PRAKATA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Malaysia amat bertuah kerana dilitupi oleh kawasan hutan hujan tropika. Keluasan Kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia adalah berjumlah 5,734,083 hektar iaitu 43.4% daripada keluasan tanah di Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah tersebut, seluas 4,812,326 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK), manakala baki seluas 921,757 hektar lagi adalah kawasan Hutan Tanah Kerajaan, Hutan Perlindungan Hidupan Liar dan kawasan berhutan lain. Dalam beberapa dekad ini, sektor perhutanan di Semenanjung Malaysia telah mengalami beberapa perubahan penting sejajar dengan keperluan dalam pembangunan dan pengurusan hutan secara berkekalan terutama dalam isu pelepasan gas rumah kaca dan perubahan iklim. Pengurusan hutan bagi tujuan pengeluaran kayu-kayan telah diperluaskan merangkumi pengeluaran pelbagai produk dan perkhidmatan hutan termasuk pembekalan sumber air bersih, pemeliharaan kepelbagaian biologi, kualiti alam sekitar, pengawalan banjir dan menangani isu perubahan iklim. Oleh itu, sumber hutan perlu diurus secara lestari, dipulihara secara cekap dan digunakan secara bertanggungjawab demi generasi masa hadapan. Selari dengan perkembangan semasa isu-isu perhutanan maka penggubalan Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia (DPSM) telah mengambil kira perkembangan baharu seiring dengan keperluan sektor perhutanan semasa yang merangkumi aspek-aspek Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB), pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi kesan perubahan iklim, meningkatkan penggunaan teknologi dalam penguatkuasaan dan pemantauan hutan serta memperkasakan penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia kerana telah berjaya menggubal DPSM ini sejajar dengan perkembangan isu-isu perhutanan semasa dan kehendak masyarakat tempatan dan antarabangsa.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaan-Nya, dokumen Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia (DPSM) ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pasukan Petugas Khas dan Jawatankuasa Penerbitan DPSM dan juga semua individu yang telah menyumbang dalam penyediaan dan penerbitan buku ini. Usaha gigih, komitmen dan sumbangan yang tidak ternilai telah menjadikan penyempurnaan dokumen DPSM ini menjadi kenyataan. DPSM ini adalah dasar baharu yang digubal berasaskan kepada kajian semula yang dijalankan ke atas Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992). DPSM ini merupakan satu garis panduan bagi menjamin pengekalan sumber hutan di Semenanjung Malaysia. Dasar ini adalah teras utama dalam mengurus dan membangunkan sumber hutan secara mampan selaras dengan keperluan sosioekonomi negara dan alam sekitar. Penggubalan DPSM ini turut mengambil kira perkembangan baru isu-isu perhutanan semasa supaya pembangunan sector perhutanan terus maju dan kekal relevan pada masa hadapan. Sebanyak 10 Objektif dengan sembilan (9) Teras Utama yang telah digubal dan disusun bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam DPSM. Berdasarkan Teras Utama tersebut, 27 Strategi dan 125 Pelan Tindakan telah dirangka bagi membantu jabatan/agensi di Semenanjung Malaysia yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan perancangan dan pengurusan sumber hutan negara ke arah pencapaian pengurusan hutan secara berkekalan. DPSM digubal dengan memfokuskan perkara berkaitan kelestarian sumber hutan, konservasi kepelbagaian sumber hutan, kemampanan perkhidmatan hutan, kesejahteraan ekonomi dan kesinambungan industri, perundangan dan penguatkuasaan, keterangkuman dan keterlibatan pihak berkepentingan, kesejahteraan sosial dan orang asli, penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi serta masyarakat berpencerahan. Adalah menjadi harapan saya semoga dasar ini menjadi garis panduan dan merupakan asas dalam pengurusan dan pembangunan sumber hutan negara yang berkesan. |
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab kepada pengurusan, perancangan, perlindungan dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Negara (DPN) 1992 dan Akta Perhutanan Negara (APN) 1984.
Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan
Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab untuk menggubal dasar-dasar perhutanan, memberi nasihat dan khidmat teknikal kepada Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri dalam aspek perancangan, pengurusan dan pembangunan hutan, pengusahasilan hutan dan industri berasas kayu, kajian operasi hutan serta latihan dan pembangunan sumber manusia. Di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan terdapat dua (2) Timbalan Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Teknikal) masing-masing bertanggungjawab terhadap enam (6) bahagian. Sementara itu, terdapat satu (1) Unit dan satu (1) Bahagian lain yang bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Pengarah Perhutanan.
Sektor Dasar Dan Perancangan
Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan) bertanggungjawab dalam bidang perancangan dan ekonomi hutan, pengurusan sumber hutan, silvikultur dan pemeliharaan biologi hutan, pembangunan forest eco-park dan hutan taman negeri, hal ehwal perhutanan antarabangsa serta ladang dan perlindungan hutan.
Sektor Operasi Dan Teknikal
Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Operasi dan Teknikal) bertanggungjawab dalam urusan-urusan pentadbiran dan kewangan, kejuruteraan hutan, teknikal dan industri kayu, penguatkuasaan hutan, latihan perhutanan dan pembangunan modal insan serta pembangunan sistem teknologi maklumat.
Jabatan Perhutanan Negeri
Jabatan Perhutanan Negeri bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengawalan pengusahasilan hutan, kutipan hasil hutan dan pembangunan sumber hutan negeri. Jabatan ini juga merancang dan menyelaraskan pembangunan industri berasas kayu. Jabatan Perhutanan Negeri dibahagikan kepada Bahagian Operasi Hutan dan Pembangunan Hutan serta disokong oleh Pejabat Hutan Daerah/Jajahan.
Bahagian Operasi Hutan
Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, penguatkuasaan undang-undang hutan, kutipan hasil hutan serta menyelaras dan berhubung dengan Ibu Pejabat Perhutanan, lain-lain jabatan negeri, badan dan agensi berkanun.
Bahagian Pembangunan Hutan
Bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti pengurusan dan pembangunan hutan, termasuk pemeliharaan biodiversiti, pembangunan ekopelancongan dan pemulihan kawasan hutan serta penyediaan dan pelaksanaan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri.
Pejabat Hutan Daerah/Jajahan
Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengawalan pengusahasilan hutan, kutipan hasil hutan dan penguatkuasaan undang-undang hutan. Pejabat ini juga bertanggungjawab untuk melaksanakan aktivitiaktiviti pengurusan dan pembangunan hutan termasuk pengurusan forest eco-park dan hutan taman negeri
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai ahli AKRAB setelah berjaya mengikuti Program Peningkatan Kemahiran Asas Kaunseling (PPKK). Dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 menyatakan aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia, AKRAB perlu dilatih dalam dua (2) tahap PPKK. Nama AKRAB merupakan gabungan nilai-nilai utama yang perlu ada pada seseorang rakan pembimbing iaitu Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari.
AKRAB juga berkonsepkan “rakan membantu rakan” dalam memupuk semangat sokongan yang menekankan hubungan humanistik.
Kemantapan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada komitmen dan sumbangan kepakaran ahlinya. Tanpa komitmen daripada ahli, segala aktiviti rakan pembimbing akan dilihat sebagai membebankan. Justeru itu, pembentukan AKRAB di dalam organisasi diharapkan mampu membentuk kelompok pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap organisasi.
• Mewujukan pegawai yang kompeten;
• Mewujudkan suasana kerja yang harmoni;
• Membantu mengurangkan masalah yang ditanggung oleh pegawai; dan
• Meningkatkan
empati di kalangan warga organisasi.
“Menjadikan AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia”
• melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi;
• membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan;
• bertindak sebagai
perantara antara Pegawai Psikologi dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan
• mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB.
• Berkongsi ilmu dan pengetahuan;
• Sokongan kepada perubahan;
• Memperkuatkan semangat;
• Berkongsi permasalahan;
• Budaya
kerja berpasukan; dan
• Meneguhkan perubahan.
AHLI JAWATANKUASA | NAMA |
---|---|
PENAUNG | YBHG. DATO’ INDERA MOHD RIDZA BIN AWANG |
PENASIHAT | YBHG. DATO’ MOHD RAHIM BIN RANI |
PENYELARAS | PN. HALIMATUSSADIAH BINTI RAMLI |
PENGERUSI | EN. MOHD SYAHRIR AZRIN BIN SALLEH |
TIMBALAN PENGERUSI | PN. TUAN MARINA BINTI TUAN IBRAHIM |
SETIAUSAHA | PN. YUMARNIS BINTI RIASMI |
PENOLONG SETIAUSAHA | PN. SITI AISHAH BINTI ABDUL WAHAB |
BENDAHARI | PN. ROSBAIDAH BINTI DESA |
PENOLONG BENDAHARI | EN. MUHAMMAD FEKRI BIN TAIB |
JAWATANKUASA SOSIAL | EN. ZAINUDDIN BIN JAMALUDDIN |
PN. NURFARHANA BINTI AHMAD | |
JAWATANKUASA PERIBADI | EN. KHAIRUDDIN BIN PERDAN |
PN. MAZURAA BINTI MARZUKI | |
JAWATANKUASA KOMPETENSI PROFESIONAL | EN. MUHAMMAD UMAR BIN ABDULLAH |
EN. MOHD NOR FIRDAUS BIN RAHIM | |
JAWATANKUASA KOMPETENSI ORGANISASI | PN. ZULNAIDAH BINTI MANAN |
PN. SABARINA BINTI ABD LATIF | |
JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH | EN. MUHAMAD FIRDAUS ZULNAIM BIN JOHARI |
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK | PN. SITI DESSYMA BINTI ISNANI |
JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN | EN. HAMIDI BIN ABD HALIM |
JABATAN PERHUTANAN NEGERI JOHOR | EN. ABD RAMLIZAUYAHHUDIN BIN MAHLI |
JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR | PN. NOR HAFIZAH BINTI MUSTAFA |
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG | EN. HAFFIZ BIN BAHARUDDIN |
AKRAB Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) juga telah diiktiraf diperingkat kementerian dengan Anugerah AKRAB Dinamik pada 19 Julai 2017 sempena Seminar AKRAB dan Mesyuarat Agung AKRAB Peringkat NRE Tahun 2017. Anugerah ini mengambil kira aktiviti positif AKRAB JPSM dalam pembudayaan ilmu dan latihan-latihan secara sistematik disamping mempunyai perancangan strategik dalam peranan AKRAB meningkatkan imej AKRAB dan organisasi.
Selain itu, pada tahun 2019, AKRAB JPSM juga telah menerima Anugerah AKRAB Inovatif pada 23 Oktober 2020. Anugerah ini mengambilkira kepimpinan AKRAB JPSM dalam menguruskan aktiviti-aktiviti AKRAB sejajar dengan objektif penubuhan AKRAB. Selain itu, usaha-usaha berterusan AKRAB JPSM dalam meningkatkan penglibatan warga kerja Jabatan dan dokumentasi yang sentiasa teratur dan dikemaskinikan.
Selain itu, salah seorang ahli AKRAB JPSM juga iaitu Puan Zulnaidah binti Manan telah dianugerahkan dengan Anugerah AKRAB Utama pada 23 Oktober 2019. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada ahli AKRAB yang memiliki keperibadian, komitmen serta memainkan peranan utama serta mampu menghasilkan kerja yang berkualiti bagi meningkatkan imej AKRAB di peringkat jabatan. Beliau juga menjadi rujukan utama dan bergiat aktif dalam pelaksanaan aktiviti AKRAB.
Dengan pengiktirafan anugerah-anugerah ini, AKRAB JPSM telah bersedia dalam memberikan khidmat bimbingan kepada rakan sekerja dan memperkasakan aktiviti kaunseling dan bimbingan di Jabatan.
Antara kursus pemantapan yang telah dihadiri oleh Rakan Pembimbing JPSM adalah:
i. Program Pengurusan Stress Dalam Organisasi |
ii. Program Peningkatan Potensi Diri |
iii. Program Mengenal Perilaku Manusia Menerusi Metafizik |
iv. Kursus Pementoran |
v. Kursus Asas Kaunseling |
vi. Program Kuasa Minda |