soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Pengumuman & Berita 2020

MAKLUMAN PENANGGUHAN
LARIAN HUTAN KITA,21 MAC 2020, TAMAN RIMBA ALAM, PUTRAJAYA

Berikutan penularan gelombang kedua wabak Coronavirus COVID-19 pada masa ini, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah memutuskan untuk MENANGGUHKAN program Larian Hutan Kita yang dijadualkan pada 21 Mac 2020 (Sabtu) di Taman Rimba Alam, Putrajaya ke tarikh baru yang akan dimaklumkan kemudian.

Sesi pengambilan kit larian (REPC) yang telah dijadualkan pada 19-20 Mac 2020 di Dewan Baiduri, Kementerian KATS, Putrajaya dan 21 Mac 2020 di Taman Rimba Alam, Putrajaya juga ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Keputusan penangguhan ini dibuat sebagai langkah awal berjaga-jaga dalam membantu usaha mengurangkan potensi penularan COVID-19 di samping melindungi kesihatan dan keselamatan semua peserta serta keluarga, penyokong, rakan kongsi / penaja, pasukan acara dan rakyat Malaysia secara amnya sejajar dengan objektif kami.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan khazanah semula jadi dan memupuk semangat cinta untuk hutan kita selain memupuk gaya hidup sihat di kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali dan terima kasih atas sokongan, pemahaman dan kesabaran yang diberikan di sepanjang tempoh penangguhan ini.

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
12 MAC 2020

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 7037

Semalam 14020

Minggu Ini 45459

Bulan Ini 162188

Keseluruhan 7947710