soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Makluman

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia telah mengadakan Program Gotong-Royong Perdana Dan Amalan 5S JPSM 2011 seperti tarikh berikut :

 

Tarikh : 20 September 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari

 

Program ini dilaksanakan meliputi aktiviti gotong-royong di kawasan persekitaran JPSM/Taman Rimba Wawasan dan aktiviti Amalan 5S di semua Bahagian/Unit. Di samping itu, mana-mana Bahagian/Unit yang dapat mengumpulkan barangan terbuang (kertas, buku, suratkhbar dan sebagainya) yang paling banyak akan diberi penghargaan yang sewajarnya berdasarkan timbangan barangan terbuang paling berat. Urusetia program ini ialah Pengarah Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan.

Semua warga JPSM dijemput hadir.

"KEBERSIHAN KECERIAAN SEMUA"

 

Program Ihya’ Ramadhan JPSM 1432H / 2011M telah diadakan pada 16 Ogos 2011 (Selasa) bertempat di Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong.

4.00 ptg – 5.00 ptg : Ceramah Motivasi Ustaz Ali Sarbini,
    Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
   

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

  : Solat Asar Berjemaah
5.30 ptg – 6.00 ptg : Majlis Khatam Al-Quran
6.00 ptg – 10.30 ptg : Majlis Iftar dan Solat Tarawih

 

Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia telah mengadakan Majlis Perasmian Hari Inovasi JPSM 2011. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Razani Ujang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Tarikh, masa dan tempat majlis ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 19 September 2011 (Isnin).
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Tempat :

Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong.

Semua Warga Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia dijemput hadir.

 

Dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan membuat pengambilan pelajar untuk mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2011-2012 di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN). Calon-calon yang layak dan berminat adalah dipelawa untuk memohon bagi mengikuti kursus ini. Syarat-syarat kelayakan permohonan dan maklumat berkenaan kursus ini terdapat dalam iklan yang dipaparkan. Tarikh tutup permohonan: 29 Mac 2011 (Selasa).

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Keluarga Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia akan diadakan seperti berikut :

 

Tarikh     : 23 Januari 2011 (Ahad)

Masa      : 8.30 pagi – 2.00 petang

Tempat  : Wet World, Pedas, Negeri Sembilan

 

Semua warga Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia dijemput hadir.

 

 

Tahniah kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor kerana mendapat tempat Pertama dalam Pertandingan Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Selangor (AISAS) yang disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid bin Ibrahim (Menteri Besar Selangor), pada 22 November 2010. Projek Inovasi bertajuk “Penahan Air Dalam Pemulihan Hutan Paya Gambut Di Hutan Simpan Raja Musa, Selangor” ini telah diketuai oleh En. Mohd Yussainy bin Md Yusop bersama En. Ramlizauyahuddin bin Mahli, Tuan Haji Mangsor bin Mohd Yusoff dan En. Muhammad Bin Murad. Projek Inovasi Penguatkuasaan dan Permulihan Hutan ini juga merupakan pencapaian pertama di Malaysia yang berjaya mengembalikan Hutan Simpan Raja Musa yang diteroka secara haram kepada ekosistem asal Hutan Paya Gambut. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah menerima hadiah berbentuk Piala Iringan, wang tunai RM3,500 dan sijil.

 

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 2939

Semalam 2881

Minggu Ini 2939

Bulan Ini 94707

Keseluruhan 8069606