Pendahuluan
Dasar Perhutanan Negara 1987 (Pindaan 1992) telah menggariskan keperluan sumber hutan bukan kayu dilaksanakan pengurusan secara berkekalan bagi menjamin kepentingan industri berasaskan sumber berkenaan. Projek penanaman buluh adalah satu usaha pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam memperkenalkan hasil sumber bukan kayu yang berpotensi untuk dikomersilkan.
Hutan Simpanan Kekal telah diurus berdasarkan konsep pengurusan hutan secara berkekalan sejak awal abad ke-20. Pada masa kini, dengan peralihan permintaan dan kehendak masyarakat umum terhadap pelbagai keluaran dan perkhidmatan hutan, konsep pengurusan hutan secara berkekalan telah diperluaskan untuk mencakupi bidang-bidang lain seperti fungsi perlindungan hutan dan pengeluaran hasil bukan kayu.
-
Buluh adalah tergolong dalam kumpulan monokotilidon dari famili Gramineae dalam keluarga rumput-rampai. Buluh tumbuh dalam kawasan beriklim sederhana, separa-tropika. Ia tumbuh subur di kawasan yang terbuka dan bersaliran baik. Buluh boleh didapati dalam 2 bentuk pertumbuhan iaitu monopodial (berbatang tunggal) dan simpodial (berumpun). Keseluruhan buluh di Malaysia tergolong dalam pertumbuhan simpodial.
Perbezaan Buluh Monopodial dan Simpodial
Monopodial Simpodial Pertumbuhan secara tunggal Pertumbuhan berumpun Tumbuh di iklim sederhana Tumbuh di iklim tropika Adalah dianggarkan terdapat 59 spesies buluh di Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada 7 genera iaitu Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Racemobamboos, Schizostachyum, Thyrsostachys dan Gigantochloa. Secara keseluruhannya buluh-buluh ini dijadikan sumber pendapatan sampingan dan utama bagi sesetengah penduduk.
Jumlah dan Peratus rumpun buluh di Semenanjung Malaysia
Berdasarkan Sumber Laporan Inventori Hutan Nasional Ke-5 (IHN Ke-5)
Antara kegunaan dan produk yang dihasilkan dari buluh adalah kayu penyepit, perabot, peralatan muzik, pencungkil gigi dan mempunyai rebung yang boleh dimakan. Selain itu buluh juga dijadikan galah, bingkai gambar, pencucuk sate, bahan anyaman, bidai dan kraftangan. Rumpun buluh juga dijadikan landskap di taman-taman rekreasi awam dan kawasan persendirian.
Spesies Buluh Dan Kegunaan Komersil Di Semenanjung Malaysia
-
Rotan tergolong dalam famili Palmae dan dikelaskan dalam kumpulan yang terbesar iaitu subfamili Calamoideae. Terdapat 13 genera rotan di dunia. Genera tersebut adalah Calamus, Calospatha, Ceratolobus, Daemonorops, Eremospatha, Korthalsia, Laccosperma, Myrialepis, Oncocalamus, Plectocomia, Plectocomiopsis, Pogonotium dan Retispatha.
Di Semenanjung Malaysia, terdapat kira-kira 107 spesies rotan yang terdiri daripada 8 genera dimana hanya 20 spesies sahaja yang dikenalpasti kegunaannya serta mempunyai nilai pasaran. Antaranya ialah Calamus manan (Rotan Manau), C. ornatus (Rotan Dok), C. turnidus (Rotan Manau Tikus), C. scipionium (Rotan Semambu), dan C. caesius (Rotan Sega).
Umumnya rotan tumbuh di kawasan yang lembap dan bilangannya berkurangan apabila sesuatu kawasan itu selalu mengalami pertukaran kelembapan. Di Semenanjung Malaysia, rotan boleh dijumpai dari kawasan pinggiran pantai hingga ke kawasan pergunungan. Walau bagaimanapun, habitatnya yang paling sesuai ialah di kawasan hutan dipterokarpa yang mempunyai ketinggian di bawah 1,000 aras paras laut (a.p.l).
Berdasarkan kepada Inventori Hutan Kebangsaan ke 5 (IHN-5), terdapat sebanyak 268,644,319.85 rumpun/batang rotan telah dibanci dimana rotan dari jenis Manau mempunyai peratusan tertinggi berbanding rotan dari jenis lain. Pecahannya adalah seperti jadual 1.
Jadual 1 : Pecahan rumpun / batang rotan mengikut jenis
Rotan memberi sumbangan ekonomi melalui pemprosesan perabot dan kraftangan. Antara perabot yang dihasilkan ialah kerusi, meja, katil, serta perkakas dapur. Di samping itu juga rotan juga digunakan untuk menganyam tikar ataupun digunakan sebagai bahan lapik. Rotan Manau dan Rotan Sega adalah merupakan dua spesies rotan yang terpenting sekali dalam industri berasaskan rotan di Semenanjung Malaysia.
Spesies Nama Tempat Kegunaan Calamus manau Rotan manau Komponen perabut dan tongkat Calamus scipionum Rotan semambu Komponen perabut dan tongkat Calamus tumidus Rotan manau tikus Komponen perabut dan tongkat Calamus ornatus Rotan dok Komponen perabut dan tongkat Calamus caesius Rotan sega Komponen perabut dan tongkat Calamus javensis Rotan lilin Bahan ikatan Calamus laevigatus Rotan tunggal Komponen perabut dan bahan kraftangan Calamus axillaries Rotan sega air Komponen perabut dan bahan kraftangan Calamus speciosissimus Rotan sega badak Komponen perabut dan bahan kraftangan