soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Licuala stongensis

Licuala stongensis merupakan salah satu daripada spesies palma berbentuk kipas yang sangat berpotensi sebagai tumbuhan hiasan. Merupakan spesies baru bagi Semenanjung Malaysia yang dijumpai semula semasa Ekspedisi Saintifik di Gunung Stong, Kelantan. Merupakan spesies yang endemik bagi Gunung Stong dimana nama spesies ini juga turut diberikan bersempena lokasi penemuan spesies ini. Gunung Stong dikenali sebagai lokasi yang mengandungi pelbagai spesies yang sukar dijumpai di lokasi lain. Kesinambungan daripada itu, dan juga berdasarkan penemuan lain sewaktu ekspedisi ini Kerajaan Negeri Kelantan telah mengumumkan komitmen untuk melindungi kawasan tersebut dengan mewartakan Hutan Simpan Gunung Stong Tengah sebagai Taman Negeri. Keluasan bagi Taman Negeri Gunung Stong adalah kira-kira 21,950 hektar..

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 14006

Semalam 8143

Minggu Ini 38408

Bulan Ini 155137

Keseluruhan 7940659