soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

biodiversiti

Penemuan-Penemuan Ekspedisi Yang Signifikan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan

Malaysia telah diiktirafkan sebagai salah sebuah daripada 12 negara ‘mega-kepelbagaian’ di dunia. Sejajar dengan pengiktirafan ini, kerajaan Malaysia telah memberi persetujuan dan komitmen untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan sumber kepelbagaian biologi hutan negara secara berkekalan. Dalam konteks ini, penekanan berterusan diberikan ke atas aspek-aspek pemeliharaan, pemuliharaan, penggunaan secara lestari dan perkongsian secara saksama dan adil terhadap sumber tersebut.

Dalam usaha untuk mengumpul maklumat-maklumat kepelbagaian biologi daripada kawasan-kawasan semulajadi Negara kita, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menganjurkan siri-siri Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan di kawasan-kawasan berhutan terutamanya kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Penganjuran ekspedisi ini melibatkan pelbagai disiplin yang merentas sempadan (cross sectoral) seperti aspek fizikal ekosistem hutan, kepelbagaian biologi flora dan fauna, ekopelancongan, ekologi, rekreasi, geologi, arkeologi dan sosio-ekonomi. Ekspedisi Saintifik yang dianjurkan telah disertai oleh para saintis dan penyelidik daripada pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan, Institusi Penyelidikan, Institusi Pengajian Tinggi Awam, Badan-Badan Bukan Kerajaan serta juga individu yang mempunyai minat khusus terhadap bidang pengurusan hutan serta kepelbagaian biologi hutan.

Di samping pegawai dan kakitangan JPSM, institusi yang sering terlibat secara aktif dalam setiap ekspedisi adalah seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Jabatan landskap dan Taman, Perbadanan Putrajaya, Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), World Wide Fund for Nature (WWF), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Folia Malaysiana, Malaysian Nature Society (MNS), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM), dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Sehingga kini, sebanyak 32 siri Ekspedisi Saintifik telah dianjurkan di Semenanjung Malaysia yang meliputi pelbagai ekosistem hutan daripada hutan paya laut (bakau), hutan paya gambut, hutan tanah pamah hinggalah ke hutan pergunungan. Melalui siri ekspedisi yang dilaksanakan, pelbagai penemuan yang signifikan termasuk spesies baru, endemik, dan unik bagi flora dan fauna telah berjaya direkodkan. Sebahagian daripada hasil penemuan signifikan daripada siri ekspedisi saintifik ini telah dibukukan dalam siri prosiding kepelbagaian biologi hutan yang diterbitkan oleh JPSM. Sehingga kini, sebanyak 24 siri prosiding telah dikeluarkan iaitu:

Baca lagi...

 

  •  

    orchid1

  •  

    orchid1

     

  •  

    orchid1

     

  •  

    orchid1

     

    •  

      CITES

       

    •  

      AktaCITES

       

    •  

      AktaCITES

       

       

      Iguanura belumensis

      Iguanura belumensis

      Iguanura belumensis merupakan salah satu spesies palma yang endemik 

      Licuala stongensis

      Licuala stongensis

      Licuala stongensis merupakan salah satu daripada spesies palma berbentuk kipas

      Otomops

      Otomops

      Tiga (3) genus daripada famili Molossidae telah direkodkan bagi Semenanjung Malaysia

      Paedocypris sp.

      Paedocypris sp.

      Paedocypris species is the smallest inland vertebrate in the world

      Paphiopedilum barbatum

      Paphiopedilum barbatum

      Paphiopedilumbarbatum atau lebih dikenali sebagai slipper orkid

      Rana Monjerai

      Rana Monjerai

      Rana monjerai ini merupakan spesies baru katak yang telah ditemui di Malaysia.

      Rhacophorus norhayatii

      Rhacophorus norhayatii

      Rhacophorus norhayatii pertama kali direkodkan oleh kumpulan penyelidik (UKM)

      Shorea Lumutensis

      Shorea Lumutensis

      Shorea lumutensis (Nama Tempatan: Balau Putih) adalah satu spesies endemik bagi Perak, status permuliharan spesies ini adalah terancam kritikal menurut Malaysia Plant Red List.

      Theloderma licin

      Theloderma licin

      Theloderma licin merupakan sejenis spesies katak yang penemuannya baru

      Thrips Razanii

      Thrips Razanii

      s.Thrips razanii adalah merupakan penemuan baru yang direkodkan

      Thuidium glaucinoides

      Thuidium glaucinoides

      Penemuan Thuidium glaucinoides telah direkodkan buat pertama

      <<  1 [2

      Hubungi Kami

      Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
      Jalan Sultan Salahuddin,
      50660 Kuala Lumpur
      No. Tel: 603-26164488
      No. Faks: 603-26925657
      Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

      Statistik Pelawat

      Hari Ini 12197

      Semalam 7521

      Minggu Ini 19718

      Bulan Ini 52437

      Keseluruhan 7573363