soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3
BIL. PERTANYAAN JAWAPAN

1.

Saya ingin bertanya tentang Kursus Malim Gunung Perhutanan (MGP) ini untuk dijadikan panduan.

Bolehkah anda membantu memberikan maklumat lanjut tentang perkara ini?

Untuk makluman tuan/puan, permohonan untuk menjadi Malim Gunung Perhutanan (MGP) boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan surat rasmi beserta biodata / resume pemohon ke Jabatan Perhutanan Negeri berkaitan.

Pemilihan MGP akan diteliti dan ditapis berdasarkan kriteria yang ditetapkan sebelum dijemput hadir ke sesi latihan yang diwajibkan. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Forest Eco-Park & Hutan Taman Negeri, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

2.

Bilakah Malim Gunung Perhutanan (MGP) diwujudkan?

Pada tahun 2020, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah melatih dan mengiktiraf kumpulan pertama MGP di Negeri Johor. Seramai 60 orang MGP berjaya menamatkan kursus dan ditauliahkan pada tahun tersebut.

Menyedari akan kepentingan MGP dalam aktiviti pendakian terutama dalam kawsan HSK, Kerajaan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ketika itu telah menyediakan sejumlah peruntukan untuk melatih 1,200 orang MGP pada tahun 2022 melibatkan semua negeri di Semenanjung Malaysia.

3. Bilakah penggunaan MGP diwajibkan dalam aktiviti pendakian?

Melalui Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Tahun 2022, kesemua Pengarah Perhutanan Negeri (PPN) telah bersetuju untuk menguatkuasakan penggunaan MGP dalam aktiviti pendakian.

Lokasi pendakian yang diwajibkan telah ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri berdasarkan faktor-faktor seperti tahap bahaya sesuatu kawasan pendakian dan juga rekod kemalangan yang dicatatkan.

4.

Saya ingin membuat tempahan tapak perkhemahan di Taman Eko-Rimba Sungai Pauh.

Bagaimana cara permohonan atau tempahan dibuat?

Untuk makluman, tuan/puan boleh terus emelkan permohonan / tempahan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dengan melengkapkan butiran seperti:

1. Nama penuh
2. No. telefon
3. Bilangan orang
4. Tarikh

Permohonan tuan akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. Tuan akan menerima emel status permohonan sebaik sahaja permohonan anda diproses.

Permohonan tuan adalah bergantung kepada had daya tampung harian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Setelah permohonan disemak oleh Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands, pihak tersebut akan meminta tuan untuk membuat bayaran menerusi sistem e-ecopark.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands
Tanah Rata
39000 Cameron Highlands
No. tel: 05-4911 384

5. Saya ingin bertanya, bilakah Taman Eko-Rimba Sungai Besi akan dibuka? Sepatutnya ia dibuka pada Oktober 2019, tetapi sampai sekarang masih belum dibuka. Mohon penjelasan. Terima kasih

Untuk makluman tuan, Taman Eko-Rimba Sg. Besi telah mula dibuka kepada orang awam. Bagi tujuan memasuki Hutan Simpan ini, pihak tuan perlu membuat permohonan Permit Memasuki Hutan Simpan Kekal (Borang 6) dan permohonan tersebut boleh dibuat di Pejabat Perhutanan Wilayah Persekutuan sepertimana butiran berikut:

Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan
Lot 240, Bukit Nanas,
Jalan Raja Chulan,
50250 Kuala Lumpur.
Tel  03-20264741
Faks 03-20706342

6.

Saya ingin menyewa tapak khemah di Taman Eko Rimba Ulu Bendul. 

Kebenaran pihak tuan amat dihargai.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung aktiviti perkhemahan di Taman Eko-Rimba Ulu Bendul, tuan/puan boleh menghubungi:

Taman Eko-Rimba Ulu Bendul
71500 Tanjung Ipoh,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: 06-4888950

atau

Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur,
Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Pilah,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel/Faks: 06-4811036/06-4842171
emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

7.

Bilakah tarikh permohonan pengawas hutan akan dikeluarkan? Di mana saya boleh menyemak permohonan saya diluluskan ataupun tidak?

Untuk makluman, pemakluman bagi calon yang berjaya akan dibuat oleh pihak jabatan melalui surat dan penerimaan talian SMS. Walau bagaimanapun, pemohon boleh menghubungi pihak jabatan bagi semakan keputusan tersebut melalui talian 03-26164488.
8.

I would like to know more about the details on Gunung Tiong and Gunung Bekok. My friends and I are interested to go in August and November this year. Do you think it is acceptable? We are hikers’ intermediate level.

Appreciate it if you could let us know the proper procedures on these:

1. How to apply permit for Gunung Tiong and Gunung Bekok?

2. How many days hike would be recommended?

3. How much for permit and guide?

Currently only Gunung Bekok is under the jurisdiction of Johor State Forestry Department, while Gunung Tiong is managed by Johor National Park Corporation.

Please contact the following offices for further requires:

  1. Gunung Bekok:

Pejabat Hutan Daerah Johor Utara
Pejabat Am, Jalan Awang, Kampung Gubah,
85000 Segamat, Johor
Tel: 07-9312141

  1. Gunung Tiong:

Taman Negara Johor Endau-Rompin (Selai)
8, Jalan Satria 1, Taman Berjaya,
86500 Bekok, Segamat, Johor
Tel: 07-9221253/ 013-7440952)

9.

Tuan, saya berminat untuk menanam pokok balak dan ingin tahu jenis pokok balak yang cepat membesar dan tahan cuaca di Kedah.

Di manakah saya boleh mendapatkan benihnya?

Adakah kerajaan memberi subsidi untuk tanaman pokok balak ini?

Saya mempunyai kira-kira 10 relong tanah, asal tanaman getah tetapi memandangkan saya seorang OKU, polio, saya berfikir lebih sesuai untuk bertukar kepada tanaman pokok yang senang dijaga dan perlu upahan yang banyak.

Untuk makluman tuan/puan, berdasarkan website Malaysia Timber Industries Board (MTIB) terdapat sebanyak 11 spesies pokok hutan yang dicadangkan untuk penanaman ladang dengan mengambilkira kadar pertumbuhannya yang cepat (fast growing). Senarai 11 spesies pokok terlibat adalah seperti berikut:

  • Acacia mangium (Akasia)
  • Hevea brasiliensis (Getah)
  • Neolamarckia cadamba (Kelempayan /Laran)
  • Paraserianthes falcataria (Batai)
  • Azadirachta excelsa (Sentang)
  • Khaya Spp. (Khaya ivorensis/Khaya senegalensis)
  • Octomeles Sumatrana (Binuang)
  • Tectona grandis (Jati)
  • Bamboo (Buluh)
  • Eucalyptus
  • Paulownia

Dalam hal ini, pihak tuan/puan juga boleh membuat rujukan lanjut kepada pihak MTIB mengenai spesies yang disenaraikan di atas .

Untuk makluman pihak tuan/puan, jabatan perhutanan tidak membekalkan subsidi bagi program penanaman pokok dan tidak membekalkan anak pokok untuk dijual. Walau bagaimanapun pihak tuan boleh merujuk di pautan  https://www.100jutapokok.gov.my/marketplace/?menu=89 untuk mendapatkan anak benih di nurseri berdekatan.

10.

I wish to visit Taman Eko-Rimba Kuala Lumpur, some say we need to apply permit.

Where can I apply and make payment?

Untuk makluman tuan, permohonan permit untuk memasuki Taman Eko-Rimba Kuala Lumpur dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bayaran untuk memasuki Taman Eko-Rimba Kuala Lumpur sepertimana berikut:

Warganegara
Dewasa RM 10.00
Kanak-kanak 6-12 tahun RM 1

Bukan Warganegara
Dewasa RM 40
Kanak-kanak 6-12 tahun RM 5

Waktu operasi bermula
Sabtu-Khamis : Jam 8.00 pagi sehingga jam 4:30 Petang
Jumaat : Cuti

Untuk memasuki Taman Eko Rimba Kuala Lumpur, tuan boleh walk-in ke kaunter untuk membuat bayaran.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan
Lot 240, Bukit Nanas,
Jalan Raja Chulan,
50250 Kuala Lumpur.
Tel : 03-20264741
Faks : 03-20706342

11. Assalamualaikum, boleh saya bertanya? Adakah data rizab hutan simpan mengikut Negeri-Negeri di Malaysia boleh saya peroleh atau data tersebut sulit?

Untuk makluman tuan, tuan boleh mendapatkan maklumat pada pautan:

https://www.forestry.gov.my/my/pusat-sumber/penerbitan/laporan-tahunan

Sekiranya maklumat yang tuan perlukan tidak terdapat pada pautan tersebut, tuan boleh membuat permohonan secara bertulis kepada:

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 2372

Semalam 5245

Minggu Ini 20011

Bulan Ini 113179

Keseluruhan 8390919