soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LATAR BELAKANG

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sekerja sepertimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia – Pengurusan Psikologi Ceraian PO. 3.1.1: Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Rakan Pembimbing ini merupakan agen penggerak kepada perlaksanaan budaya kerja “Kelas Pertama” dalam perkhidmatan awam. Ia diwujudkan dengan tujuan menyediakan medium perantaraan untuk memberi peluang kepada pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha membantu Pengurus Sumber Manusia di semua peringkat organisasi. Di samping itu, Rakan Pembimbing juga mempunyai visi sebagai penyumbang kepada usaha pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia. Nama AKRAB merupakan gabungan nilai-nilai utama yang perlu ada pada seseorang rakan pembimbing iaitu Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari.

OBJEKTIF

•    Menyampaikan perkhidmatan membimbing berpandukan kod etika AKRAB;
•    Menjadi perantara kepada Pegawai Psikologi, Penyelia dan Ketua Jabatan dalam organisasi;
•    Membantu rakan sekerja ke arah kesejahteraan psikologi;dan
•    Menjadi agen perubahan di dalam organisasi.

MOTO AKRAB

BERKHIDMAT MEMBIMBING

VISI AKRAB

“AKRAB sebagai agen penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia”

MISI AKRAB

Misi AKRAB adalah memberi perkhidmatan bimbingan yang berkesan.

FALSAFAH AKRAB

Falsafah AKRAB ialah “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai kepada diri.

JAWATANKUASA AKRAB JPSM SESI 2024/2025

AHLI JAWATANKUASA NAMA
PENAUNG YBHG. DATO’ HJ. ZAHARI BIN IBRAHIM
PENASIHAT YBHG. DATO’ AHMAD FADZIL BIN ABDUL MAJID
PENYELARAS PN. HALIMATUSSADIAH BINTI RAMLI
PENGERUSI EN. ABD RAMLIZAUYAHHUDIN BIN MAHLI
TIMBALAN PENGERUSI EN. MUHAMMAD UMAR BIN ABDULLAH
SETIAUSAHA PN. NURFARHANA BINTI AHMAD
PENOLONG SETIAUSAHA PN. SITI AISHAH BINTI ABDUL WAHAB
BENDAHARI CIK IQTIE QAMAR LAILA BINTI MOHD GANI
PENOLONG BENDAHARI EN. MUHAMMAD FEKRI BIN TAIB
JAWATANKUASA LATIHAN DAN KOMPETENSI PN. ZULNAIDAH BINTI MANAN (KETUA)
  EN. ZAINUDDIN BIN JAMALUDDIN
JAWATANKUASA PROMOSI PN. YUMARNIS BINTI RIASMI (KETUA)
  PN. SABARINA BINTI ABD LATIF
JAWATANKUASA SOSIAL DAN KEBAJIKAN PN. ROSBAIDAH BINTI DESA (KETUA)
  PN. ERMA FARAHIN BINTI ROSLAN
JAWATANKUASA KEROHANIAN EN. KHAIRUDDIN BIN PERDAN (KETUA)
  EN. MOHD SYAHRIR AZRIN BIN SALLEH
JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH EN. IHSAN SABRI BIN KAMARAZAMAN
JABATAN PERHUTANAN NEGERI JOHOR PN. ZAITON BINTI ABDULLAH
JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR PN. NOR HAFIZAH BINTI MUSTAFA
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG EN. HAFFIZ BIN BAHARUDDIN

ANUGERAH AKRAB

Pencapaian dan sumbangan AKRAB JPSM telah membawa kepada kemenangan anugerah termasuk perkhidmatan bimbingan yang berkesan, komitmen terhadap pembangunan profesional, dan penyertaan aktif dalam memupuk budaya kerja yang positif. Senarai anugerah yang telah dimenangi ialah:

NAMA ANUGERAH KATEGORI ANUGERAH TAHUN PENGANUGERAHAN
Anugerah AKRAB Dinamik Organisasi 2017
Anugerah AKRAB Utama Individu
Puan Zulnaidah binti Manan
2019
Anugerah AKRAB Inovatif Organisasi 2020

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 4390

Semalam 10598

Minggu Ini 14988

Bulan Ini 176509

Keseluruhan 9184354