soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Makluman

Sukacita dimaklumkan Bahagian Latihan Perhutanan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan menganjurkan Kursus Dan Penilaian Dendrologi Bagi Pemelihara Hutan Gred G41-G44 Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia seperti ketetapan berikut:

Tarikh              :           30 Julai 2018 hingga 2 Ogos 2018.

Tempat            :           Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Perhimpunan Bulanan Bilangan 3/2017 dan Majlis Penyerahan Blok Chengal Ibu Pejabat Perhutanan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh  : 15 Ogos 2017 (Selasa)
Masa  : 9.30 Pagi
Tempat  : Dewan Damar Minyak, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia

Sukacita dimaklumkan Unit Integriti Perhutanan (UIP), Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) akan mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Peringkat JPSM pada ketetapan seperti berikut:-
Tarikh : 21 April 2017 (Jumaat)
Masa : 10.45 pagi
Tempat : Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan Kepong, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2017 Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan diadakan seperti mana berikut :-
Tarikh : 21 April 2017 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong​

 

pengambilan pelatih

Dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan membuat pengambilan pelatih untuk mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan Sesi 2014-16 dan Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2014-15 di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN), Kepong, Selangor. Calon-calon yang layak adalah dipelawa untuk memohon bagi mengikuti kursus ini. Syarat-syarat kelayakan permohonan dan maklumat berkenaan kursus ini terdapat dalam iklan berikut:

Syarat-syarat tawaran dan maklumat Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan Sesi 2014-16 dan Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2014-15.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Februari 2014 (Jumaat). Borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan. Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada Bahagian Latihan Perhutanan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.

 

KUALA SEPETANG, 21 MAC 2012 - Sambutan Hari Perhutanan Sedunia ke-41 Peringkat Kebangsaan dengan tema ‘ Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat’ telah berlangsung pada 21 Mac 2012 bertempat di Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, Taiping, Perak. Upacara perasmian disempurnakan oleh  YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak. Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha I, YBhg. Dato’ Dr. Che Ab Rahim bin Nik, Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, dan YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, YBhg. Dato’ Masran B. Md. Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar dan Perancangan) dan Tn.Hj. Roslan bin Ariffin, Pengarah Perhutanan Negeri Perak.Turut hadir bersama adalah wakil daripada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan, NGO, pihak swasta, pelajar-pelajar dan masyarakat tempatan. Menteri Besar Perak juga telah menyatakan penghargaan dalam ucapannya kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak atas segala usaha dalam penganjuran majlis ini.

 

Pengiraan countdown ke-24 juta pokok di bawah Kempen Menanam 26 Juta Pokok merupakan tanda simbolik pelancaran pada majlis kali ini disertai dengan pelancaran buku herba yang bertajuk ‘Khazanah Herba Negeri Perak’. Sambutan ini diteruskan dengan lawatan ke tapak pameran oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak. Kemuncak sambutan pada kali ini diteruskan dengan upacara penanaman pokok Merbau ipil (Intsia bijuga) sebagai pokok yang ke-24 juta pokok ditanam. Upacara penanaman pokok bakau ini turut disertai oleh  YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia bersama-sama dengan jemputan kenamaan yang lain dan juga para pelajar. Serentak dengan  sambutan pada kali ini, Kem Pemimpin Muda Prihatin Air yang melibatkan 100 pelajar sekolah menengah  dari seluruh Semenanjung Malaysia turut diadakan bermula pada 20 hingga 24 Mac 2012 sebagai salah satu platform yang melibatkan penyertaan masyarakat.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 3553

Semalam 4734

Minggu Ini 18699

Bulan Ini 46864

Keseluruhan 8021763