soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Pengenalan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) merupakan agensi teknikal di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang berperanan dalam mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber hutan di Semenanjung Malaysia. IPJPSM telah berjaya memperolehi pensijilan MS ISO 9001:2015 yang berkuat kuasa mulai 24 Ogos 2022 hingga 23 Ogos 2025 dengan skop Pengurusan Pengeluaran Kayu Bulat Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli Di Hutan Simpanan Kekal (Perancangan Catuan Tebangan Tahunan, Strategi dan Objektif serta Menyelaras Aktiviti Pentadbiran dan Pemantauan).

MS ISO

 

Dasar Kualiti JPSM

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam Pengurusan Pengeluaran Kayu Bulat Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli Di Hutan Simpanan Kekal supaya dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa, kaedah dan peraturan-peraturan bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Dengan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ini JPSM komited dalam memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh pihak yang berkepentingan seperti Kementerian, Pihak Berkuasa Negeri dan pelesen. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia percaya perkara ini dapat dicapai melalui penerapan budaya kerja yang memenuhi keperluan standard MS ISO 9001:2015 pada semua peringkat kakitangan dalam melaksanakan SPK yang berkesan dengan komitmen yang tinggi dari pengurusan atasan hingga ke peringkat bawahan.

JPSM akan mengenal pasti dari masa ke masa kelemahan-kelemahan dalam organisasi dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan dengan penglibatan semua tenaga kerja untuk menambah baik secara berterusan SPK di JPSM.

Dasar Kualiti ini menjadi rangka kerja dalam penetapan objektif-objektif kualiti SPK di JPSM. Semua Pengarah Bahagian/Ketua Unit, Pengarah Perhutanan Negeri, Pegawai Hutan Daerah dan Pegawai Renj Hutan akan memantau dan mengkaji prestasi sebenar pelaksanaan objektif-objektif kualiti yang telah ditetapkan di bawah bidang tugas serta tanggungjawab masing-masing dan mengambil tindakan segera apabila prestasi pelaksanaan tidak mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan.

 

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 5881

Semalam 8775

Minggu Ini 53078

Bulan Ini 169807

Keseluruhan 7955329