soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Makluman

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan satu kempen derma darah seperti berikut:

 

Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa 
: 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat 
: Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong

 

Tujuan kempen ini adalah untuk membantu masalah kekurangan darah dalam tabung darah di hospital kerajaan di samping memupuk sifat penyayang dan sedia menolong di kalangan warga perhutanan.

 

 

 

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Majlis Urusan Hutan dan Silvikultur (MAJURUS) Ke-45 telah diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 30 November 2012 (Jumaat)
Masa
: 8.30 pagi
Tempat
: Bilik Mesyuarat 1, Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong

 

Majlis Urusan Hutan dan Silvikultur (MAJURUS) sebagai satu forum teknikal yang  tertinggi dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia adalah bertujuan untuk mengkaji dan menggubal teknik-teknik pengurusan hutan dan silvikultur untuk pelaksanaan yang seragam di Semenanjung Malaysia.

 

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia telah mengadakan Program Gotong-Royong Taman Rimba Wawasan JPSM seperti mana berikut:

 

Tarikh : 23 November 2012 (Jumaat)
Masa
: 8.30 Pagi
Tempat
: Dewan Damar Minyak,  Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia

 

Program ini dilaksanakan melibatkan aktiviti membersih dan menanam pelbagai spesies pokok hutan dalam usaha menjadikan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia sebagai “Model Forestkap Hutan Tropika”.

Semua Warga JPSM dijemput hadir.

120

 

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan akan menganjurkan satu program seperti berikut:

Program : Lab Pengukuhan Ke atas Fungsi Bahagian-Bahagian di JPSM
Tarikh
: 20 - 23 November 2012
Tempat
: Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson

 

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengemaskini fungsi bahagian bahagian di dalam organisasi supaya bersesuaian dengan keperluan semasa dan halatuju Jabatan selari dengan aspirasi kerajaan menerusi program Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan Kepong dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa telah mengadakan Kursus seperti berikut:

Kursus : Etiket dan Protokol Bil. 1/2012
Tarikh
: 6-8 November 2012
Tempat
: Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 2770

Semalam 2881

Minggu Ini 2770

Bulan Ini 94538

Keseluruhan 8069437