soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Makluman

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melalui Bahagian Silvikultur & Pemeliharaan Biologi Hutan dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menganjurkan Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Besar Hantu, Lata Kijang, Negeri Sembilan pada ketetapan seperti berikut:

 

Tarikh : 10 - 11 Mei 2011 (Selasa & Rabu)
Masa : 8.00 am hingga 5.00 pm
Tempat : Hotel Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan

 

Majlis Perasmian Seminar telah diadakan pada ketetapan berikut:

 

Tarikh : 10 Mei 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 pm
Tempat : Hotel Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan

 

Aturcara program bagi Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Besar Hantu, Lata Kijang, Negeri Sembilan adalah seperti berikut :

 

Sebanyak 12 kertas kerja telah berjaya dibentangkan ketika Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Pesisiran Pantai Negara 2010 "Kepelbagaian Hutan Pesisiran Pantai, Warisan 1Malaysia" berdasarkan tiga sesi pembentangan mengikut sub-tema yang ditetapkan iaitu; Pengurusan Hutan Pesisiran Pantai, Pembangunan dan Penyelidikan serta Penglibatan Komuniti. Daripada perbincangan telah dilaksanakan beberapa aspek penting dapat dikelompokkan seperti berikut yang memerlukan tindakan dan perhatian serius iaitu:

Klik disini.

 

Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung 1431H/2010M akan diadakan pada 3.00-6.00 petang, 8 Oktober 2010 (Jumaat) di Ruang Legar Bangunan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

 

Pembudayaan ICT Hijau adalah amat penting sebagai usaha menyokong pemuliharaan alam sekitar dan Dasar Teknologi Hijau Negara. Berikut disertakan beberapa panduan penggunaan ICT Hijau bagi dilaksanakan oleh Warga IPPSM.

Memastikan komputer ditutup dan suis dimatikan serta plug dicabut dari soket elektrik apabila tidak digunakan untuk jangka masa lama. Ini untuk mengelakkan arus elektrik masih aktif dalam sistem pendawaian menerusi plug komputer yang tidak dimatikan dan dicabut.

Penggunaan screen saver adalah perlu dielakkan. Ini kerana penggunaan screen saver akan menggunakan jumlah tenaga yang sama dengan penggunaan skrin aktif yang mana ia juga melibatkan penggunaan RAM.

Memastikan monitor dalam keadaan standby / hibernate selepas 5 - 15 minit tidak aktif.

Kerjasama dan komitmen daripada seluruh Warga IPPSM adalah amat dihargai.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melalui Seksyen Pemuliharaan Pesisiran Pantai bersama-sama Jabatan Perhutanan Sabah dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2010 : “Kepelbagaian Hutan Pesisiran Pantai, Warisan 1Malaysia” seperti berikut:

Tarikh : 5-6 Oktober 2010 (Selasa & Rabu)
Tempat : 1Borneo Grand Ballroom, Kota Kinabalu, Sabah

 

Majlis Perasmian Seminar akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 5 Oktober 2010 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : 1Borneo Grand Ballroom, Kota Kinabalu, Sabah

 

Disertakan pamplet seminar, sila klik di sini untuk muat turun.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melalui Bahagian Silvikultur & Pemeliharaan Biologi Hutan dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan menganjurkan Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Pulau Pangkor, Perak pada ketetapan seperti berikut:

 

Tarikh :12-13 Julai 2010 (Isnin & Selasa)

Masa : 8.00 am hingga 5.00 pm

Tempat : Hotel Impiana, Ipoh, Perak

 

Majlis Perasmian Seminar akan diadakan pada ketetapan berikut:

 

Tarikh : 12 Julai 2010 (Isnin)

Masa : 8.00 pm

Tempat : Hotel Impiana, Ipoh, Perak

 

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 2627

Semalam 2881

Minggu Ini 2627

Bulan Ini 94395

Keseluruhan 8069294