![]() |
Family : Molossidae |
Genus : Otomops | |
Species : Otomops spp. |
Deskripsi:
Tiga (3) genus daripada famili Molossidae telah direkodkan bagi Semenanjung Malaysia iaitu Mops/Tadarida, Chaerephon dan Cheiromeles. Hasil penemuan spesies Otomops spp. yang telah dicatakan semasa Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Pergunungan Cameron Highlands yang berlangsung pada 20 hingga 25 Mei 2007 telah menambahkan satu lagi rekod pertambahan genus sekaligus spesies bagi negara kita. Genus Otomops yang sebelum ini pernah direkodkan juga dikenali sebagai Kelawar Telinga Besar Tanpa Ekor atau nama saintifik Otomops martiensseni (direkodkan di Tengah dan Selatan Afrika, pada tahun 1897). Manakala, Otomops madagascariensis (dari Madagascar; dihuraikan pada tahun 1953), Otomops wroughtoni (dari India dan baru-baru pada tahun 2001 direkodkan pertama kali di Cambodia pada 1913), Otomops papuensis (dari Papua New Guinea dihuraikan pada 1948), Otomops secundus (dari Papua New Guinea; pada tahun 1952), Otomops johnstonei (dari Kepulauan Alor, Nusa Tenggara, Indonesia; yang dihuraikan pada 1992) dan Otomops formosus (dari Jawa; yang dihuraikan pada tahun 1939). Kesemua tujuh spesies dari genus Otomops telah tersenarai dalam 2006: IUCN Red List of Threatened Species disebabkan kesemua spesies dalam genus yang terdapat di negara khususnya asia sangat sukar untuk ditemui dan direkodkan penemuannya.
![]() |
Family : Rhacophoridae |
Subfamily : - | |
Genus : Theloderma | |
Species : Theloderma licin |
Deskripsi:
Theloderma licin merupakan sejenis spesies katak yang penemuannya baru direkodkan bagi Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand. Ianya telah direkodkan semasa Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Ulu Muda, Kedah. Katak ini mempunyai bentuk badan yang tirus, bahagian kepala yang lebih panjang berbanding kelebaran badannya, dan kulitnya kurang berkutil berbanding spesies lain dalam genus yang sama. Spesies katak ini dijumpai di kawasan tumbuhan paku pakis (15 cm lebar) yang tumbuh pada tebing curam akibat kesan pembinaan jalan hutan untuk aktiviti pengusahasilan.
![]() |
Family : Zingiberaceae |
Subfamily : - | |
Genus : Etlingera | |
Species : Etlingera terengganuensis |
Deskripsi:
Etlingera terengganuensis merupakan sejenis spesies baru halia yang direkodkan di Semenanjung Malaysia. Spesies ini telah dijadikan sebagai logo sewaktu Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Mandi Angin, Terengganu , yang mana ianya melambangkan spesies yang unik dan jarang ditemui serta amat berpotensi untuk dijadikan tumbuhan hiasan. Penemuan pertama direkodkan di Negeri Terengganu, tetapi kini populasi spesies ini juga boleh didapati di Negeri Kelantan dan Selatan Negara Thailand. Spesies kantan ini mempunyai banyak persamaan dengan E.maingayi dan E.venusta, maka pengecaman antara tiap satunya amat sukar dilakukan tanpa kehadiran bunga.
![]() |
Family : Thripinae |
Subfamily : - | |
Genus : Thrips | |
Species : Thrips razanii |
Deskripsi:
Thrips razanii adalah merupakan penemuan baru yang direkodkan bagi Semenanjung Malaysia. Spesies baru ini telah diberi nama Thrips razanii bersempena dengan nama mantan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Razani Ujang bagi menghargai sumbangan beliau dalam penganjuran beberapa siri ekspedisi saintifik kepelbagaian biologi hutan yang telah dianjurkan.
Thrips ini telah direkodkan semasa ekspedisi saintifik kepelbagaian biologi hutan di Pulau Pangkor, Perak. Ianya merupakan juga salah satu spesies thrips yang memainkan peranan sebagai agen pendebungaan kepada spesies-spesies pokok tropika dan subtropika.
![]() |
Family : Orchidaceae |
Subfamily : - | |
Genus : Paphiopedilum | |
Species : Paphiopedilum barbatum |
Deskripsi:
Paphiopedilum barbatum atau lebih dikenali sebagai slipper orkid, merupakan spesies orkid endemik bagi Semenanjung Malaysia. Semasa Ekspedisi Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Belumut, Johor, orkid ini telah dijumpai tumbuh dengan banyak di kawasan hutan pergunungan tersebut. Selain daripada mempunyai nilai harga pasaran yang tinggi, keunikan dan kecantikan spesies ini telah menjadi kegilaan para peminat orkid. Spesies orkid ini telah banyak dikumpulkan oleh peminat orkid kerana bentuk bunganya yang menarik dan cantik. Genus Paphiopedilum juga merupakan subfamili Cypripedioideae yang dikenali sebagai "lady's-slippers" atau "slipper orkid" kerana labellum pada bunganya yang berbentuk seakan-akan kantung. Kantung tersebut berfungsi untuk memerangkap seranggayang menghisap nektar daripada bunganya.
![]() |
Family : Cyprinidae |
Genus : Paedocypris | |
Species : Paedocypris spp. |
Deskripsi:
Paedocypris species adalah merupakan vertebrata darat yang terkecil di dunia. Ianya adalah ikan dari genus Paedocypris dan merupakan spesies dari famili Cyprinidae . Saiz terkecil bagi ikan betina yang matang pernah dicatatkan sebelum ini ialah 7.9 mm, manakala individu yang terbesar yang diketahui ialah 10.3 mm. Penemuan Paedocypris spp. pada 2006 semasa Ekspedisi Saintifik Kepelbagian Biologi Hutan Bukit Bauk, Terengganu merupakan penemuan yang paling signifikan dan membanggakan. Spesies ini dijumpai di kawasan berpaya oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Penemuan ini merupakan rekod ketiga yang pernah dicatatkan di Semenanjung Malaysia. Sebelum ini, spesies yang sama dari genus ini pernah ditemui di beberapa lokasi di hutan paya gambut di kawasan Utara Selangor dan Hutan Simpan Pondok Tanjung, Perak.
Paedocypris yang pertama direkodkan telah dijumpai di kawasan paya gambut berair gelap di Kepulauan Sumatra, Indonesia. Spesies Paedocypris mendiami kawasan aliran air yang perlahan ataupun di kawasan-kawasan lopak di dalam hutan paya gambut yang lebih dalam dan sejuk serta menghampiri dasar.
Dengan memiliki saiz badan yang kecil, ikan ini mampu untuk bermandiri semasa musim kemarau melampau kerana ia dapat hidup dalam lopak-lopak tinggalan air hujan. Ianya juga dapat hidup dalam air dengan pH serendah 2.9, iaitu 10 kali ganda lebih berasid daripada air hujan. Namun, habitatnya kini terancam oleh kebakaran hutan, perubahan iklim, aktiviti pembangunan yang pesat dan perladangan