soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Visi

Menjadi peneraju terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara lestari.

Misi

Memperkasakan kelestarian pengurusan kepelbagaian fungsi hutan bagi kesejahteraan masyarakat, daya tahan ekosistem dan kemampanan ekonomi.

Objektif

  1. Memastikan kawasan hutan yang mencukupi dengan kepelbagaian fungsinya secara lestari.
  2. Meningkatkan kawasan perlindungan dan penyambungan pemencilan hutan sebagai kawasan habitat untuk konservasi hidupan liar.
  3. Memperkukuhkan konservasi, restorasi dan pengeluaran hasil hutan secara berkekalan sebagai satu langkah mitigasi bagi menangani perubahan iklim.
  4. Meningkatkan pengeluaran hasil perkhidmatan hutan dan ekopelancongan melalui pemerkasaan produktiviti dan penjanaan sumber baharu.
  5. Mentransformasikan amalan pengurusan hutan kepada teknologi moden dan pendigitalan bagi meningkatkan keberkesanan serta kecekapan tadbir urus.
  6. Memperkasakan pengurusan perladangan hutan bersepadu secara mesra alam dan meningkatkan kecekapan penggunaan sumber hutan untuk industri pemprosesan keluaran hutan.
  7. Meningkatkan penglibatan masyarakat setempat, orang asli dan badan pertubuhan bukan kerajaan dalam aktiviti pengurusan hutan.
  8. Memperkukuhkan pembangunan modal insan yang kompeten, inovatif dan berdaya saing bagi memastikan kesinambungan kepakaran bidang perhutanan secara berterusan.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 2676

Semalam 14291

Minggu Ini 56984

Bulan Ini 30021

Keseluruhan 13450721