KUALA SEPETANG, 21 MAC 2012 - Sambutan Hari Perhutanan Sedunia ke-41 Peringkat Kebangsaan dengan tema ‘ Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat’ telah berlangsung pada 21 Mac 2012 bertempat di Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, Taiping, Perak. Upacara perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak. Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha I, YBhg. Dato’ Dr. Che Ab Rahim bin Nik, Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, dan YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, YBhg. Dato’ Masran B. Md. Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar dan Perancangan) dan Tn.Hj. Roslan bin Ariffin, Pengarah Perhutanan Negeri Perak.Turut hadir bersama adalah wakil daripada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan, NGO, pihak swasta, pelajar-pelajar dan masyarakat tempatan. Menteri Besar Perak juga telah menyatakan penghargaan dalam ucapannya kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak atas segala usaha dalam penganjuran majlis ini.
Pengiraan countdown ke-24 juta pokok di bawah Kempen Menanam 26 Juta Pokok merupakan tanda simbolik pelancaran pada majlis kali ini disertai dengan pelancaran buku herba yang bertajuk ‘Khazanah Herba Negeri Perak’. Sambutan ini diteruskan dengan lawatan ke tapak pameran oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak. Kemuncak sambutan pada kali ini diteruskan dengan upacara penanaman pokok Merbau ipil (Intsia bijuga) sebagai pokok yang ke-24 juta pokok ditanam. Upacara penanaman pokok bakau ini turut disertai oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia bersama-sama dengan jemputan kenamaan yang lain dan juga para pelajar. Serentak dengan sambutan pada kali ini, Kem Pemimpin Muda Prihatin Air yang melibatkan 100 pelajar sekolah menengah dari seluruh Semenanjung Malaysia turut diadakan bermula pada 20 hingga 24 Mac 2012 sebagai salah satu platform yang melibatkan penyertaan masyarakat.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Perhutanan Bilangan Ke-2 bagi tahun 2012 telah diadakan seperti berikut:
Tarikh | : | 23 Februari 2012 (Khamis) |
Masa | : | 8.30 Pagi |
Tempat | : | Ruang Legar, |
Bangunan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia |
Dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan membuat pengambilan pelatih untuk mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan Sesi 2012-2014 dan Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2012-2013 di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN). Calon-calon yang layak adalah dipelawa untuk memohon bagi mengikuti kursus ini. Syarat-syarat kelayakan permohonan dan maklumat berkenaan kursus ini terdapat dalam iklan yang dipaparkan. Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Mac 2012 (Isnin). Borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan. Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada FORTRAIN selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. |
The entire staff of FDPM sincere congratulation and applaud the YBhg. Dato ' Dr. Hj. Abd Rahman bin Hj. Abd Rahim on his appointment as Director General of Forestry of Peninsular Malaysia (DGFDPM) with effect from October 16, 2011. YBhg. Dato ' Dr. replace YBhg. Dato ' Razani Ujang already retired on 16 October 2011.
My congratulations are also due to YBhg. Dato ' Masran bin Md Salleh on promotion as Deputy Director General (policy and planning) from 16 October 2011.
We wish FDPM will continue to grow under the leadership of YBhg. Dato both.
|
Selamat Bersara diucapkan kepada YBhg. Dato' Razani Ujang setelah berkhidmat selama lebih 33 tahun dengan JPSM. Seluruh warga JPSM mendoakan semoga YBhg. Dato' sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
Terima kasih, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Majlis Urusan Hutan dan Silvikultur (MAJURUS) Ke-44 yang bertujuan:
Tarikh | : | 15 Ogos 2011 (Isnin) |
Tempat | : | Bilik Mesyuarat 1, Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong, Selangor |
Masa | : | 8.30 pagi - 6.00 petang |
Pengerusi | : | Y.Bhg. Dato’ Dr Hj Abdul Rahman Bin Hj Abdul Rahim |
Timbalan Ketua Pengarah Perhutaanan (Dasar dan Perancangan) |