soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Makluman

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melalui Bahagian Silvikultur dan Pemeliharaan Biologi Hutan dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan akan menganjurkan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Besar Hantu, Lata Kijang, Negeri Sembilan pada 3 – 7 Mei 2010 bertempat di Hutan Lipur Lata Kijang, Negeri Sembilan.

 

Majlis Pelancaran "KEMPEN MENANAM 26 JUTA POKOK" bertemakan "HIJAUKAN BUMI : SATU WARGA SATU POKOK" akan disempurnakan oleh Y.B. DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS pada 22 April 2010 bersempena "HARI BUMI" di Presint 5, Putrajaya (berhadapanPusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya, PICC).

 

 

 
 
 

 

 

Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Ke 39 Peringkat Kebangsaan Tahun 2010 akan diadakan pada 21 Mac 2010 (Ahad) di Menara Kuala Lumpur dan Taman Eko Rimba KL. Sambutan kali ini bertemakan “Sayangi Hutan” dan akan dirasmikan oleh Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

 
Keputusan PTK untuk Gred 17 hingga 41 Bilangan 2 Tahun 2009 boleh diakses melalui Sistem Maklumat Latihan Perhutanan (SMLP) mulai 16 Mac 2010. Slip keputusan akan dihantar kepada calon secara berperingkat mulai 25 Mac 2010.

 

Adalah dipelawa kepada yang berkelayakan untuk mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan bagi tahun 2010, Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN), Kepong, JPSM. Syarat kelayakan pemohon dan maklumat lanjut adalah seperti di dalam borang pendaftaran. Permintaan borang permohonan juga boleh dibuat melalui perkhidmatan mySMS seperti format berikut:-

Taip FOREST BKURSUS (email anda*) hantar kepada 15888

Tarikh tutup permohonan 30 Mac 2010 (Selasa).

 

* email perlu dimasukkan tanpa simbol ( )

 

Adalah dimaklumkan berikut adalah Jadual Perlaksanaan PTK bagi Tahun 2010 sepertimana yang telah diputuskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 2801

Semalam 2881

Minggu Ini 2801

Bulan Ini 94569

Keseluruhan 8069468