Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melalui Bahagian Silvikultur dan Pemeliharaan Biologi Hutan dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan akan menganjurkan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Besar Hantu, Lata Kijang, Negeri Sembilan pada 3 – 7 Mei 2010 bertempat di Hutan Lipur Lata Kijang, Negeri Sembilan.