- Semua permohonan untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai pengurusan, pembangunan dan pemuliharaan sumber hutan serta industri perhutanan akan dikemukakan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh permohonan diterima kecuali bagi maklumat-maklumat yang belum diperolehi oleh Jabatan.
- Nasihat-nasihat teknikal mengenai pengurusan, pembangunan dan pemuliharaan sumber hutan serta industri perhutanan akan dikemukakan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan diterima kecuali bagi perkara-perkara yang memerlukan kajian khusus.
- Semua permohonan untuk mendapatkan penerbitan yang tidak terperingkat akan dijawab dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan diterima.
- Permohonan untuk mengikuti latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh Jabatan akan dimaklumkan keputusannya dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh tamat penerimaan permohonan.
- Permohonan untuk mengikuti kursus-kursus di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN), Kepong dan di Pusat Latihan Perhutanan Terengganu akan dimaklumkan keputusannya dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh temuduga.
- Semua Laporan kemajuan projek pembangunan hutan akan dikemukakan kepada agensi pusat tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan.
- Keputusan tawaran perlaksanaan projek pembangunan hutan akan dimaklumkan tidak lewat dari empat (4) bulan selepas tawaran dikeluarkan.
- Tindakan untuk mengemukakan dokumen bagi bayaran kemajuan kontrak ke Perbendaharaan akan diambil dalam tempoh empat belas hari dari tarikh permohonan diterima sekiranya semua syarat yang ditetapkan dipenuhi.
- Bon pelaksanaan kontrak akan dilepaskan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tamat tempoh bon tersebut.
- Semua aduan berhubung perkhidmatan perhutanan akan diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima.