soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

MENGENAI KAMI

DPSMJPSM

Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia merupakan dasar baharu yang digubal berasaskan kepada kajian semula yang dijalankan ke atas Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992). DPSM ini merupakan satu garis panduan bagi menjamin pengekalan sumber hutan di Semenanjung Malaysia. Dasar ini adalah teras utama dalam mengurus dan membangunkan sumber hutan secara mampan selaras dengan keperluan sosioekonomi negara dan alam sekitar. Penggubalan DPSM ini turut mengambil kira perkembangan baru isu-isu perhutanan semasa supaya pembangunan sektor perhutanan terus maju dan kekal relevan pada masa hadapan. Sebanyak 10 Objektif dengan sembilan (9) Teras Utama yang telah digubal dan disusun bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam DPSM.

Berdasarkan Teras Utama tersebut, 27 Strategi dan 125 Pelan Tindakan telah dirangka bagi membantu jabatan/agensi di Semenanjung Malaysia yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan perancangan dan pengurusan sumber hutan negara ke arah pencapaian pengurusan hutan secara berkekalan. DPSM digubal dengan memfokuskan perkara berkaitan kelestarian sumber hutan, konservasi kepelbagaian sumber hutan, kemampanan perkhidmatan hutan, kesejahteraan ekonomi dan kesinambungan industri, perundangan dan penguatkuasaan, keterangkuman dan keterlibatan pihak berkepentingan, kesejahteraan sosial dan orang asli, penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi serta masyarakat berpencerahan.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab kepada pengurusan, perancangan, perlindungan dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Malaysia 2020, Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia 2020 dan Akta Perhutanan Negara (APN) 1984.

Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan

Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab untuk menggubal dasar-dasar perhutanan, memberi nasihat dan khidmat teknikal kepada Jabatan Perhutanan Negeri dalam aspek perancangan, pengurusan dan pembangunan hutan, pengusahasilan hutan dan industri berasas kayu, kajian operasi hutan serta latihan dan pembangunan sumber manusia.

Terdapat dua (2) Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia iaitu Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar dan Perancangan) dan Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Operasi dan Teknikal) masing-masing bertanggungjawab terhadap enam (6) bahagian di bawah dua sektor yang berlainan. Selain itu, terdapat dua (2) Unit dan satu (1) Bahagian lain yang bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Pengarah Perhutanan.

Sektor Dasar Dan Perancangan

Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar dan Perancangan) bertanggungjawab ke atas perancangan dan ekonomi hutan, pengurusan sumber hutan, silvikultur dan pemeliharaan biologi hutan, pembangunan forest eco-park dan hutan taman negeri, hal ehwal perhutanan antarabangsa, pembangunan ladang hutan dan perlindungan hutan.

Sektor Operasi Dan Teknikal

Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Operasi dan Teknikal) bertanggungjawab dalam urusan-urusan pentadbiran dan kewangan, kejuruteraan hutan, teknikal dan industri kayu, penguatkuasaan hutan, latihan perhutanan dan pembangunan modal insan serta pembangunan sistem teknologi maklumat.

Jabatan Perhutanan Negeri

Jabatan Perhutanan Negeri bertanggungjawab dalam pengurusan dan pembangunan sumber hutan, pengusahasilan hutan, kutipan hasil hutan dan pembangunan industri berasas kayu di negeri. Jabatan Perhutanan Negeri dibahagikan kepada Bahagian Operasi Hutan dan Pembangunan Hutan serta disokong oleh Pejabat Hutan Daerah/Jajahan.

Bahagian Operasi Hutan

Bahagian Operasi Hutan bertanggungjawab terhadap pentadbiran, penguatkuasaan undang-undang hutan, kutipan hasil hutan di samping penyelaras hubungan dengan Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, lain-lain jabatan/agensi dan badan- badan berkanun.

Bahagian Pembangunan Hutan

Bahagian Pembangunan Hutan bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti pengurusan dan pembangunan hutan, termasuk pemeliharaan biodiversiti, pembangunan ekopelancongan dan pemulihan kawasan hutan serta penyediaan dan pelaksanaan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri.

Pejabat Hutan Daerah/Jajahan

Pejabat Hutan Daerah/Jajahan bertanggungjawab terhadap pentadbiran, operasi pengawalan pengusahasilan hutan, kutipan hasil hutan dan penguatkuasaan undang-undang hutan. Pejabat ini juga bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pengurusan dan pembangunan hutan termasuk pengurusan forest eco-park dan hutan taman negeri.

Bil Nama Fail Format Muat Turun
1 Akta Perhutanan Negara 1984  pdf
2 Akta Industri Berasas Kayu (Kekuasaan Badan Perundangan Negeri) 1984 pdf
3 Akta 105 - Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 pdf
4 Akta Had Masa 1953 pdf
5 Akta Kontrak Kerajaan 1974 pdf
6 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 pdf
7 Akta Orang Asli 1954 pdf
8 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 pdf
9 Akta Tatacara Kewangan 1957 pdf
10 Arahan Perbendaharaan pdf
11 Dasar Perhutanan Negara 1978 Pindaan 1992 pdf
12 Dasar Perhutanan Negara pdf
13 EIBK PERAK 1987 pdf
14 EIBK (ibu)PERAK pdf
15 EIBK Perak (PINDAAN) 2010 pdf
16 Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) 1984 - Sabah pdf
17 Enakmen Hutan Perak Pindaan 2015 pdf
18 Enakmen Hutan Selangor (Pindaan) 2018 pdf
19 Enakmen Mineral Perak 2003 pdf
20 Enakmen Perhutanan Negeri Perlis 1951 (Ibu) pdf
21 Kaedah Hutan Negeri Kelantan 1986 pdf
22 Kaedah-kaedah Hutan Johor pdf
23 Kaedah-Kaedah Hutan Perak (Pindaan) 2016 pdf
24 Kaedah-kaedah hutan Perak 1988 pdf
25 Kaedah-Kaedah Hutan Perak Pindaan pdf
26 Kaedah-kaedah Tanah Putrajaya 2002 pdf
27 Kanun Tatacara Jenayah CPC- BI pdf
28 Panduan Pengendalian Kertas Siasatan Bil.1-2011 pdf
29 Pekeliling KPPSM Bil. 3-2018 -Geospatial pdf
30 Penal Code pdf
31 Sabah Forest Enactment 1968 pdf
32 Sabah Forest Rules pdf
33 Sarawak Forest Ordinance 20154 pdf
34 Sarawak Forest Policy pdf
35 Sarawak Forest Rules pdf
36 Tarikh Kuatkuasa APN DI PUTRAJAYA 2017 pdf
37 Tatacara Menjalankan Pendakwaan Di Mahkamah Bil. 3-2009 pdf
38 Tatacara Pengendalian Operasi Penguatkuasaan Hutan Bil.2-2009 pdf
39 Tatacara Siasatan JPSM pdf
40 Kaedah-kaedah Industri Berasas Kayu 1987 - Pahang pdf

LATAR BELAKANG

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sekerja sepertimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia – Pengurusan Psikologi Ceraian PO. 3.1.1: Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Rakan Pembimbing ini merupakan agen penggerak kepada perlaksanaan budaya kerja “Kelas Pertama” dalam perkhidmatan awam. Ia diwujudkan dengan tujuan menyediakan medium perantaraan untuk memberi peluang kepada pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha membantu Pengurus Sumber Manusia di semua peringkat organisasi. Di samping itu, Rakan Pembimbing juga mempunyai visi sebagai penyumbang kepada usaha pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia. Nama AKRAB merupakan gabungan nilai-nilai utama yang perlu ada pada seseorang rakan pembimbing iaitu Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari.

OBJEKTIF

•    Menyampaikan perkhidmatan membimbing berpandukan kod etika AKRAB;
•    Menjadi perantara kepada Pegawai Psikologi, Penyelia dan Ketua Jabatan dalam organisasi;
•    Membantu rakan sekerja ke arah kesejahteraan psikologi;dan
•    Menjadi agen perubahan di dalam organisasi.

MOTO AKRAB

BERKHIDMAT MEMBIMBING

VISI AKRAB

“AKRAB sebagai agen penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia”

MISI AKRAB

Misi AKRAB adalah memberi perkhidmatan bimbingan yang berkesan.

FALSAFAH AKRAB

Falsafah AKRAB ialah “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai kepada diri.

JAWATANKUASA AKRAB JPSM SESI 2024/2025

AHLI JAWATANKUASA NAMA
PENAUNG YBHG. DATO’ HJ. ZAHARI BIN IBRAHIM
PENASIHAT YBHG. DATO’ AHMAD FADZIL BIN ABDUL MAJID
PENYELARAS PN. HALIMATUSSADIAH BINTI RAMLI
PENGERUSI EN. ABD RAMLIZAUYAHHUDIN BIN MAHLI
TIMBALAN PENGERUSI EN. MUHAMMAD UMAR BIN ABDULLAH
SETIAUSAHA PN. NURFARHANA BINTI AHMAD
PENOLONG SETIAUSAHA PN. SITI AISHAH BINTI ABDUL WAHAB
BENDAHARI CIK IQTIE QAMAR LAILA BINTI MOHD GANI
PENOLONG BENDAHARI EN. MUHAMMAD FEKRI BIN TAIB
JAWATANKUASA LATIHAN DAN KOMPETENSI PN. ZULNAIDAH BINTI MANAN (KETUA)
  EN. ZAINUDDIN BIN JAMALUDDIN
JAWATANKUASA PROMOSI PN. YUMARNIS BINTI RIASMI (KETUA)
  PN. SABARINA BINTI ABD LATIF
JAWATANKUASA SOSIAL DAN KEBAJIKAN PN. ROSBAIDAH BINTI DESA (KETUA)
  PN. ERMA FARAHIN BINTI ROSLAN
JAWATANKUASA KEROHANIAN EN. KHAIRUDDIN BIN PERDAN (KETUA)
  EN. MOHD SYAHRIR AZRIN BIN SALLEH
JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH EN. IHSAN SABRI BIN KAMARAZAMAN
JABATAN PERHUTANAN NEGERI JOHOR PN. ZAITON BINTI ABDULLAH
JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR PN. NOR HAFIZAH BINTI MUSTAFA
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG EN. HAFFIZ BIN BAHARUDDIN

ANUGERAH AKRAB

Pencapaian dan sumbangan AKRAB JPSM telah membawa kepada kemenangan anugerah termasuk perkhidmatan bimbingan yang berkesan, komitmen terhadap pembangunan profesional, dan penyertaan aktif dalam memupuk budaya kerja yang positif. Senarai anugerah yang telah dimenangi ialah:

NAMA ANUGERAH KATEGORI ANUGERAH TAHUN PENGANUGERAHAN
Anugerah AKRAB Dinamik Organisasi 2017
Anugerah AKRAB Utama Individu
Puan Zulnaidah binti Manan
2019
Anugerah AKRAB Inovatif Organisasi 2020

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 5981

Semalam 14233

Minggu Ini 80860

Bulan Ini 34386

Keseluruhan 11399958