Cycas clivicola atau dikenali sebagai Bogak ialah satu satu spesies tumbuhan primitif yang telah dijumpai di Wang Mu, Hutan Taman Negeri Perlis. Spesies ini adalah merupakan salah satu spesies yang terancam oleh kerana kehilangan habitat dan juga penuaian tumbuhan liar. Menurut IUCN Red List 1997,Cycas clivicola ini juga merangkumi ketiga-tiga spesies yang terdapat di Malaysia adalah antara spesies yang terancam di dunia. Ia juga dijumpai hanya di kawasan yang tertentu seperti di kawasan tebing batu kapur di mana mempunyai panjang kira-kira lebih daripada 10 meter dan tumbuh secara ke bawah.