soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Makluman

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menganjurkan satu ekspedisi saintifik kepelbagaian biologi hutan seperti berikut:

Tarikh 
: 8 – 13 Julai 2012
Lokasi : Hutan Simpan Gunung Tebu, Terengganu
Tujuan : Merupakan satu usaha mengumpul, mendokumentasikan dan menjalankan kajian saintifik ke atas kepelbagaian biologi dan ekosistem Hutan Simpan Gunung Tebu. Di samping itu, data-data yang diperolehi akan dapat membantu para penyelidik, pengkaji dan pembuat dasar khususnya Kerajaan Negeri di dalam membangun dan memelihara sumber-sumber khazanah alam semulajadi yang terkandung di dalam kawasan hutan tersebut.

 

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan telah menganjurkan Kursus seperti berikut:

Program : Kursus 5S Bagi Juruaudit 5S Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Tarikh : 4 - 5 Jun 2012
Tempat : Dewan seminar Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong
Tujuan : i. Memberi pemahaman konsep amalan 5S dan produktiviti
    ii. Mengetahui teknik dan pelaksanaan sistem 5S secara berkesan di tempat kerja
    iii.
Memahami kaedah dan pelaksanaan Audit dalamn sistem 5S
    iv.
Mengukur keberkesanan sistem amalan 5S dengan menggunakan kunci Petunjuk Perstasi (KPI)
    v.
Melaksanakan sistem Amalan 5S dan juga membuat persediaan untuk persijilan 5S

 

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Hutan dengan kerjasama Bahagian Latihan Perhutanan akan menganjurkan satu Kursus seperti berikut:

Program : Kursus Penilaian Kualiti Air Sungai Bil 1/2012
Tarikh : 18 - 20 Jun 2012
Tempat : Dewan Seminar Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong
Tujuan : Memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan berkaitan pengukuran parameter bagi menilai kualiti air sungai dengan menggunakan kaedah berteknologi dan saintifik di samping dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang hidrologi

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan & Ekonomi Hutan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah menyertai Audit Pemantauan Standard MC&I (Hutan Asli) di FMU Kelantan seperti berikut:

Program : Audit Pemantauan Standard MC&I (Hutan Asli)
Badan Pensijilan : SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
Tarikh : 21 -  24 Mei 2012
Tempat : Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

 

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Perundangan dan Pendakwaan dengan kerjasama Bahagian Latihan Perhutanan telah menganjurkan satu Bengkel seperti berikut:

Program : Bengkel Penguasaan Akta Perhutanan Negara 1984 dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu Siri 1: 2012
Tarikh : 4 - 7 Jun 2012
Tempat : Hotel Emperor, Melaka
Tujuan : Meningkatkan Kefahaman Tafsiran Seksyen-Seksyen Di Bawah Akta Perhutanan Negara 1984 dan Lain-Lain Undang-Undang Berkaitan dengan Perhutanan
 

 

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa dengan kerjasama Bahagian Latihan Perhutanan telah menganjurkan satu program seperti berikut:

Program : Pembangunan Modal Insan Antarabangsa Siri I:
    International Negotiation Skills
Tarikh : 8 hingga 10 Mei 2012
Tempat : Awana Genting Highlands Golf & Country Resort,
    Genting Highlands, Pahang.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 2246

Semalam 2881

Minggu Ini 2246

Bulan Ini 94014

Keseluruhan 8068913