** Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas
Mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 ( Pindaan 1993)
- Denda maksima RM 500,000 dan dipenjarakan tidak kurang dari 1 tahun dan
tidak melebihi 20 tahun.
Seksyen 15 – Mengambil Hasil Hutan daripada Hutan Simpanan Kekal atau Tanah Kerajaan tanpa lesen yang sah
Seksyen 40 – Memindahkan Hasil Hutan tanpa Pas Memindah daripada Tanah Berimilik, TOL, Lombong dan Tanah Rizab.
Seksyen 86 – Memalsukan atau merosakkan, atau Memiliki alat bagi tujuan pemalsuan, tanda pada pokok dan balak dan mengubah sempadan - Denda maksima RM 50,000 dan/atau dipenjarakan maksima 5 tahun
(Termasuk kesalahan seperti pekerjaan yang menyalahi undang-undang atau menjalankan aktiviti di dalam Hutan Simpanan Kekal; Memindahkan hasil hutan tidak pada tempat dan waktu yang ditetapkan; Mengambil atau mengutip sebarang hasil hutan termasuk rotan, buah-buahan, tumbuhan herba, mineral; dan membuang atau melupuskan sebarang bahan buangan; Larangan membakar dan menghalang pegawai dari menjalankan tugas atau enggan memberi kerjasama). Seperti dalam Seksyen 32, 66, 67, 68, 69, 81(1)(b), 81(1)(c), 82(1), 84, 85, 87, 92, 96, 97, 98 & 100 - Denda maksima RM 10,000 dan/atau dipenjarakan maksima 3 tahun
Kesalahan termasuk memasuki Hutan Simpanan Kekal; penggunaan jalan hutan, melepaskan ternakan; membenarkan ternakan meragut. Mencari, mengambil atau memindah apa-apa hasil hutan atau mineral; membersih atau membajak tanah dengan tujuan pertanian atau maksud lain; Menggunakan bahan beracun atau bahan letupan bagi maksud menangkap ikan atau memasang jerat atau menjebak) Seperti dalam Seksyen 47, 50(4), 81(1)(a), 81(1)(d), 81(1)(e), 81(1)(f) & 83
Untuk keterangan lanjut mengenai kesalahan hutan mengikut seksyen, sila klik di sini.
Akta-akta yang ada hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan Akta Perhutanan Negara 1984.
- Perlembagaan Persekutuan.
- Kanun Tanah Negara (Akta 56 tahun 1965)
- Kanun Tatacara Jenayah (Semakan 1999)(Akta 593)
- Kanun Keseksaan (Semakan 1997)(Akta 574)
- Akta Keterangan 1950 (Akta 56)
- Akta Perdagangan Spesis Terancam Antarabangsa Tahun 2008 (Akta 686)
- Akta Pembangunan Mineral 1994(Akta 525)
- Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)
- Akta Perikanan 1985 (Akta 317)
- Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Akta 127)