0 | JAN | FEB | MAC | APR | MEI | JUN | JULAI | OGOS | SEPT | OKT | NOV | DIS | JUMLAH |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bilangan Transaksi 2017 | 0 | 1 | 1 | 3 | 2 | 1 | 1 | 0 | 2 | 0 | |||
Bilangan Transaksi 2016 | 2 | 3 | 2 | 7 | 2 | 1 | 6 | 0 | 0 | 0 | 0 | 23 | |
Bilangan Transaksi 2015 | 4 | 5 | 3 | 0 | 0 | 2 | 2 | 1 | 1 | 0 | 1 | 0 | 19 |
Bilangan Transaksi 2014 | 0 | 2 | 1 | 1 | 3 | 3 | 0 | 2 | 1 | 1 | 4 | 1 | 19 |
Bilangan Transaksi 2013 | 3 | 2 | 2 | 3 | 6 | 5 | 2 | 4 | 1 | 3 | 4 | 3 | 38 |
Jenis Hutan : Hutan Paya Gambut
Penerangan : Hutan ini terbentuk di atas tanah gambut yang mempunyai kedalaman lebih kurang 6 meter yang berair dan berasid. Hutan ini terletak di belakang garisan pantai. Antara spesies yang biasa terdapat di hutan ini adalah Koompassia malaccensis (Kempas), Calophyllum spp. (Bintangor), Shorea platycarpa (Meranti paya), Gonystylus spp.(Ramin), Sapotaceae sp. (Nyatoh), Cratoxylum spp. (Geronggang) dan Vatica spp. (Resak).
Jenis Hutan : Hutan Ericaceous - Gunung
Penerangan Hutan : Hutan yang terletak pada ketinggian melebihi 1,500 meter a.p.l dikenali sebagai Hutan Ericaceous-Gunung. Pokok-pokok yang terdapat pada jenis hutan ini bersaiz kecil, bengkok dan rendah. Spesies dari famili Ericacea mendominasi lantai hutan ini seperti Rhododendron spp. dan Vaccinium spp. Selain itu, tumbuhan seperti buluh, paku pakis dan lumut juga boleh ditemui di sini.
Jenis Hutan : Paya Laut
Penerangan : Hutan ini terbentuk di kawasan yang berlumpur di pantai, lagun dan muara sungai yang mengalami air pasang dan surut. Spesies pokok-pokok utama hanya terhad pada habitat ini dan tumbuhan di ekosistem ini lazimnya mempunyai sistem akar unik seperti akar jangkang dan pneumatofor serta struktur daun yang tebal seperti Rhizophora spp. (bakau).
Jenis Hutan : Hutan Dipterokarpa Pamah
Penerangan : Hutan ini terletak pada ketinggian tidak melebihi 300 meter a.p.l dan mempunyai bilangan pokok yang padat dari pelbagai spesies. Meranti, Balau dan Kapur merupakan spesies utama di kawasan hutan ini.
Jenis Hutan : Hutan Dipterokarpa Bukit
Penerangan Hutan : Hutan dipterokarpa bukit merupakan jenis hutan yang paling luas di Semenanjung Malaysia dan wujud pada ketinggian 300 hingga 750 meter a.p.l. Spesies utama yang boleh dijumpai adalah Shorea curtisii (Meranti seraya), Dipterocarpus (Keruing) dan spesies Meranti yang lain.