LATAR BELAKANG

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai ahli AKRAB setelah berjaya mengikuti Program Peningkatan Kemahiran Asas Kaunseling (PPKK). Dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 menyatakan aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia, AKRAB perlu dilatih dalam dua (2) tahap PPKK. Nama AKRAB merupakan gabungan nilai-nilai utama yang perlu ada pada seseorang rakan pembimbing iaitu Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari.

AKRAB juga berkonsepkan “rakan membantu rakan” dalam memupuk semangat sokongan yang menekankan hubungan humanistik.

Kemantapan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada komitmen dan sumbangan kepakaran ahlinya. Tanpa komitmen daripada ahli, segala aktiviti rakan pembimbing akan dilihat sebagai membebankan. Justeru itu, pembentukan AKRAB di dalam organisasi diharapkan mampu membentuk kelompok pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap organisasi.

OBJEKTIF

•    Mewujukan pegawai yang kompeten;
•    Mewujudkan suasana kerja yang harmoni;
•    Membantu mengurangkan masalah yang ditanggung oleh pegawai; dan
•    Meningkatkan empati di kalangan warga organisasi.

MOTO AKRAB

AKRAB CEMERLANG, PERKHIDMATAN TERBILANG

VISI AKRAB

“Menjadikan AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia”

MISI AKRAB

•    melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi;
•    membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan;
•    bertindak sebagai perantara antara Pegawai Psikologi dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan
•    mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB.

MATLAMAT AKRAB

•    Berkongsi ilmu dan pengetahuan;
•    Sokongan kepada perubahan;
•    Memperkuatkan semangat;
•    Berkongsi permasalahan;
•    Budaya kerja berpasukan; dan
•    Meneguhkan perubahan.

JAWATANKUASA AKRAB JPSM SESI 2015/2017

Akrab

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 207

Semalam 384

Minggu Ini 1002

Bulan Ini 9592

Keseluruhan 49669

Undian

Pendapat anda mengenai Laman Web baru JPSM

.