Sukacita dimaklumkan bahawa satu Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) telah diadakan pada 30 Julai 2012 (Isnin) oleh Pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Diharap semua Zon dapat bersiap sedia.
“AMALAN 5S BUDAYA KAMI”
Sukacita dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia telah mengadakan Program Gotong-Royong Perdana Taman Rimba Wawasan seperti mana berikut :
Program ini dilaksanakan meliputi aktiviti gotong-royong di kawasan persekitaran JPSM/Taman Rimba Wawasan dan aktiviti Amalan 5S di semua Bahagian/Unit. Urusetia program ini ialah Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan. Semua warga JPSM dijemput hadir. "KEBERSIHAN KECERIAAN SEMUA"
|
Pertandingan ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran terhadap tanah gambut di Asia Tenggara dan komuniti yang tinggal di dalam dan di persekitarannya. Terbuka kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas. Setiap foto hendaklah diambil dari tanah gambut di Asia Tenggara sahaja.
Hadiah wang tunai ditaja oleh UN International Fund for Agricultural Development (IFAD) & Global Environment Facility (GEF) & European Union (EU).
HADIAH PEMENANG: Hadiah Pertama - US$1,000 + Canon EOS 60D (Kit III) EF S18-200 IS Hadiah Kedua - US$500 + Canon EOS 600D (Kit II) EF S18-135 IS Hadiah Ketiga - US$250 + Canon EOS 1100D EF S18-55 IS 10 Hadiah Saguhati - Canon IXUS 240 HS HADIAH PILIHAN TERBAIK: Hadiah Pertama - US$300 Hadiah Kedua - US$200 Hadiah Ketiga - US$100
Untuk maklumat lanjut, sila lawat www.aseanpeat.net/contest atau hantar email kepada ASEAN Peatland Forests Project (APFP) National Coordinator: Malaysia Component di alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil bagi Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan, Sesi 2010-2012 dan Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan, Sesi 2011-2012 yang akan disempurnakan oleh YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh |
: | 12 Julai 2012 (Khamis) |
Masa | : | 9.00 pagi hingga 1.00 petang |
Tempat | : | Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan, 52100 Kepong, Selangor. |
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menganjurkan Program Executive TalkJabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Bil 1 Tahun 2013sepertimana ketetapan berikut :-
Tarikh | : | 23 Januari 2013 (Rabu) |
Masa |
: | 9.00 pagi |
Tempat |
: | Dewan Damar Minyak, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia |
Program Executive Talk pada kali ini telah menjemput Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Malaysia bagi menyampaikan ceramah yang berkaitan aspek-aspek alam sekitar dan perhutanan termasuklah mengenai kepentingan Environmental Impact Assessment (EIA).
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah mengadakan “Hari Bertemu Pelanggan JPSM 2012” selaras dengan Majlis Penyampaian Sijil bagi Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan, Sesi 2010-2012 dan Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan, Sesi 2011-2012 yang akan disempurnakan oleh YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh |
: | 12 Julai 2012 (Khamis) |
Masa | : | 9.00 pagi - 1.00 petang |
Tempat | : | Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan, 52100 Kepong, Selangor |