PERSIDANGAN PENGARAH-PENGARAH PERHUTANAN NEGERI SEMENANJUNG MALAYSIA (PPNSM) KE-43
Persidangan pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia (PPNSM) merupakan aktiviti tahunan tertinggi di peringkat Jabatan. Ianya sebagai platform perbincangan bagi membincang, meneliti dan membuat keputusan pelbagai isu, cabaran dan masalah yang dihadapi berkaitan dasar, teknikal dan pengurusan. Ahli-Ahli PPNSM ini terdiri daripada Pengurusan Tertinggi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), semua Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Ketua Unit di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM).
Persidangan PPNSM kali ke-43 ini telah diadakan di Ascott Gurney Penang, Pulau Pinang pada 24 hingga 27 September 2023. Tuan Rumah persidangan iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang dengan urus setia Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia, Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan telah berjaya menganjurkan persidangan yang diadakan secara kehadiran fizikal sepenuhnya dengan pembentangan sebanyak 11 kertas kerja pertimbangan dan 12 kertas makluman. Kehadiran ahli persidangan terdiri daripada Pengarah Perhutanan Negeri (PPN) seramai 12 orang, Pengarah Bahagian (PB) dan Ketua Unit (KU) Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia seramai 15 orang.
PERSIDANGAN PENGARAH-PENGARAH PERHUTANAN NEGERI SEMENANJUNG MALAYSIA (PPNSM) KE-43
Persidangan pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia (PPNSM) merupakan aktiviti tahunan tertinggi di peringkat Jabatan. Ianya sebagai platform perbincangan bagi membincang, meneliti dan membuat keputusan pelbagai isu, cabaran dan masalah yang dihadapi berkaitan dasar, teknikal dan pengurusan. Ahli-Ahli PPNSM ini terdiri daripada Pengurusan Tertinggi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), semua Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Ketua Unit di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM).
Persidangan PPNSM kali ke-43 ini telah diadakan di Ascott Gurney Penang, Pulau Pinang pada 24 hingga 27 September 2023. Tuan Rumah persidangan iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang dengan urus setia Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia, Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan telah berjaya menganjurkan persidangan yang diadakan secara kehadiran fizikal sepenuhnya dengan pembentangan sebanyak 11 kertas kerja pertimbangan dan 12 kertas makluman. Kehadiran ahli persidangan terdiri daripada Pengarah Perhutanan Negeri (PPN) seramai 12 orang, Pengarah Bahagian (PB) dan Ketua Unit (KU) Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia seramai 15 orang.
PERSIDANGAN PENGARAH-PENGARAH PERHUTANAN NEGERI SEMENANJUNG MALAYSIA (PPNSM) KE-42
Persidangan pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia (PPNSM) merupakan aktiviti tahunan tertinggi di peringkat Jabatan. Ianya sebagai platform perbincangan bagi membincang, meneliti dan membuat keputusan pelbagai isu, cabaran dan masalah yang dihadapi berkaitan dasar, teknikal dan pengurusan. Ahli-Ahli PPNSM ini terdiri daripada Pengurusan Tertinggi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), semua Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Ketua Unit di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM).
Bagi PPNSM kali ke-42 ini, buat julung kalinya Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia sebagai tuan rumah penganjuran persidangan yang telah diadakan dengan jayanya pada 4 hingga 6 September 2022. Persidangan diadakan secara kehadiran fizikal sepenuhnya di Dewan Damar Minyak, IPJPSM dengan pembentangan sebanyak 15 kertas kerja pertimbangan dan 6 Kertas Makluman.
YBhg. Dato’ Indera Mohd Ridza bin Awang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia selaku Pengerusi persidangan telah merasmikan persidangan pada 4 September 2022 dengan kehadiran semua Pengarah Perhutanan Negeri (PPN) seramai 12 orang, Pengarah Bahagian (PB) dan Ketua Unit (KU) Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia seramai 15 orang.
PERSIDANGAN PENGARAH-PENGARAH PERHUTANAN NEGERI SEMENANJUNG MALAYSIA KE-41
Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia merupakan platform tertinggi di peringkat persekutuan dan negeri di bawah JPSM yang melibatkan pengurusan tertinggi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), semua Pengarah-pengarah Negeri, Pengarah-pengarah Bahagian dan Ketua Unit IPJPSM.
Persidangan Perhutanan Negeri ini bertujuan untuk membincang, meneliti dan membuat keputusan atas pelbagai isu, cabaran dan masalah yang dihadapi sama ada perkara yang melibatkan dasar, teknikal mahupun pentadbiran perhutanan.
Pada tahun 2021, Persidangan Perhutanan Pengarah-Pengarah Semenanjung Malaysia Ke-41 ini telah diadakan di Negeri Kedah. JPSM merakamkan terima kasih kepada semua Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia terutamanya JPN Kedah dalam menjayakan Persidangan kali ini.
Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia merupakan platform perjumpaan dan perbincangan semua Pengarah Perhutanan Negeri dan Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bagi membincangkan, meneliti dan membuat keputusan mengenai perkara-perkara semasa dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan pengurusan hutan negara terutamanya di Semenanjung Malaysia.
Pada kali ini, Negeri Perak telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran persidangan kali ke-39 ini. Persidangan ini berlangsung selama empat (4) hari bermula 20 hingga 24 November 2019 di Hotel Casuarina @ Meru, Perak.
Penemuan-Penemuan Ekspedisi Yang Signifikan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan
Malaysia telah diiktirafkan sebagai salah sebuah negara ‘mega-kepelbagaian’ di dunia. Sejajar dengan pengiktirafan ini, kerajaan Malaysia telah memberi persetujuan dan komitmen untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan sumber kepelbagaian biologi hutan negara secara berkekalan. Dalam konteks ini, penekanan berterusan diberikan ke atas aspek-aspek pemeliharaan, pemuliharaan, penggunaan secara lestari dan perkongsian secara saksama dan adil terhadap sumber tersebut.
Dalam usaha untuk mengumpul maklumat-maklumat kepelbagaian biologi daripada kawasan-kawasan semulajadi Negara kita, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menganjurkan siri-siri Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan di kawasan-kawasan berhutan terutamanya kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Penganjuran ekspedisi ini melibatkan pelbagai disiplin yang merentas sempadan (cross sectoral) seperti aspek fizikal ekosistem hutan, kepelbagaian biologi flora dan fauna, ekopelancongan, ekologi, rekreasi, geologi, arkeologi dan sosio-ekonomi. Ekspedisi Saintifik yang dianjurkan telah disertai oleh para saintis dan penyelidik daripada pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan, Institusi Penyelidikan, Institusi Pengajian Tinggi Awam, Badan-Badan Bukan Kerajaan serta juga individu yang mempunyai minat khusus terhadap bidang pengurusan hutan serta kepelbagaian biologi hutan.
Di samping pegawai dan kakitangan JPSM, institusi yang sering terlibat secara aktif dalam setiap ekspedisi adalah seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Jabatan landskap dan Taman, Perbadanan Putrajaya, Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), World Wide Fund for Nature (WWF), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Folia Malaysiana, Malaysian Nature Society (MNS), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM), dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
Sehingga kini, sebanyak 44 siri Ekspedisi Saintifik telah dianjurkan di Semenanjung Malaysia yang meliputi pelbagai ekosistem hutan daripada hutan paya laut (bakau), hutan paya gambut, hutan tanah pamah hinggalah ke hutan pergunungan. Melalui siri ekspedisi yang dilaksanakan, pelbagai penemuan yang signifikan termasuk spesies baru, endemik, dan unik bagi flora dan fauna telah berjaya direkodkan. Sebahagian daripada hasil penemuan signifikan daripada siri ekspedisi saintifik ini telah dibukukan dalam siri prosiding kepelbagaian biologi hutan yang diterbitkan oleh JPSM. Sehingga kini, sebanyak 28 siri prosiding telah dikeluarkan iaitu:
No. Sebut Harga / Tender | Keterangan | Tarikh Lawatan Tapak | Tarikh Buka | Tarikh Tutup |
---|---|---|---|---|
JH/156 JLD 11 |
Sebut Harga Perkhidmatan Penyewaan Premis Demis di Kafeteria Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun Kenyataan Tawaran : Sini |
9 Disember 2024 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi (Kehadiran adalah diwajibkan) |
4 Disember 2024 (Rabu) |
16 Disember 2024 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengah hari |
Boleh didapati secara atas talian di www.eperolehan.gov.my (Untuk Pembekal yang berdaftar dan telah diperbolehkan penggunaan sistem eP sahaja)
BIL. | NAMA | JAWATAN / GRED | PENEMPATAN LAMA | PENEMPATAN BAHARU | TARIKH KUATKUASA |
---|---|---|---|---|---|
1. | Kadri bin Shaari | Pemelihara Hutan G9 | Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu |
Seksyen Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Bahagian Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
02.01.2025 |
2. | Mohd Jamaluddin bin Marzuki | Pemelihara Hutan G9 | Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu |
02.01.2025 |
3. | Ali Gema Hidayatullah bin Zainal Rain Rancis | Renjer Hutan/ Penolong Pemelihara Hutan G6 | Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan |
Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan |
02.01.2025 |
4. | Nurulhaida binti Ibrahim | Renjer Hutan/ Penolong Pemelihara Hutan G6 | Jabatan Perhutanan Wilyah Persekutuan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
Seksyen Kawalan Biologi Hutan Bahagian Silvikultur dan Pemeliharaan Biologi Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
02.01.2025 |
5. | Shaid Syazwan bin Muhamad | Renjer Hutan/ Penolong Pemelihara Hutan G6 | Bahagian Penguatkuasaan Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
02.01.2025 |
6. | Md Nurraheim bin Mohd Ali | Renjer Hutan/ Penolong Pemelihara Hutan G6 | Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
Jabatan Perhutanan Wilyah Persekutuan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
02.01.2025 |
7. | Che Rosmi bin Che Ali | Renjer Hutan/ Penolong Pemelihara Hutan G6 | Bahagian Silvikultur dan Pemeliharaan Biologi Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
Pejabat Negeri Terengganu Bahagian Penguatkuasaan Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
02.01.2025 |
8. | Che Aslinaliza binti Che Ahmad | Pegawai Teknologi Maklumat F13 | Kementerian Pendidikan Malaysia | Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
09.12.2024 |
9. | Mohammad Luqman bin Humaidi | Perangkawan E9 | Seksyen Ekonomi Hutan Bahagian Perancangan Dan Ekonomi Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya | 09.12.2024 |
10. | Roziati binti abdul Aziz | Pegawai Teknologi Maklumat F10 | Bahagian Pengurusan Maklumat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
Institut Tadbiran Negara (INTAN) | 02.12.2024 |
11. | Yuhanis binti Mohd Amin | Pegawai Teknologi Maklumat F10 | Institut Tadbiran Negara (INTAN) | Bahagian Pengurusan Maklumat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
02.12.2024 |
12. | Albert Empawi Anak Tindit | Pemelihara Hutan G9 | Penolong Pengarah Penguatkuasaan (Rekod dan Perangkaan) Bahagian Penguatkuasaan Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
Penolong Pengarah Penguatkuasaan Perisikan Seksyen Penguatkuasaan Bahagian Penguatkuasaan Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Pemelihara Hutan |
02.12.2024 |
13. | Khairil bin Sarip | Pemelihara Hutan G10 | Pegawai Hutan Daerah Larut dan Matang, JPN Perak | Penolong Pengarah ( Khidmat Perundingan dan Jaminan Kualiti ) Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan, JPSM | 01.12.2024 |
14. | Mohd Firdaus bin Jamel | Pemelihara Hutan G10 | Penolong Pengarah ( Khidmat Perundingan dan Jaminan Kualiti ), Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan, JPSM | Pegawai Hutan Daerah Larut dan Matang, JPN Perak | 01.12.2024 |
15. | Suhana binti Bebakar | Pemelihara Hutan G10 | Penolong Pengarah Tanaman Bakau, Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan, JPSM | Penolong Pengarah Perancangan Mikro dan Makro II, Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan,JPSM | 01.12.2024 |
16. | Siti Sarah binti Shaharuddin | Pemelihara Hutan G10 | Penolong Pengarah Perancangan Mikro dan Makro II,Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan, JPSM | Penolong Pengarah Tanaman Bakau, Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan, JPSM | 01.12.2024 |
17. | Mohd Fauzan bin Misron | Pemelihara Hutan G10 | Penolong Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) Seksyen Central Forest Spine Bahagian Pengurusan Hutan, JPSM |
Pegawai Hutan Daerah Kuala Kangsar, Pejabat Hutan Daerah Kuala Kangsar JPN Perak" |
01.12.2024 |
BIL. | NAMA | JAWATAN / GRED | PENEMPATAN BAHARU | TARIKH KUATKUASA |
---|---|---|---|---|
1. | Mohd Jamaluddin bin Marzuki | Pemelihara Hutan G9 | Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
02.12.2025 |
2. | Insan Nurkamil bin Idris | Pemelihara Hutan G9 | Bahagian Penguatkuasaan Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
02.12.2025 |
3. | Donald Gabriel Guakin | Pemelihara Hutan G9 | Penolong Pengarah Perindustrian dan Pengusahasilan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor |
02.12.2025 |
4. | Asmadi bin Mohd | Pemelihara Hutan G9 | Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
02.12.2025 |
5. | Wan Alya binti Wan Deraman | Pemelihara Hutan G9 | Bahagian Penguatkuasaan Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
02.12.2025 |
6. | Danieal Airil a/l Raduan | Pembantu Penyelidik Q1 | Seksyen Perancangan Mikro & Makro Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
02.12.2025 |
7. | Nik Abdul Rahim bin Nik Kamarudin | Pembantu Penyelidik Q1 | Seksyen Perancangan dan Penilaian Sumber Hutan Bahagian Pengurusan Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
02.12.2025 |
BIL. | NAMA | JAWATAN / GRED | PENEMPATAN SEMASA | PENEMPATAN | TARIKH KUATKUASA |
---|---|---|---|---|---|
Tiada Pemangkuan Buat Masa ini. |
BIL. | NAMA | JAWATAN / GRED | PENEMPATAN | TARIKH KUATKUASA |
---|---|---|---|---|
Tiada kenaikan Pangkat Buat Masa ini. |
Pendahuluan
Dasar Perhutanan Negara 1987 (Pindaan 1992) telah menggariskan keperluan sumber hutan bukan kayu dilaksanakan pengurusan secara berkekalan bagi menjamin kepentingan industri berasaskan sumber berkenaan. Projek penanaman buluh adalah satu usaha pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam memperkenalkan hasil sumber bukan kayu yang berpotensi untuk dikomersilkan.
Hutan Simpanan Kekal telah diurus berdasarkan konsep pengurusan hutan secara berkekalan sejak awal abad ke-20. Pada masa kini, dengan peralihan permintaan dan kehendak masyarakat umum terhadap pelbagai keluaran dan perkhidmatan hutan, konsep pengurusan hutan secara berkekalan telah diperluaskan untuk mencakupi bidang-bidang lain seperti fungsi perlindungan hutan dan pengeluaran hasil bukan kayu.
Buluh adalah tergolong dalam kumpulan monokotilidon dari famili Gramineae dalam keluarga rumput-rampai. Buluh tumbuh dalam kawasan beriklim sederhana, separa-tropika. Ia tumbuh subur di kawasan yang terbuka dan bersaliran baik. Buluh boleh didapati dalam 2 bentuk pertumbuhan iaitu monopodial (berbatang tunggal) dan simpodial (berumpun). Keseluruhan buluh di Malaysia tergolong dalam pertumbuhan simpodial.
Perbezaan Buluh Monopodial dan Simpodial
Monopodial | Simpodial |
---|---|
Pertumbuhan secara tunggal | Pertumbuhan berumpun |
Tumbuh di iklim sederhana | Tumbuh di iklim tropika |
Adalah dianggarkan terdapat 59 spesies buluh di Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada 7 genera iaitu Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Racemobamboos, Schizostachyum, Thyrsostachys dan Gigantochloa. Secara keseluruhannya buluh-buluh ini dijadikan sumber pendapatan sampingan dan utama bagi sesetengah penduduk.
Jumlah dan Peratus rumpun buluh di Semenanjung Malaysia
Berdasarkan Sumber Laporan Inventori Hutan Nasional Ke-5 (IHN Ke-5)
Antara kegunaan dan produk yang dihasilkan dari buluh adalah kayu penyepit, perabot, peralatan muzik, pencungkil gigi dan mempunyai rebung yang boleh dimakan. Selain itu buluh juga dijadikan galah, bingkai gambar, pencucuk sate, bahan anyaman, bidai dan kraftangan. Rumpun buluh juga dijadikan landskap di taman-taman rekreasi awam dan kawasan persendirian.
Spesies Buluh Dan Kegunaan Komersil Di Semenanjung Malaysia
Rotan tergolong dalam famili Palmae dan dikelaskan dalam kumpulan yang terbesar iaitu subfamili Calamoideae. Terdapat 13 genera rotan di dunia. Genera tersebut adalah Calamus, Calospatha, Ceratolobus, Daemonorops, Eremospatha, Korthalsia, Laccosperma, Myrialepis, Oncocalamus, Plectocomia, Plectocomiopsis, Pogonotium dan Retispatha.
Di Semenanjung Malaysia, terdapat kira-kira 107 spesies rotan yang terdiri daripada 8 genera dimana hanya 20 spesies sahaja yang dikenalpasti kegunaannya serta mempunyai nilai pasaran. Antaranya ialah Calamus manan (Rotan Manau), C. ornatus (Rotan Dok), C. turnidus (Rotan Manau Tikus), C. scipionium (Rotan Semambu), dan C. caesius (Rotan Sega).
Umumnya rotan tumbuh di kawasan yang lembap dan bilangannya berkurangan apabila sesuatu kawasan itu selalu mengalami pertukaran kelembapan. Di Semenanjung Malaysia, rotan boleh dijumpai dari kawasan pinggiran pantai hingga ke kawasan pergunungan. Walau bagaimanapun, habitatnya yang paling sesuai ialah di kawasan hutan dipterokarpa yang mempunyai ketinggian di bawah 1,000 aras paras laut (a.p.l).
Berdasarkan kepada Inventori Hutan Kebangsaan ke 5 (IHN-5), terdapat sebanyak 268,644,319.85 rumpun/batang rotan telah dibanci dimana rotan dari jenis Manau mempunyai peratusan tertinggi berbanding rotan dari jenis lain. Pecahannya adalah seperti jadual 1.
Jadual 1 : Pecahan rumpun / batang rotan mengikut jenis
Rotan memberi sumbangan ekonomi melalui pemprosesan perabot dan kraftangan. Antara perabot yang dihasilkan ialah kerusi, meja, katil, serta perkakas dapur. Di samping itu juga rotan juga digunakan untuk menganyam tikar ataupun digunakan sebagai bahan lapik. Rotan Manau dan Rotan Sega adalah merupakan dua spesies rotan yang terpenting sekali dalam industri berasaskan rotan di Semenanjung Malaysia.
Spesies | Nama Tempat | Kegunaan |
---|---|---|
Calamus manau | Rotan manau | Komponen perabut dan tongkat |
Calamus scipionum | Rotan semambu | Komponen perabut dan tongkat |
Calamus tumidus | Rotan manau tikus | Komponen perabut dan tongkat |
Calamus ornatus | Rotan dok | Komponen perabut dan tongkat |
Calamus caesius | Rotan sega | Komponen perabut dan tongkat |
Calamus javensis | Rotan lilin | Bahan ikatan |
Calamus laevigatus | Rotan tunggal | Komponen perabut dan bahan kraftangan |
Calamus axillaries | Rotan sega air | Komponen perabut dan bahan kraftangan |
Calamus speciosissimus | Rotan sega badak | Komponen perabut dan bahan kraftangan |
Kata | Takrifan |
---|---|
dataran persisiran | Kawasan lapang yang luas dan rata yang terdapat di sepanjang pantai |
setinggan hutan | Kawasan penempatan sementara pekerja hutan seperti kerja pembalakan dan sebagainya |
agradasi | Pembentukan permukaan bumi terutamanya dasar sungai disebabkan oleh longokan kelodak atau bahan organik yang telah reput. |
agregat | Bahan mineral yang boleh dijadikan partikel untuk membuat simen. |
air dalam tanah | Zon air yang terdapat di bawah tanah yang mengalir dari permukaan bumi dan di bawah pengaruh graviti. |
batang | Bahagian batang pokok dari banir hingga ke dahan utama. |
batang bersih | Tinggi batang sehingga dahan hidup yang pertama |
bangka | Pokok yang melampaui tahap matang |
akta hutan | Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pentadbiran, pengurusan dan pemuliharaan hutan dan pembangunan perhutanan dalam negeri di Malaysia bagi maksud tertentu |
aktiviti |
Aktiviti hiburan yang dilakukan di kawasan semuala jadi untuk menikmati keindahan alam sekitar |
alat penanda | Pistol penyembur cat tanda pada pokok |
alat penepis api | Alat pemadam api yang diperbuat daripada kain dan pemegangnya daripada kayu. Alat ini digunakan sebagai pemukul api bagi memadamkan kebakaran kecil seperti rumput dan sampah sarap |
alat penyalaan | Perkakas yang digunakan untuk menyalakan api atau bahan bakar bagi tujuan pembakaran |
alur | Hakisan gaung |
anak benih |
Anak benih yang digunakan untuk memulihkan sesuatu kawasan hutan |
anak liar | Anak benih pokok di lantai hutan yang diambil daripada anak pokok liar untuk penanaman semula |
api apitan/api sisi | Kebakaran yang berlaku secara selari dengan menghadap arah haluan angin akan membakar sesuatu kawann dengan lebih cepat dengan intensiti pembakaran yang tinggi |
arah rebah | Hala tuju penumbangan pokok yang ditentukan mengikut ciri pokok dan keadaan persekitaran seperti kepadatan/saiz silara, kecondongan dan kedudukan pokok |
aras | Aras tempat penyukatan dibuat. Ketinggian pengukuran |
aras dada | Ketinggian piawai untuk mengukur lilit, diameter dan luas pangkal pokok hidup. Ketinggian yang digunakan ialah 1.30 m atau 4 ka 3 in, tetapi di sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, ketinggian yang digunakan ialah 1.37 m atau 4 ka 6 in dari aras tanah |
aras kerosakan ekonomi` | Tahap kerosakan pada dirian atau pokok yang masih dapat diterima dari segi ekonomi |
arboretum | Kawasan yang ditanam dengan spesies pokok tertentu bagi tujuan pemuliharaan sumber genetik, pendidikan dan penyelidikan |
asing | Eksotik |
asli | Berkenaan tumbuhan asal dari sesebuah negara |
bahan bakar ringan | Bahan mudah terbakar seperti daun, ranting dan damar kering |
bakaran bebas | Pembakaran secara terbuka dan tidak terkawal |
bakaran ringan | Pembakaran berkala untuk mengelakkan timbunan bahan api yang banyak yang sukar dikawal jika terbakar |
balak | Bahagian batang pokok kayu yang biasanya mempunyai panjang yang sesuai untuk diproses menjedi hasil kayu, seperti papan gergaji atau papan lapis |
balak pengikat | Balak yang disusu pada posisi tertentu bersama dalam longgokan untuk memantapkan longgok tersebut |
balak terapung | Balak ringan yang lazimnya telah dikeringkan dan diapungkan di permukaan air sebelum dihantar ke kilang |
banci | Pengiraan popilasi sepenuhnya |
bancian | Aktiviti mendapatkan maklumat bilangan sepesies dan saiz pokok dalam sesuatu kawasan hutan |
bancian hutan | Mendapatkan maklumat mengenai kualiti dan kuantiti sumber hutan serta cirinya yang pelbagai seperti spesies, saiz dan bilangan pokok serta bentuk topografi kawasan hutan tersebut. Proses ini bertujuan mengusahakan hasil dan mengurus kawasan hutan.inventori hutan |
dipterocarpaceae | Famili tumbuhan yang menghasilkan kayu balak yang paling penting dan dominan di Malaysia dan Asia Tenggara. Tumbuhan dalam famili ini menghasilkan isipadu kayu yang paling banyak dan mempunyai nilai dagangan yang paling tinggi di Malaysia, dan hampir kesemua spesies dalam famili ini boleh didagangkan. Kayu ini boleh digolongkan dalam tiga kumpulan, berdasarkan ketumpatan dan ketahanan, iaitu kumpulan kayu keras ringan, kayu keras sederhana dan kayu keras berat. Contoh kayu keras ringan ialah alan, gerutu, melantai, meranti bakau, meranti merah muda, meranti merah tua, merawan, dan mersawa contoh kayu keras sederhana ialah alan batu, kapur dan keruing dan contoh kayu keras berat ialah balau, balau merah, cengal, resak, resak,giam dan penyau. |
banir | Akar pokok yang tumbuh dan kelaur di atas paras tanah pada pangkal pokok-pokok besar seperti beringin, merbau atau pauh kijang |
banjaran persisiran | Kawasan bukit yang terdapat di persisiran pantai |
banteras (kebakaran) | Langkah awal untuk mengelakkan kebakaran dengan cara membuang atau memindahkan bahan mudah terbakar dari kawasan tersebut |
bantuan perhutanan | Sebarang bantuan dan pertolongan yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu dalam bidang perhutanan sama ada dari segi perkhidmatan, tunjuk ajar, nasihat atau kewangan |
basmian hutan | Proses penghapusan tumbuhan hutan atau penukaran kegunaan tanah hutan |
batang boleh niaga | Panjang batang pokok dari pangkal ke hujung paling kecil yang boleh diusaha hasil dan diniagakan |
batas semaian | Jalur tanah yang disediakan untuk menyemai anak benih |
batu lumpur | Batu lembut yang terbentuk daripada pengerasan lumpur |
bayaran ragutan | Perbezaan antara jumlah kos ragutan di atas tanah awam (terbuka) dan jumlah kos ragutan di atas tanah persendirian |
bebanan keselamatan | Bebanan yang dikenakan terhadap kayu atau struktur binaan lain dengan mengambil kira kerosakan pada struktur tersebut. faktor keselamatan |
belukar | Kawasan yang dipenuhi pokok-pokok liar, semak |
benalu | Dedalu |
bentang balak | Alas kayu yang digunakan untuk menggolekkan atau mengheret balak dari tapak tebangan ke matau atau tempat longgokan balak. kuda-kuda, bor balak |
bentuk silara | Pelbagai bentuk rimbunan daun yang menutupi bahagian atas pokok pain |
berkelok-kelok | Berlengkok-lengkok |
berlengkok-lengkok | Selekoh pada sungai disebabkan aliran air apabila sungai melalui kawasan yang agak rata seperti aliran yang menghampiri muara. berkelok-kelok |
betau | Kawasan yang dijadikan tempat pengumpulan sementara balak terlatak di dalam atau di pingiran hutan |
betau balak | Kolam yang biasanya berhampiran dengan kilang pemprosesan yang digunakan untuk menyimpan kayu balak dengan selamat untuk jangka masa melebihi 3 bulan. Kaedah ini banyak diamalkan di negeri Sarawak dan Sabah dan biasanya diamalkan oleh syarikat pembalakan yang besar |
betung alur keluar | Titik tempat air mengalir keluar daripada pembentungan atau parit |
blok | Bungkah kayu atau logam yang digunakan untuk menyendal balak daripada bergolek dari atas lori semasa proses mengangkut, takal |
bot balak | Bentang balak |
bongkah | Jirim utama yang membentuk gunung |
buruh hutan | Pekerja atau individu yang menyumbangkan tenaga dan perkhidmatan untuk melakukan kerja-kerja di dalam hutan |
cacat bentuk | Sebarang keadaan luar biasa atau tidak sempurna pada batang pokok yang mengurangkan isi padu, kekuatan atau nilai penggunaannyan |
cacat sihat | Sebarang ketidaksempurnaan balak yang tidak mengurangkan isi padu, nilai atau penggunaannya di pasaran |
cantum | Mengambil mata tunas sesuatu pokok pada pokok lain daripada spesies yang sama untuk mendapatkan pokok yang lebih baik |
cap balak | Tanda hak milik pada balak |
catuan luas pangkal | Sistem kawalan penjarangan pokok dalam satu dirian yang berasaskan anggaran luas pangkal pokok sebelum dan selepas penjarangan |
celah | Oportunis ruang |
ceruk ekologi | Unit terkecil dalam habitat yang didiami oleh organisma, bagi mengkaji hubungan di antara organisma tersebut dan persekitarannya |
ciri bahan api | Sifat yang terdapat pada sesuatu bahan yang menyebabkannya mudah terbakar seperti kering dan mudah marak |
daerah ragutan | Kawasan yang telah ditentukan sebagai kawasan ragut haiwan ternakan |
dasar hutan | Prinsip dan garis panduan yang digunakan dalam mengambil sesuatu tindakan berdasarkan objektif tertentu yang mempunyai hubung kait dengan kawasan hutan |
dedalu | Tumbuhan parasit daripada famili, benalu |
dendrologi | Bidang ilmu atau kajian mengenai pokok, contohnya mengenai ciri fizikal atau fisiologi bagi spesies pokok |
dendrometer | Alat untuk mengukur dimensi pokok khususnya diameter yang melebihi ketinggian paras dada |
depot hutan | Kawasan sementara atau kekal di dalam hutan yang disediakan untuk mengumpul dan menyimpan keyu dan hasil hutan lain sebelum dibawa keluar |
desa hutan | Perkampungan hutan |
diameter aras dada | Ukuran diameter pokok yang diukur pada ketinggian aras dada |
diameter atas bengkak | Pengukuran biasanya dilakukan di luar kulit kayu. Nilai diameter ini digunalan dalam pengurusan hutan untuk menentukan isi padu dirian dan had tebangan . garisan pusat aras dada |
diameter atas bengkak | Garisan pusat atas bengkak |
diameter atas kulit | Ukuran diameter batang pokok, dan termasuk kulitnya |
diameter min | Garis pusat min |
diameter normal | Garis pusat normal |
diameter tengah | Diameter pada titik tengah ketinggian pokok |
diameter usaha hasil | Ukuran diameter tertentu yang menunjukkan kematangan sesuatu pokok atau dirian hutan yang sesuai untuk dituai", |
dirian biji benih elit | Dirian yang terdapat pokok pilihan terbaik khusus untuk penghasilan biji benih |
dirian biji benih normal | Dirian yang dipilih untuk menghasilkan benih yang mempunyai pertumbuhan dan ciri-ciri yang sama dirian provenannya |
dirian elit | Sejumlah pokok yang terbaik dan terpilih serta telah dibuktikan kualitinya melalui kajian |
dirian kurang baik | Dirian yang terdiri daripada tumbuhan berkualiti rendah |
dirian normal | Dirian yang diisi sepenuhnya dengan pokok pelbagai peringkat umur mengikut giliran hasil |
derian sebaya | Dirian yang mempunyai pokok-pokok daripada kelas umur yang sama |
dirian sebaya | Dirian yang mempunyai pokok-pokok daripada kelas umur yang sama. Kelas umur dianggap sama sekiranya perbezaan umur antara pokok tertua dangan termuda tidak melebihi 20% jangka masa giliran tebangan |
dirian utama | Dirian yang terpenting di dalam sesuatu kawasan hutan |
dusun | Kebun buah-buahan |
ekopelancongan | Industri pelancongan yang berasaskan alam semula jadi seperti tumbuhan, haiwan dan bentuk muka bumi yang mempuyai daya tarikan tersendiri serta menarik minat pelawat |
ekonomi hutan | Bidang ekonomi yang seluruhnya atau sebahagian besarnya berkaitan dengan pengeluaran hutan |
ekor musang | Pucuk utama pokok pain yang tumbuh memanjang tanpa dahan sisi selama beberapa tahun |
ekosistem | Komuniti organisma yang saling memerlukan dengan persekitaran yang didiami |
ekospesies | Haiwan dan tumbuhan yang boleh melaksanakan rekombinasi genetik dengan spesies yang sama dari kawasan lain |
ekotip | Sekumpulan kecil tumbuhan dan haiwan yang sesuai hidup pada satu habitat |
ekoton | Zon antara dua komuniti tumbuhan yang berbeza yang mengandungi spesies daripada kedua-dua komuniti tersebut, seperti pinggir hutan |
eksotik | Berkenaan tumbuhan atau haiwan yang diperkenalkan dan dibawa masuk dari negara luar. asing, luar |
ekstrak | Proses memindahkan balak dari tapak tabangan ke tempat melonggok tanpa melelui jalan hutan. pengekstrakan |
ektoparasit | Parasit yang hidup pada luar badan perumah, seperti kutu dan tungau |
elit | Pokok pilihan yang terbaik untuk tujuan pengeluaran biji benih. pokok elit |
endosperma | Tisu simpanan dalam buji benih yang mengandungi nutrien daripada minyak, lemak, kanji dan protein pada kebanyakan biji benih engiosperma. Nutrien ini penting untuk perkembangan embrio |
epifit | Tumbuhan yang mendapat ruang dan cahaya matahari secara mengakar pada batang tumbuhan lain seperti dinding. Contohnya paku pakis |
evapotranspirasi | Penyejatan air dari tanah ke atmosfera dan transpirasi air daripada tumbuhan |
faedah tak langsung | Manfaat yang didapati secara sampingan bukan secara langsung |
faktor agihan | Faktor taburan |
faktor bentuk | 1. Nisbah isi pedau kayu yang diperolehi daripada hasil darab tinggi pokok dengan luas pangkal yang biasanya diukur pada ketinggian aras dada, iaitu 1.44 m. Faktor bentuk digunakan untuk menganggarkan isi padu kayu yang boleh dihasilkan daripada sesuatu dirian |