soalan lazim| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

“Selamat Datang” kepada semua pengunjung Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung (JPSM). Laman ini mula dibangunkan pada tahun 1996 dengan tujuan sebagai wadah utama elektronik JPSM untuk mendekati pelanggan-pelanggan kami. Laman ini juga telah melalui berbagai penambahbaikan reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelanggan untuk capaian maklumat berkaitan JPSM. Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Laman Web JPSM kerana terus komited dalam menambaik baik dari semasa ke semasa Laman Web Rasmi JPSM.

Selaku Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia yang baru dilantik mulai 10 September 2019, saya amatlah bersukacita untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala sokongan dan kerjasama yang berterusan semua pelanggan kami kepada pelaksanaan pelbagai program JPSM. Di kesempatan ini, izinkan saya merakamkan juga ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Borhanudin bin Haji Arshad, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia yang telah bersara wajib pada 20 Ogos 2019.

Tahun 2019 merupakan genap 118 tahun usia penubuhan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1901. Tempoh usia ini merupakan satu tempoh yang panjang dan sudah cukup untuk membuktikan bahawa perhutanan masih terus kekal releven sehingga kini sebagai salah satu sektor penting dalam menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara dan kesejahteraan hidup masyarakat. Sekali gus, keadaan ini juga menunjukkan bahawa JPSM telah merentasi satu tempoh masa yang panjang dalam mengharungi cabaran dan kekangan bagi menggalas tanggungjawab untuk memastikan sumber hutan akan terus dapat dimanfaatkan oleh generasi hari kini dan akan datang.

Laman Web Rasmi JPSM ini merupakan salah satu media komunikasi penting JPSM bagi menzahirkan komitmen tinggi masa kini organisasi ini untuk terus berdamping serta mendekati semua pelanggan-pelanggan kami. Oleh itu, adalah menjadi harapan saya agar semua pelanggan-pelanggan kami sentiasa menggunakan kemudahan komunikasi ini dan sering mengunjunginya untuk mengetahui perkembangan terkini di JPSM.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

(DATO’ MOHD RIDZA BIN AWANG)
Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Contact Us

Forestry Department of Peninsular Malaysia Headquarters,
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
Phone. No: 603-26164488
Fax: 603-26925657
E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Visitor Counter

Today 130

Yesterday 1157

Week 1287

Month 27567

All 1205500

Polls

Your opinion about the new Web site JPSM

Very Good - 43.5%
Good - 43.5%

Total votes: 23
The voting for this poll has ended on: September 17, 2017