Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu delegasi dari National Biodiversity Centre Singapore telah melawat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Taman Eko Rimba KL dan agensi-agensi lain yang ada kaitan dengan perhutanan seperti Malaysian Timber Certification Council dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia seperti yang berikut:-
Tarikh | : | 23 - 27 September 2012 |
Objektif | : | Untuk mempelajari cara pelaksanaan amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan dan program latihan di Malaysia. |
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Bengkel Inventori, Kuantifikasi dan Penilaian Ekonomi Stok Karbon Hutan mulai 24 - 27 September 2012 di Tower Regency Hotel & Apartment, Ipoh, Perak. Peserta Bengkel terdiri daripada pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Malaysia.
Objektif utama Bengkel Inventori, Kuantifikasi dan Penilaian Ekonomi Stok Karbon Hutan adalah untuk berkongsi hasil penemuan Kajian Kuantifikasi dan Penilaian Ekonomi Stok Karbon Hutan yang telah dijalankan, mempelajari kaedah bagi mendapatkan nilai stok karbon hutan dan penilaian ekonominya serta berkongsi pandangan dan pengetahuan mengenai pelepasan gas rumah hijau (GHG).
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Perhutanan Bilangan Ke-7 bagi tahun 2012 telah diadakan seperti berikut:
Tarikh |
: | 26 Julai 2012 (Khamis) |
Masa |
: | 8.30 Pagi |
Tempat |
: | Dewan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia |
Sukacita dimaklumkan bahawa satu Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) telah diadakan pada 30 Julai 2012 (Isnin) oleh Pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Diharap semua Zon dapat bersiap sedia.
“AMALAN 5S BUDAYA KAMI”
Sukacita dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia telah mengadakan Program Gotong-Royong Perdana Taman Rimba Wawasan seperti mana berikut :
Program ini dilaksanakan meliputi aktiviti gotong-royong di kawasan persekitaran JPSM/Taman Rimba Wawasan dan aktiviti Amalan 5S di semua Bahagian/Unit. Urusetia program ini ialah Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan. Semua warga JPSM dijemput hadir. "KEBERSIHAN KECERIAAN SEMUA"
|
Pertandingan ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran terhadap tanah gambut di Asia Tenggara dan komuniti yang tinggal di dalam dan di persekitarannya. Terbuka kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas. Setiap foto hendaklah diambil dari tanah gambut di Asia Tenggara sahaja.
Hadiah wang tunai ditaja oleh UN International Fund for Agricultural Development (IFAD) & Global Environment Facility (GEF) & European Union (EU).
HADIAH PEMENANG: Hadiah Pertama - US$1,000 + Canon EOS 60D (Kit III) EF S18-200 IS Hadiah Kedua - US$500 + Canon EOS 600D (Kit II) EF S18-135 IS Hadiah Ketiga - US$250 + Canon EOS 1100D EF S18-55 IS 10 Hadiah Saguhati - Canon IXUS 240 HS HADIAH PILIHAN TERBAIK: Hadiah Pertama - US$300 Hadiah Kedua - US$200 Hadiah Ketiga - US$100
Untuk maklumat lanjut, sila lawat www.aseanpeat.net/contest atau hantar email kepada ASEAN Peatland Forests Project (APFP) National Coordinator: Malaysia Component di alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|