-
PERSIDANGAN PENGARAH-PENGARAH PERHUTANAN NEGERI SEMENANJUNG MALAYSIA KE-39
Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia merupakan platform perjumpaan dan perbincangan semua Pengarah Perhutanan Negeri dan Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bagi membincangkan, meneliti dan membuat keputusan mengenai perkara-perkara semasa dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan pengurusan hutan negara terutamanya di Semenanjung Malaysia.
Pada kali ini, Negeri Perak telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran persidangan kali ke-39 ini. Persidangan ini berlangsung selama empat (4) hari bermula 20 hingga 24 November 2019 di Hotel Casuarina @ Meru, Perak.