soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Makluman

 

Pembudayaan ICT Hijau adalah amat penting sebagai usaha menyokong pemuliharaan alam sekitar dan Dasar Teknologi Hijau Negara. Berikut disertakan beberapa panduan penggunaan ICT Hijau bagi dilaksanakan oleh Warga IPPSM.

Memastikan komputer ditutup dan suis dimatikan serta plug dicabut dari soket elektrik apabila tidak digunakan untuk jangka masa lama. Ini untuk mengelakkan arus elektrik masih aktif dalam sistem pendawaian menerusi plug komputer yang tidak dimatikan dan dicabut.

Penggunaan screen saver adalah perlu dielakkan. Ini kerana penggunaan screen saver akan menggunakan jumlah tenaga yang sama dengan penggunaan skrin aktif yang mana ia juga melibatkan penggunaan RAM.

Memastikan monitor dalam keadaan standby / hibernate selepas 5 - 15 minit tidak aktif.

Kerjasama dan komitmen daripada seluruh Warga IPPSM adalah amat dihargai.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melalui Seksyen Pemuliharaan Pesisiran Pantai bersama-sama Jabatan Perhutanan Sabah dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2010 : “Kepelbagaian Hutan Pesisiran Pantai, Warisan 1Malaysia” seperti berikut:

Tarikh : 5-6 Oktober 2010 (Selasa & Rabu)
Tempat : 1Borneo Grand Ballroom, Kota Kinabalu, Sabah

 

Majlis Perasmian Seminar akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 5 Oktober 2010 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : 1Borneo Grand Ballroom, Kota Kinabalu, Sabah

 

Disertakan pamplet seminar, sila klik di sini untuk muat turun.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melalui Bahagian Silvikultur & Pemeliharaan Biologi Hutan dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan menganjurkan Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Pulau Pangkor, Perak pada ketetapan seperti berikut:

 

Tarikh :12-13 Julai 2010 (Isnin & Selasa)

Masa : 8.00 am hingga 5.00 pm

Tempat : Hotel Impiana, Ipoh, Perak

 

Majlis Perasmian Seminar akan diadakan pada ketetapan berikut:

 

Tarikh : 12 Julai 2010 (Isnin)

Masa : 8.00 pm

Tempat : Hotel Impiana, Ipoh, Perak

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melalui Bahagian Silvikultur & Pemeliharaan Biologi Hutan dan Jabatan Perhutanan Negeri Johor akan menganjurkan Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Belumut, Johor pada ketetapan seperti berikut:

 

Tarikh : 1-2 Jun 2010 (Selasa & Rabu)

Masa : 8.00 am hingga 5.00 pm

Tempat : Hotel Grand Paragon, Johor Bahru, Johor

 

Majlis Perasmian pula akan diadakan pada ketetapan berikut:

 

Tarikh : 1 Jun 2010 (Selasa)

Masa : 8.00 pm

Tempat : Hotel Grand Paragon, Johor Bahru, Johor

 

hariperhutananupdated

 

 
 
 

 

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan melaksanakan pendaftaran Pengusaha Tanaman Pokok Karas, Pembekal Kayu Karas dan Pengilang Gaharu khususnya di Semenanjung Malaysia. Untuk memudahkan orang ramai/syarikat mendapatkan salinan borang-borang tersebut, sila klik di bahagian “Muat Turun" dan email kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  atau   Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  atau pos/faks kepada Ketua Pengarah Perhutanan, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur atau dibuat serahan tangan kepada Jabatan Perhutanan Negeri/Pejabat Hutan Daerah berhampiran. Pendaftaran ini adalah percuma dan voluntary. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian 03-2616 4488 atau faks 03-2692 5657.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 7099

Semalam 15317

Minggu Ini 53573

Bulan Ini 7099

Keseluruhan 11372671