PENSIJILAN PENGURUSAN HUTAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Pensijilan pengurusan hutan adalah merupakan salah satu mekanisme pengukuran pengurusan hutan bagi membantu mengurangkan proses penyahhutanan, melindungi kawasan tadahan dan kualiti air, memulihara alam sekitar dan mengekalkan kelangsungan sumber daya hutan serta meningkatkan ekonomi bagi penduduk setempat yang bergantung pada hasil hutan selaras dengan Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Kriteria dan Petunjuk Malaysia (MC&I) untuk Pengurusan Hutan Mampan (PHM) atau singkatannya MC&I SFM adalah standard kebangsaan pensijilan pengurusan hutan yang menetapkan keperluan-keperluan untuk pensijilan sistem pengurusan hutan mampan bagi unit pengurusan hutan (FMU) yang ditentukan, sama ada hutan asli atau ladang hutan. Standard ini menggantikan MC&I (Hutan Asli) dan MC&I Ladang Hutan.v2 sebagai standard yang akan digunakan untuk pensijilan pengurusan hutan bagi hutan asli dan ladang hutan di Malaysia.
Penggabungan dan penyelarasan kedua-dua standard pensijilan pengurusan hutan ini adalah untuk membolehkan penggunaan masa dan sumber daya yang lebih efisien. Secara amnya perubahan yang berlaku adalah seperti menghadkan penukaran ladang hutan kepada guna tanah lain, penukaran hutan asli kepada ladang hutan tidak memberi kesan negatif kepada kawasan yang mempunyai stok karbon yang tinggi, keperluan prosedur untuk meminimumkan kerosakan akibat tumpahan minyak dan keperluan untuk meminimumkan penggunaan baja untuk pengurusan hutan semula jadi dan ladang hutan serta pertambahan dalam aspek pemuliharaan, faedah ekonomi dan sosial.
Standard ini telah direka untuk menyokong dan mengukuhkan rangka kerja pengawalseliaan di dalam kawasan operasi pengurus hutan, di mana pematuhan undang-undang adalah keperluan minimum. Ia adalah set keperluan-keperluan yang menyokong pencapaian pengurusan hutan mampan yang mana berkemungkinan melangkaui had perundangan minimum untuk memenuhi keperluan pensijilan daripada aspek sosial, alam sekitar dan ekonomi.
Standard ini disusun sejajar dengan sembilan (9) Prinsip seperti berikut:
Keperluan-keperluan dalam standard ini diguna pakai untuk kedua-dua hutan asli dan ladang hutan kecuali dinyatakan secara khusus dalam Kriteria atau Petunjuk atau Verifier, dan mesti dipatuhi sepanjang aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam Unit Pengurusan Hutan (FMU) sama ada oleh pemilik, pengurus, kontraktor, pengendali atau pekerja-pekerja yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti pengurusan FMU. Sehingga kini tujuh (7) FMU iaitu negeri Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan Kedah telah menerima Sijil Pengurusan Hutan di bawah standard MC&I SFM yang melibatkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) seluas 4.054 juta ha. Dokumen standard MC&I SFM adalah seperti di Lampiran 1.
Dokumen Kriteria dan Petunjuk Malaysia untuk Pengurusan Hutan Mampan
Sijil Pengurusan Hutan MC&I (Hutan Asli)
PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN KRITERIA DAN PETUNJUK PENGURUSAN HUTAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Usaha perumusan kriteria dan petunjuk sebagai standard pengukur untuk pengurusan hutan secara berkekalan telah mula dilaksanakan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1994 berdasarkan ITTO Criteria and Indicators For Sustainable Forest Management yang diterbitkan pada tahun 1992. Lanjutan daripada itu, satu dokumen yang dikenali sebagai Kriteria, Petunjuk, Aktiviti dan Spesifikasi Pengurusan untuk Pensijilan Pengurusan Hutan Di Semenanjung Malaysia telah dihasilkan.
Standard ini telah diuji pemakaiannya di negeri Pahang, Selangor dan Terengganu menerusi satu projek perintis kerjasama Malaysia – The Netherlands pada pertengahan tahun 1996. Hasil kajian projek perintis ini telah dibincangkan dalam beberapa forum yang diadakan pada tahun 1998 dan 1999. Beberapa faktor, pandangan atau perkembangan penting terhadap kriteria dan petunjuk telah diambilkira. Di antaranya termasuklah:
Output daripada perbincangan di forum-forum ini adalah penghasilan dokumen bertajuk Malaysian, Criteria, Indicators, Actitivies and Standards of Performance (MC&I) for Forest Management Certification (Forest Management Unit Level), Peninsular Malaysia bertarikh 23 Disember 1999. Dokumen Standard ini lebih dikenali sebagai MC&I (2001). Secara ringkasnya, standard yang dibangunkan tersebut adalah seperti berikut:
Standard MC&I (2001) yang dilaksanakan di lapan (8) buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu telah menerima beberapa permintaan telah diutarakan agar standard ini diperlengkapkan lagi bagi memberi pertimbangan yang lebih munasabah dan menyeluruh kepada kehendak perlindungan alam sekitar, ekologi, sosial dan kepelbagaian biologi.
Hasil daripada kajian semula, dokumen bertajuk Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification [MC&I (2002)] telah diterimapakai sebagai Standard untuk penilaian dan Pensijilan Pengurusan Hutan pada tahun 2004. Secara ringkasnya, Prinsip, Kriteria dan Indikator dan juga Verifier di bawah standard MC&I (2002) untuk Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:
Selaras dengan amalan antarabangsa dan proses penetapan standard untuk pembangunan standard pensijilan yang diterima pakai di bawah Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS), di mana ianya memerlukan supaya kajian semula dijalankan sekurang-kurangnya setiap lima (5) tahun sekali untuk memastikan penambahbaikan dibuat secara berterusan. Untuk tujuan ini, Standards Review Committee (SRC) yang merupakan forum pelbagai pihak berkepentingan yang ditugaskan untuk mengkaji semula MC&I (2002) serta untuk membangunkan standard yang disemak semula telah ditubuhkan. Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) bertindak sebagai Sekretariat kepada SRC dan memainkan peranan bagi memudahkan pembentukan SRC itu.
Setelah dibuat perubahan dan penambahbaikan, Standard MC&I (Hutan Asli) dapat dirumuskan seperti berikut:
Semua pemegang Sijil Pengurusan Hutan di bawah MTCS telah mengemukakan pelan peralihan kepada Badan Pensijilan Bebas yang berkenaan sebelum tarikh aplikasi iaitu 1 Julai 2012. Audit dijalankan berdasarkan kepada kehendak MC&I (Hutan Asli), tetapi sebarang ketakakuran terhadap aspek baru di dalam MC&I (Hutan Asli) berbanding MC&I (2002) direkodkan sebagai “Pemerhatian”.
Kelapan-lapan FMU di Semenanjung Malaysia iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu telah berusaha sedaya upaya untuk beralih dari MC&I (2002) dengan melaksanakan keperluan-keperluan dalam MC&I (Hutan Asli) menjelang 1 Jun 2013. Semua FMU tersebut mematuhi standard MC&I (Hutan Asli) dan telah dianugerahkan sijil baru yang sah laku selama tempoh tiga (3) tahun mulai tahun 2013 manakala sijil lama bagi standard MC&I (2002) adalah tidak sah lagi.
Sehingga 31 Disember 2014, lapan (8) FMU di Semenanjung Malaysia dengan melibatkan sejumlah 4.51 juta hektar Hutan Simpanan Kekal telah berjaya dikekalkan dengan Sijil Pengurusan Hutan mengikut Standard MC&I (Hutan Asli) oleh Badan Pensijilan Bebas iaitu SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dan SGS (Malaysia) Sdn. Bhd.
Sungguhpun Pensijilan Pengurusan Hutan yang dilaksanakan kini lebih menjurus untuk memenuhi tuntutan dan kehendak pasaran pengguna antarabangsa (International Consumer Demand) dan penyertaan JPSM dalam Pensijilan Hutan (Forest Certification) pula adalah secara sukarela, namun penyertaan JPSM dan semua Jabatan Perhutanan Negeri dalam konteks ini adalah bertujuan utuh untuk menzahirkan komitmen murni terhadap kepentingan pengekalan peranan dan sumbangan sumber hutan negara, terutamanya kawasan-kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) untuk dimanfaatkan oleh generasi masa kini dan masa hadapan. Hasrat JPSM ini juga sekaligus turut menjadi tumpuan utama pencapaian Wawasan JPSM, iaitu “Untuk Menjadi Agensi Terunggul Dalam Pengurusan Hutan Tropika Secara Berkekalan”. Bagi tujuan ini, Misi JPSM adalah untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangnya kepada pembangunan sosio-ekonomi Negara.
Sijil MC&I
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
PUSPANITA atau nama singkatannya Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Di peringkat awal penubuhannya,
PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli.
Ahli-ahli Jawatankuasa protem ketika itu telah berusaha
keras membentuk perlembagaan yang mengandungi butir-butir mengenai pertubuhan tersebut seperti visi, misi, tujuan penubuhan, keanggotaan serta tanggung-jawab Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT). Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan,
Perlembagaan PUSPANITA telah menetapkan bahawa Isteri Perdana Menteri akan menjadi Penaung, Ketua Setiausaha Negara akan menjadi Penasihat dan dan isteri Ketua Setiausaha Negara adalah Yang Di Pertua kepada persatuan ini.
Satu lagi kejayaan
yang amat dibanggakan adalah Rumah PUSPANITA di Jalan Hose, Kuala Lumpur dan PUSPANITAPURI sebagai pusat aktiviti dan mercu tanda kegemilangan. PUSPANITA juga mempunyai pakaian seragamnya yang tersendiri sebagai lambang penyatuan ahli-ahli.
Pelbagai program dan aktiviti telah disusun dan dilaksanakan oleh PUSPANITA untuk mencapai visi dan misinya. Antaranya adalah Rancangan Lima Tahun PUSPANITA, Tabung PUSPADARA PUSPANITA dan Tabung Latihan PUSPANITA. Kejayaan PUSPANITA adalah hasil kebijaksanaan
kepimpinan penaung dan penasihatnya. Ini diikuti dengan kerjasama dan sokongan padu Majlis Tertinggi (MT), Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) serta warga PUSPANITA.
VISI
Ke arah PUSPANITA cemerlang
MOTO
Wanita sepakat negara meningkat
MISI
Untuk menjadi wanita berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan bertakwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat
PENERANGAN LOGO :
Bulan Dan Bintang
Melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatupadukan tenaga. Buku
Melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara berterusan. Bunga Padi
Melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli wanita yang berbilang kaum di dalam Perkhidmatan Awam. Bunga Raya
Melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi pembangunan negara. P & Pa
Melambangkan kewanitaan. Warna Emas
Melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan. Warna Ungu
Melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli. TAFSIRAN NAMA PUSPANITA Suri
Bermakna isteri pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan. Anggota Wanita
Bermakna pegawai-pegawai wanita dan kakitangan wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan. Perkhidmatan Awam
Bermakna perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat termasuk badan-badan berkanun.
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
Bulan bintang 14 penjuru
Lambang keutuhan barsatu-padu
Isteri pegawai kakitangan semua
Berganding
bahu saling membantu
Sudah rasmi pembangunan
Isteri bersama memberi kebajikan
Disamping itu bertukar pandangan
Menambah ilmu serta pengetahuan
Bunga padi tanda keteguhan
Bergaul mesra tak kira keturunan
Beramah-tamah tak kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat
PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik di asah
Sifat Kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah
PUSPANITA, PUSPANITA,
PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
Senikata Oleh : Dato' Dr. Hajah Noor Laily Binti Dato' Abu Bakar
Bil | Nama | Jawatan |
1. | Datin Norhashimah binti Haji Sha'ari | Pengerusi |
2. | Datin Dr. Siti Arbaiyah binti Mun Sarikh | Timbalan Pengerusi I PUSPANITA JPSM |
3. | To’ Puan Azila binti Mohd Hassan | Timbalan Pengerusi II PUSPANITA JPSM |
4. | Datin Siti Hajal binti Ahmad | Biro Isteri Pegawai & Kakitangan JPSM |
5. | Datin Nor Izwaniza binti Mat Noor | Biro Isteri Pegawai & Kakitangan JPSM |
6. | Nurul Huda binti Jamaluddin | Setiausaha |
7. | Nurul Fazleeayu Fazeela binti Ab Kadir | Pen. Setiausaha I |
8. | Nurul Shasheila binti Abdul Mutalib | Pen. Setiausaha II |
9. | Najihah binti Aderis@Idris | Bendahari |
10. | Norashikin binti Abdul Rashid | Pen. Bendahari |
11. | Lydia Suzieana binti Mohammad | Pemeriksa Kira-kira I |
12. | Diyana binti Kasim | Pemeriksa Kira-kira II |
13. | Nabilah Hamidah binti Sabar @ Saba | Pemegang Amanah |
14. | Khairunnisa binti M.Mamat | Ketua Biro Kepenggunaan & Perundangan |
15. | Iqtie Qamar Laila binti Mohd Gani | Pen. Ketua Biro Kepenggunaan & Perundangan |
16. | Noorshathiroh binti Saidin | Ketua Biro Alam Bina Lestari |
17. | Siti Aishah binti Abdul Wahab | Pen. Ketua Biro Alam Bina Lestari |
18. | Siti Raihana binti Ramli | Ketua Biro Kesihatan |
19. | Suhana binti Bidin@Zainal Abidin | Pen. Ketua Biro Kesihatan |
20. | Fazihana binti Wahid | Ketua Biro Sukan |
21. | Nurul Amelina binti Jamil | Pen. Ketua Biro Sukan |
22. | Erni Marlina binti Mohamed Roslan | Ketua Biro ICT, Seranta & Penerbitan |
23. | Noriswani binti Za’aldin | Pen. Ketua Biro ICT, Seranta & Penerbitan |
24 | Sarimah binti Asat | Ketua Biro Kebajikan, Agama & Ahli Seumur Hidup |
25 | Rosbaidah binti Desa | Pen. Ketua Biro Kebajikan, Agama & Ahli Seumur Hidup |
26 | Normusuhaili binti Mohamed | Ketua Biro Keusahawanan |
27 | Norhaishah binti Ya'akob | Pen. Ketua Biro Keusahawanan |
28. | Nor Hidayu binti Abd Razak | Ketua Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga |
29. | Alisah binti Simin | Pen. Ketua Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga |
30. | Jennifer Anak Francis | Ketua Biro Sosial |
31. | Nur Damia Aishah binti Suardi | Pen. Ketua Biro Sosial |
32. | Norhafiza binti Sarif | Wakil Direktorat |
33. | Erma Farahin binti Roslan | Wakil Bahagian Khidmat Pengurusan |
34. | Siti Sarah binti Samsudin | Wakil Bahagian Pengurusan Hutan |
35. | Azura binti Marzuki | Wakil Bahagian Perancangan & Ekonomi Hutan |
36. | Noraini binti Ahmad | Wakil Bahagian Ladang Hutan & Perlindungan Hutan |
37. | Zuraida binti Zakaria | Wakil Bahagian Forest Eco-Park & Taman Negeri |
38. | Norliah binti Abu Samah | Wakil Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan |
39. | Wan Rohafza binti Ahmad | Wakil Unit Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam |
40. | Zurina binti Jusoh | Wakil Bahagian Hal Ehwal Perhutanan Antarabangsa |
41. | Noraini binti Abu Bakar | Wakil Bahagian Latihan Perhutanan |
42. | Zurina binti Jusoh | Wakil Bahagian Teknikal & Industri Kayu |
43. | Noor Idawati binti Abu Bakar | Wakil Bahagian Kejuruteraan Hutan |
44. | Kosong | Wakil Bahagian Penguatkuasaan Hutan |
45. | Nur Saheera binti Mohammad Ishak | Wakil Bahagian Silvikultur & Pemeliharaan Biologi Hutan |
46. | Sarah binti Suraji | Wakil Bahagian Pengurusan Maklumat |
47. | Siti Nurhafizah binti Abd Rahman | Wakil Unit Integriti Perhutanan |
1. Yuran Ahli Seumur Hidup (ASH) mulai 21 Oktober 2014 adalah percuma dan bayaran hanya dikenakan caj RM 2.00 sahaja bagi penyediaan kad keahlian.
2. Tawaran menjadi Ahli Seumur Hidup (ASH) terbuka kepada semua wanita penjawat awam dan isteri
kepada penjawat awam.
3. Semua ahli lama dipindahkan ke status Ahli Seumur Hidup secara percuma
4. Hanya Caj RM 2.00 dikenakan bagi pendaftaran untuk Kad PUSPANITA. Kad gantian bagi setiap kad yang hilang/rosak adalah sebanyak
RM 10.00.
5. Setiap Ahli Seumur Hidup lama dan baru layak diberi Kad Skuad Pengguna secara percuma. Kad Skuad Pengguna membuka peluang mendapat diskaun antaran 2% hingga 35% bagi barangan dan perkhidmatan dari 260 buah syarikat.
6. Ahli Seumur Hidup akan diberi diskaun atas sewaan dewan dan penginapan di Rumah PUSPANITA, Jalan Hose dan PUSPANITAPURI, Putrajaya tertakluk kepada kekosongan .
Pensijilan Pengurusan Hutan merupakan satu aktiviti yang penting di peringkat antarabangsa, khususnya dalam perdagangan produk kayu-kayan. Pelaksanaan Pensijilan Pengurusan Hutan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia adalah secara sukarela bagi menzahirkan komitmen murni terhadap kepentingan pengekalan sumber hutan negara, terutamanya bagi kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB).
Pada masa ini terdapat dua (2) organisasi yang memperakukan pensijilan hutan di peringkat antarabangsa iaitu Programme for the Endorsement of Forest Certification(PEFC) dan Forest Stewardship Council (FSC). Di Semenanjung Malaysia, Pensijilan Pengurusan Hutan adalah berasaskan PEFC yang dilaksanakan menerusi Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) menggunakan standardMalaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification (Natural Forest) [MC&I (Hutan Asli)]. Penilaian yang dijalankan bagi tujuan Pensijilan Pengurusan Hutan pada dasarnya akan dilakukan oleh penilai bebas yang akan menjalankan penilaian ke atas setiap aktiviti pengurusan hutan di peringkat Unit Pengurusan Hutan [(Forest Management Unit (FMU)]. Penilaian bebas ini sudah tentu dapat mengelakkan keadaan berat sebelah atau biasness dan sekaligus akan menaikkan imej dan kewibawaan sesebuah institusi perhutanan. Ianya juga merupakan satu cara untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia mengenai tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan melalui Jabatan Perhutanan bagi mencapai PHSB. Ini adalah dalam konteks transparency dan accountability.
Inisiatif pelaksanaan pensijilan pengurusan hutan di Semenanjung Malaysia bermula pada tahun 1994 berdasarkan ITTO Criteria and Indicators For Sustainable Forest Management yang diterbitkan pada tahun 1992. Standard ini telah diuji pemakaiannya di negeri Pahang, Selangor dan Terengganu menerusi satu projek perintis kerjasama Malaysia – Netherlands. Seterusnya pada tahun 2001 dokumen Malaysian Criteria, Indicators, Actitivies and Standards of Performance (MC&I) telah diterbitkan untuk Pensijilan Pengurusan Hutan di Semenanjung Malaysia. Standard ini lebih dikenali sebagai MC&I (2001) yang mengandungi Kriteria, Indikator, Aktiviti dan Prestasi Standard seperti berikut:
Di bawah standard MC&I (2001) ini, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah memperolehi Sijil Pengurusan Hutan pada tahun 2002 menerusi lima (5) FMU iaitu FMU Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu. Ini diikuti oleh FMU Johor dan Kedah pada tahun 2003 dan FMU Kelantan pada 2004.
Selaras dengan amalan antarabangsa standard pensijilan telah dibuat kajian semula untuk memastikan penambahbaikan dibuat secara berterusan. Pelaksanaan kajian semula standard ini dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kajian Semula yang terdiri daripada kumpulan pemegang taruh masing-masing iaitu sosial (masyarakat Orang Asli dan kesatuan pekerja), kumpulan berkepentingan terhadap alam sekitar dan ekonomi, dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan dari tiga kawasan serantau di Malaysia, iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Standard MC&I (2001) ini kemudiannya telah dibuat penambahbaikan bagi memberi pertimbangan yang lebih munasabah dan menyeluruh kepada kehendak perlindungan alam sekitar, ekologi, sosial dan kepelbagaian biologi dan dikenali sebagai Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification [MC&I (2002)]. MC&I (2002) ini mula diterimapakai pada tahun 2005. Secara ringkasnya MC&I (2002) mengandungi Prinsip, Kriteria, Indikator dan juga Verifier seperti berikut:
Pada 13 Januari 2012 Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification (Natural Forest) [MC&I (Hutan Asli)] telah diterbitkan menggantikan MC&I (2002) yang telah dibuat penambahbaikan. MC&I (Hutan Asli) mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2012. Secara ringkasnya, Prinsip, Kriteria, Indikator dan juga Verifier di bawah standard MC&I (Hutan Asli) untuk Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:
Pada Tahun 2015, proses semakan semula telah dilaksanakan bermula 16 November 2015 bagi menambah baik MC&I (Hutan Asli) dan draf akhir standard yang baru telah dimuktamadkan dan diterima pakai oleh Mesyuarat Kelima SRC dan seterusnya diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah MTCC pada 5 Mac 2020. Standard yang akan menggantikan MC&I (Hutan Asli) adalah Malaysian Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management (MC&I SFM). Jangkaan penggunaan sepenuhnya standard ini adalah bermula 31 Ogos 2021. Standard ini menggantikan MC&I (Hutan Asli) dan MC&I Ladang Hutan.v2 sebagai standard yang akan digunakan untuk pensijilan pengurusan hutan bagi hutan asli dan ladang hutan di Malaysia. Secara ringkasnya, Prinsip, Kriteria, Indikator dan juga Verifier di bawah standard MC&I SFM adalah seperti berikut:
Prinsip | Kriteria | Petunjuk | |
Hutan Asli | Ladang Hutan | ||
9 | 49 | 99 | 105 |
Sehingga kini enam (6) FMU iaitu negeri Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu telah dianugerahkan Sijil Pengurusan Hutan sehingga tahun 2020 melibatkan kawasan HSK seluas 3.71 juta hektar.
Penambahbaikan dokumen standard Pensijilan Pengurusan Hutan di Semenanjung Malaysia
Sijil Pengurusan Hutan MC&I (Hutan Asli)
![]() |
YBhg. Dato’ Ahmad Fadzil bin Abd. Majid Yang Dipertua |
![]() |
En. Harry Yong Naib Yang DiPertua |
![]() |
En. Mohd Faris bin Sobri Setiausaha Kehormat |
![]() |
En. Sapari bin Mat Penolong Setiausaha |
![]() |
Pn. Lydia Suzieana binti Mohamad Bendahari Kehormat |
![]() |
Pn. Noor Akmal binti Jamil Pengerusi Biro Ekonomi |
![]() |
Pn. Nurul Fazleeayu Fazeela binti Abd. Kadir Penolong Pengerusi Biro Ekonomi |
![]() |
En. Muhamad Hafni bin Ahmad Saraji Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial |
![]() |
Pn. ’Ainatul binti Abu Bakar Hamzah Penolong Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial |
![]() |
Tn. Haji Ramli bin Mat Pengerusi Biro Kerohanian |
![]() |
En. Badrulhisham bin Mungin Penolong Pengerusi |
![]() |
En. Mohd Zarin bin Ramlan Pengerusi Biro Sukan |
![]() |
En. Saifullah Syrif bin Salihan (berpindah ke JKR) Penolong Pengerusi Biro Sukan |
![]() |
Pn. Aliah Hanim binti Ramdan Pemeriksa Kira |
![]() |
En. Muhammad Amirool Ashraf bin Md Isa Penolong Pemeriksa Kira |
AKTIVITI BIRO-BIRO SESI 2022/2023 |
BIRO KEROHANIAN |
Pengerusi : Tn. Haji Ramli bin Mat |
1. Ceramah Agama Mingguan |
2. Bacaan Surah Yassin bagi setiap pagi Jumaat minggu pertama awal setiap bulan |
3. Program Sembelihan Korban Tahun 1434H |
4. Bacaan Kitab Suci Al Quran setiap pagi dan tafsirannya. |
5. Penerbitan Suara Jumaat setiap minggu |
6. Penerbitan Suara Ramadhan sepanjang Ramadhan 1434H |
BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL |
Pengerusi : En. Azuan bin Mohd Sukri |
1. Mengadakan sumbangan PKSIP kepada Ahli bagi Kematian, Bencana, Kelahiran Anak, Berkahwin, Anak-anak Cemerlang di dalam UPSR, PMR, SPM, SPTM |
2. Mengadakan Kempen Derma Darah |
BIRO SUKAN |
Pengerusi : En. Mohd Nor Firdaus bin Rahim |
1. Pertandingan Futsal Antara Bahagian |
2. Menyertai Kejohanan Futsal Terbuka Piala Yang Dipertua MAKSWIP 2014 |
3. Menyertai Pesta Bola Jaring Antara Jabatan Kerajaan 2014 |
4. Pertandingan Karom/PingPong/Dart Tertutup |
5. Pertandingan Badminton Tertutup |
6. Perlawanan Persahabatan Bola sepak/Futsal |
BIRO EKONOMI |
Pengerusi : En. Sapari bin Mat |
1. Program Jualan Sempena Majlis Penyampaian Sijil Renjer Hutan dan Pengawas Hutan 2014 |
2. Program Jualan Sempena Bulan Ramadhan 2014 |
3. Program Jualan Sempena Persidangan Kebangsaan Penilaian Ekonomi Sumber Hutan 2014 |
4. Program Jualan Bersama Seksyen Ekonomi Hutan, Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan Sempena Sesi Pengambilan Gambar Bahagian/Unit dan Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Ke-34 |