soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Pendahuluan

Dasar Perhutanan Negara 1987 (Pindaan 1992) telah menggariskan keperluan sumber hutan bukan kayu dilaksanakan pengurusan secara berkekalan bagi menjamin kepentingan industri berasaskan sumber berkenaan. Projek penanaman buluh adalah satu usaha pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam memperkenalkan hasil sumber bukan kayu yang berpotensi untuk dikomersilkan. 

Hutan Simpanan Kekal telah diurus berdasarkan konsep pengurusan hutan secara berkekalan sejak awal abad ke-20.  Pada masa kini, dengan peralihan permintaan dan kehendak masyarakat umum terhadap pelbagai keluaran dan perkhidmatan hutan, konsep pengurusan hutan secara berkekalan telah diperluaskan untuk mencakupi bidang-bidang lain seperti fungsi perlindungan hutan dan pengeluaran hasil bukan kayu.

  • Buluh adalah tergolong dalam kumpulan monokotilidon dari famili Gramineae dalam keluarga rumput-rampai. Buluh tumbuh dalam kawasan beriklim sederhana, separa-tropika. Ia tumbuh subur di kawasan yang terbuka dan bersaliran baik. Buluh boleh didapati dalam 2 bentuk pertumbuhan iaitu monopodial (berbatang tunggal) dan simpodial (berumpun). Keseluruhan buluh di Malaysia tergolong dalam pertumbuhan simpodial.

    Perbezaan Buluh Monopodial dan Simpodial

    Monopodial Simpodial
    Pertumbuhan secara tunggal Pertumbuhan berumpun
    Tumbuh di iklim sederhana Tumbuh di iklim tropika

    Adalah dianggarkan terdapat 59 spesies buluh di Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada 7 genera iaitu Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Racemobamboos, Schizostachyum, Thyrsostachys dan Gigantochloa. Secara keseluruhannya buluh-buluh ini dijadikan sumber pendapatan sampingan dan utama bagi sesetengah penduduk.

    Jumlah dan Peratus rumpun buluh di Semenanjung Malaysia

    Jumlah dan Peratus rumpun buluh di Semenanjung Malaysia

    Berdasarkan Sumber Laporan Inventori Hutan Nasional Ke-5 (IHN Ke-5)

    Antara kegunaan dan produk yang dihasilkan dari buluh adalah kayu penyepit, perabot, peralatan muzik, pencungkil gigi dan mempunyai rebung yang boleh dimakan. Selain itu buluh juga dijadikan galah, bingkai gambar, pencucuk sate, bahan anyaman, bidai dan kraftangan. Rumpun buluh juga dijadikan landskap di taman-taman rekreasi awam dan kawasan persendirian.

    Spesies Buluh Dan Kegunaan Komersil Di Semenanjung Malaysia

    • Jenis: Bambusa blumeana

      Nama Tempatan: Buluh duri

      Kegunaan: Kayu penyepit, perabut, alatan muzik penyungkil gigi, tiang sanggaran, rebung yang enak.

    • Jenis: Bambusa heterostachya

      Nama Tempatan: Buluh galah/ tilan/ paring/ pengat

      Kegunaan: Galah, rangka (frames), penyungkil gigi, pencucuk sate, bidai.

    • Jenis: Bambusa vulgaris

      Nama Tempatan: Buluh minyak/ aao/ aro/pan/gading

      Kegunaan: Ornamental, penyungkil gigi, pencucuk sate, kayu penyepit, rebung, kegunaan harian.

    • Jenis: Gigantochloa levis

      Nama Tempatan: Buluh beting/pering

      Kegunaan: Barangan higo, keguaan harian, menghasilkan rebung yang enak.

    • Jenis: Dendrocalamus asper

      Nama Tempatan: Buluh betong/bisa

      Kegunaan: Barangan higo, kegunaan harian, menghasilkan rebung yang enak.

    • Jenis: Gigantochloa ligulata

      Nama Tempatan: Buluh Tumpat Tikus/belalai

      Kegunaan: Sanggaran tanaman sayur, rangka, rebung yang enak.

    • Jenis: Gigantochloa scortechinii

      Nama Tempatan: Buluh semantan/rayah/ gala/paao

      Kegunaan: Kegunaan kraftangan dan industri kecil

    • Jenis: Gigantochloa wrayi

      Nama Tempatan: Buluh beti/raga

      Kegunaan: Kraftangan,rebung, Bidai pencucuk sate, penyungkil gigi

    • Jenis: Schizostachyum brachycladum

      Nama Tempatan: Buluh lemang/nipis/ padi/pelang/urat/rusa

      Kegunaan: Kraftangan, pencucuk sate,ornamental, rebung, penyungkil gigi

    • Jenis: Shizostachyum zollingeri

      Nama Tempatan: Buluh dinding/ nipis/ kasap/telor

      Kegunaan: Kraftangan, pencucuk sate, penyungkil gigi, kegunaan harian.

    • Jenis: Bambusa vulgaris var.striata

      Nama Tempatan: Buluh gading

      Kegunaan: Ornamental.

    • Jenis: Schizostachyum grande

      Nama Tempatan: Buluh semeliang/Semenyeh

      Kegunaan: Rangka, kraftangan.

    • Rotan tergolong dalam famili Palmae dan dikelaskan dalam kumpulan yang terbesar iaitu subfamili Calamoideae. Terdapat 13 genera rotan di dunia. Genera tersebut adalah Calamus, Calospatha, Ceratolobus, Daemonorops, Eremospatha, Korthalsia, Laccosperma, Myrialepis, Oncocalamus, Plectocomia, Plectocomiopsis, Pogonotium dan Retispatha.

      Di Semenanjung Malaysia, terdapat kira-kira 107 spesies rotan yang terdiri daripada 8 genera dimana hanya 20 spesies sahaja yang dikenalpasti kegunaannya serta mempunyai nilai pasaran. Antaranya ialah Calamus manan (Rotan Manau), C. ornatus (Rotan Dok), C. turnidus (Rotan Manau Tikus), C. scipionium (Rotan Semambu), dan C. caesius (Rotan Sega).

      Umumnya rotan tumbuh di kawasan yang lembap dan bilangannya berkurangan apabila sesuatu kawasan itu selalu mengalami pertukaran kelembapan. Di Semenanjung Malaysia, rotan boleh dijumpai dari kawasan pinggiran pantai hingga ke kawasan pergunungan. Walau bagaimanapun, habitatnya yang paling sesuai ialah di kawasan hutan dipterokarpa yang mempunyai ketinggian di bawah 1,000 aras paras laut (a.p.l).

      Berdasarkan kepada Inventori Hutan Kebangsaan ke 5 (IHN-5), terdapat sebanyak 268,644,319.85 rumpun/batang rotan telah dibanci dimana rotan dari jenis Manau mempunyai peratusan tertinggi berbanding rotan dari jenis lain. Pecahannya adalah seperti jadual 1.

      Pecahan Rumpun Batang Rotan Mengikut Jenis

      Jadual 1 : Pecahan rumpun / batang rotan mengikut jenis

      Rotan memberi sumbangan ekonomi melalui pemprosesan perabot dan kraftangan. Antara perabot yang dihasilkan ialah kerusi, meja, katil, serta perkakas dapur. Di samping itu juga rotan juga digunakan untuk menganyam tikar ataupun digunakan sebagai bahan lapik. Rotan Manau dan Rotan Sega adalah merupakan dua spesies rotan yang terpenting sekali dalam industri berasaskan rotan di Semenanjung Malaysia.

      Spesies Nama Tempat Kegunaan
      Calamus manau Rotan manau Komponen perabut dan tongkat
      Calamus scipionum Rotan semambu Komponen perabut dan tongkat
      Calamus tumidus Rotan manau tikus Komponen perabut dan tongkat
      Calamus ornatus Rotan dok Komponen perabut dan tongkat
      Calamus caesius Rotan sega Komponen perabut dan tongkat
      Calamus javensis Rotan lilin Bahan ikatan
      Calamus laevigatus Rotan tunggal Komponen perabut dan bahan kraftangan
      Calamus axillaries Rotan sega air Komponen perabut dan bahan kraftangan
      Calamus speciosissimus Rotan sega badak Komponen perabut dan bahan kraftangan

       

      • Rotan Manau di Hutan Simpan Bukit Kesing, Kompartmen 7/15, Terengganu

        Rotan Manau di Hutan Simpan Bukit Kesing, Kompartmen 7/15, Terengganu

      • Rotan Manau di Hutan Simpan Bukit Kesing, Kompartmen 7/15, Terengganu

        Rotan Manau di Hutan Simpan Bukit Kesing, Kompartmen 7/15, Terengganu

      • Gambar menunjukkan biji benih rotan manau di Hutan Simpan Behrang, Kompartmen 26, Perak

        Gambar menunjukkan biji benih rotan manau di Hutan Simpan Behrang, Kompartmen 26, Perak

      • Gambar menunjukkan biji benih rotan manau di Hutan Simpan Behrang, Kompartmen 26, Perak

        Gambar menunjukkan biji benih rotan manau di Hutan Simpan Behrang, Kompartmen 26, Perak

      Hubungi Kami

      Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
      Jalan Sultan Salahuddin,
      50660 Kuala Lumpur
      No. Tel: 603-26164488
      No. Faks: 603-26925657
      Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

      Statistik Pelawat

      Hari Ini 4029

      Semalam 8264

      Minggu Ini 12293

      Bulan Ini 181820

      Keseluruhan 7702746