Dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan membuat pengambilan pelajar untuk mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2011-2012 di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN). Calon-calon yang layak dan berminat adalah dipelawa untuk memohon bagi mengikuti kursus ini. Syarat-syarat kelayakan permohonan dan maklumat berkenaan kursus ini terdapat dalam iklan yang dipaparkan. Tarikh tutup permohonan: 29 Mac 2011 (Selasa).
Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Keluarga Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 23 Januari 2011 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 2.00 petang
Tempat : Wet World, Pedas, Negeri Sembilan
Semua warga Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia dijemput hadir.
Tahniah kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor kerana mendapat tempat Pertama dalam Pertandingan Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Selangor (AISAS) yang disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid bin Ibrahim (Menteri Besar Selangor), pada 22 November 2010. Projek Inovasi bertajuk “Penahan Air Dalam Pemulihan Hutan Paya Gambut Di Hutan Simpan Raja Musa, Selangor” ini telah diketuai oleh En. Mohd Yussainy bin Md Yusop bersama En. Ramlizauyahuddin bin Mahli, Tuan Haji Mangsor bin Mohd Yusoff dan En. Muhammad Bin Murad. Projek Inovasi Penguatkuasaan dan Permulihan Hutan ini juga merupakan pencapaian pertama di Malaysia yang berjaya mengembalikan Hutan Simpan Raja Musa yang diteroka secara haram kepada ekosistem asal Hutan Paya Gambut. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah menerima hadiah berbentuk Piala Iringan, wang tunai RM3,500 dan sijil. |
Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Hari Inovasi JPSM 2010. Majlis ini akan disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Razani Ujang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Tarikh, masa dan tempat majlis ini adalah seperti berikut:
Tarikh : 12 November 2010 (Jumaat).
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Tempat : Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong.
SEMUA WARGA IBU PEJABAT PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA DIJEMPUT HADIR.
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia serta beberapa agensi lain di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah terlibat dalam menjayakan ‘Malaysian Tourism Fair 2011’ yang telah diadakan seperti berikut:
Tarikh | : | 20 - 22 Mei 2011 |
Masa | : | 10.00 pagi – 8.00 malam |
Tempat | : | Pusat Dagangan Dunia Putra |
Ianya merupakan Pesta Pelancongan Terunggul, mempamerkan pelbagai destinasi, tarikan, acara, produk dan perkhidmatan pelancongan terbaik yang ditawarkan di Malaysia. Pesta yang harus dikunjungi untuk merancang percutian anda bagi menikmati keindahan Malaysia sempena “Cuti Cuti Malaysia”. Jom! beramai ramai mengunjungi ‘Booth 3121’ dan masuk adalah percuma.
Seminar Kebangsaan Projek-Projek Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Bagi Hutan Pesisiran Pantai di Malaysia : Halatuju R&D dan Pelaksanaanya telah diadakan seperti berikut:
Tarikh | : | 7 – 8 Jun 2011 |
Masa | : | 9.00 pagi – 5.00 petang |
Tempat | : | Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) |
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah terlibat dalam membentangkan kertas kerja (poster) yang bertajuk Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisirian Pantai Negara. Aturcara program bagi Seminar Kebangsaan Projek-Projek Penyelidikan & Pembangunan (R&D) bagi Hutan Pesisiran Pantai di Malaysia : Halatuju R&D dan Pelaksanaanya adalah seperti berikut: