Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan Kepong dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa telah mengadakan Kursus seperti berikut:
Kursus | : | Etiket dan Protokol Bil. 1/2012 |
Tarikh |
: | 6-8 November 2012 |
Tempat |
: | Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor. |
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menganjurkan Program Executive TalkJabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Bagi Bulan Oktober Tahun 2012 sepertimana ketetapan berikut :-
Tarikh |
: | 17 Oktober 2012 (Rabu) |
Masa |
: | 2.30 petang |
Tempat |
: | Dewan Damar Minyak, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia |
Agenda | : | Program Executive Talk JPSM |
Tujuan Program
Bahagian Silvikultur & Pemeliharaan Biologi Hutan dan Bahagian Ladang Hutan & Perlindungan Hutan telah mengadakan Makmal Membincangkan Aktiviti Pemulihan Hutan Yang Dilaksanakan Oleh Jabatan Perhutanan Negeri pada 9 - 10 Oktober 2012 di Pusat Edu-Ecotourism Pengurusan Hutan Tropika, Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan. Makmal ini bertujuan untuk membincangkan status pelaksanaan aktiviti tanaman pokok di kawasan miskin dan kawasan lapang serta kapasiti tapak semaian dalam menghasilkan bahan tanaman oleh Jabatan Perhutanan Negeri.
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan menganjurkan Kursus Statistik Dalam Perhutanan sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh |
: | 19 - 21 November 2012 |
Tempat |
: | The Orient Star Resort, Lumut, Perak. |
Objektif kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai konsep statistik dan aplikasinya dalam bidang perhutanan. Kursus ini juga akan memberi pendedahan mengenai cara memungut, menganalisis data bagi sesuatu projek kajian atau penyelidikan.
Peserta kursus ini adalah terdiri daripada pegawai-pegawai Gred 27 dan ke atas dari Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan Kepong dengan kerjasama Bahagian Forest Eco-Park & Hutan Taman Negeri telah mengadakan Kursus Pemahaman dan Penilaian Pokok Bahaya di Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri Semenanjung Malaysia sepertimana ketetapan berikut :-
|
|||||||||