soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Galeria Perhutanan Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia menampilkan ruang pameran interaktif yang membawa pengunjung menyelusuri sejarah perhutanan negara, meneroka perkembangan teknologi terkini serta memahami peranan penting sektor perhutanan dalam menyokong pembangunan sosio-ekonomi di Semenanjung Malaysia.

Seiring dengan evolusi sektor perhutanan yang telah melebihi satu abad, galeria ini berfungsi sebagai platform penyampaian maklumat yang lebih dinamik dan relevan. Pengunjung berpeluang memperoleh pengetahuan terkini dan memahami isu-isu semasa berkaitan perhutanan dalam suasana pembelajaran yang santai dan informatif. Galeria ini juga berperanan sebagai medium pendidikan tidak formal yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Galeria Perhutanan kini dibuka semula kepada orang awam selepas selesai kerja-kerja penyelenggaraan. Orang awam dijemput untuk berkunjung bagi menambah pengetahuan berkaitan bidang perhutanan melalui maklumat yang disediakan. Masuk adalah percuma.

Waktu Operasi:
Isnin – Khamis : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Jumaat : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, 2.45 petang hingga 4.00 petang
Sabtu & Ahad : Tutup

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
📞 03-2616 4488

 
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18

     

    Hubungi Kami

    Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
    Jalan Sultan Salahuddin,
    50660 Kuala Lumpur
    No. Tel: 603-26164488
    No. Faks: 603-26925657
    Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Statistik Pelawat

    Hari Ini 10961

    Semalam 12759

    Minggu Ini 31119

    Bulan Ini 161671

    Keseluruhan 19223190