Seluruh warga JPSM ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd Rahman bin Hj. Abd Rahim di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM) yang baru berkuatkuasa mulai 16 Oktober 2011. YBhg. Dato’ Dr. menggantikan YBhg. Dato' Razani Ujang yang telahpun bersara wajib pada 16 Oktober 2011. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada YBhg. Dato’ Masran bin Md Salleh di atas kenaikan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Perancangan) mulai 16 Oktober 2011. Semoga JPSM akan terus maju di bawah kepimpinan YBhg. Dato berdua. |
Selamat Bersara diucapkan kepada YBhg. Dato' Razani Ujang setelah berkhidmat selama lebih 33 tahun dengan JPSM. Seluruh warga JPSM mendoakan semoga YBhg. Dato' sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
Terima kasih, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Majlis Urusan Hutan dan Silvikultur (MAJURUS) Ke-44 yang bertujuan:
Tarikh | : | 15 Ogos 2011 (Isnin) |
Tempat | : | Bilik Mesyuarat 1, Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong, Selangor |
Masa | : | 8.30 pagi - 6.00 petang |
Pengerusi | : | Y.Bhg. Dato’ Dr Hj Abdul Rahman Bin Hj Abdul Rahim |
Timbalan Ketua Pengarah Perhutaanan (Dasar dan Perancangan) |
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Kursus Motivasi Bertajuk "Menghargai Masa" seperti berikut:
Tempat : Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong
Tarikh : 28 - 29 Julai 2011
Masa : 8.30 Pagi - 5.00 Petang
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, telah menganjurkan Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia Ke-31.
Tarikh | : | 27 – 30 September 2011 |
Tempat | : | Hotel Equatorial Melaka |
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh diakses melalui Laman Web Rasmi JPSM. Sila klik pautan di bawah untuk muat turun.