
3. Muhammad Fekri bin Taib
4. Siti Farhana Binti Adnan2022 Prosiding Seminar Penilaian Ekonomi (EV) dan Bayaran Perkhidmatan Ekosistem (PES) yang bertemakan “PES Ke Arah Kelestarian Sumber” diterbitkan untuk mendokumentasikan segala isu yang telah dibincangkan sepanjang seminar yang telah diadakan pada 25 November 2021. Seminar ini merupakan satu usaha Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) di bawah Projek GEF-GOM: Improving Connectivity in the Central Forest Spine Landscape dan disokong oleh United Nation Development Progamme (UNDP) untuk menyampaikan hasrat Jabatan kepada pelbagai pihak mengenai potensi PES dalam pengurusan alam sekitar khususnya perhutanan bagi menjamin kelestarian alam sekitar.
Klik di sini untuk muat turun.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Penilaian Ekonomi Sumber Hutan 2014 1. Poh Lye Yong
2. Muhammad Umar bin Abdullah
3. Muhammad Fekri bin Taib
4. Nur Aishah binti Sa’ad
5. Rosmawati binti Ismail
6. Rafizah binti Minhat2014 Buku ini diterbitkan hasil daripada kompilasi pembentangan sebanyak 20 kertas kerja yang telah berlangsung sepanjang Persidangan Kebangsaan Penilaian Ekonomi Sumber Hutan2014 yang bertemakan “Penjanaan Kekayaan Baru Barangan dan Perkhidmatan ke arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi” di Hotel The Everly Putrajaya dari 2-5 September 2014. Diantara perkara penting yang telah dibincangkan adalah dasar dan rangka kerja; prinsip dan kaedah-kaedah; penyelidikan, pembangunan dan inovasi; penilaian ekonomi barangan hutan; dan penilaian ekonomi perkhidmatan hutan.
Klik di sini untuk muat turun.
Prosiding Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16 Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2012 Buku ini diterbitkan hasil daripada pembentangan di Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16 pada 5-9 Disember 2011.
Klik di sini untuk muat turun.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Penilaian Ekonomi Sumber Hutan 1. Chin Yue Mun
2. Faridah Hanum Ibrahim
3. Poh Lye Yong
4. Tuan Marina Tuan Ibrahim2010 Buku ini diterbitkan hasil daripada pembentangan sebanyak 21 kertas kerja secara lisan yang berlangsung sepanjang Persidangan Kebangsaan Penilaian Ekonomi Sumber Hutan bertemakan “Penjanaan Kekayaan Baru Sumber Hutan Untuk Satu Malaysia” di Hotel Best Western Premier Seri Pacific dari 11-13 November 2009. Diantara perkara penting yang telah dibincangkan adalah dasar dan rangka kerja; kaedah-kaedah penilaian sumber hutan; penilaian barangan dan perkhidmatan hutan; dan penyelidikan, pembangunan dan inovasi.

Prosiding Seminar Ke Atas Penilaian Ekonomi Barangan Dan Perkhidmatan Hutan 1. Faridah Hanum Ibrahim
2. Poh Lye Yong
3. Tuan Marina Binti Tuan Ibrahim2009 Buku terbitan “Prosiding Seminar Penilaian Ekonomi Barangan & Perkhidmatan Hutan’ mendokumentasikan sebanyak 15 kertas kerja yang dibentangkan di seminar yang telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu, Terengganu dari 15-18 Disember 2007. Hasil kajian daripada beberapa kajian yang telah dijalankan oleh Jabatan dibawah projek pembangunan bertajuk ‘Jumlah Penilaian Ekonomi Barangan & Perkhidmatan Hutan di Semenanjung Malaysia’ dibawah Rancangan Malaysia Ke-9 adalah dipaparkan dalam buku terbitan ini yang juga membekalkan garis panduan am terhadap penilaian barangan dan perkhidmatan hutan.





