PENGENALAN KEPADA PUSPANITA

PUSPANITA atau nama singkatannya Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli.

Ahli-ahli Jawatankuasa protem ketika itu telah berusaha keras membentuk perlembagaan yang mengandungi butir-butir mengenai pertubuhan tersebut seperti visi, misi, tujuan penubuhan, keanggotaan serta tanggung-jawab Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT). Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan, Perlembagaan PUSPANITA telah menetapkan bahawa Isteri Perdana Menteri akan menjadi Penaung, Ketua Setiausaha Negara akan menjadi Penasihat dan dan isteri Ketua Setiausaha Negara adalah Yang Di Pertua kepada persatuan ini.

Satu lagi kejayaan yang amat dibanggakan adalah Rumah PUSPANITA di Jalan Hose, Kuala Lumpur dan PUSPANITAPURI sebagai pusat aktiviti dan mercu tanda kegemilangan. PUSPANITA juga mempunyai pakaian seragamnya yang tersendiri sebagai lambang penyatuan ahli-ahli.

Pelbagai program dan aktiviti telah disusun dan dilaksanakan oleh PUSPANITA untuk mencapai visi dan misinya. Antaranya adalah Rancangan Lima Tahun PUSPANITA, Tabung PUSPADARA PUSPANITA dan Tabung Latihan PUSPANITA. Kejayaan PUSPANITA adalah hasil kebijaksanaan kepimpinan penaung dan penasihatnya. Ini diikuti dengan kerjasama dan sokongan padu Majlis Tertinggi (MT), Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) serta warga PUSPANITA.


OBJEKTIF UTAMA PENUBUHAN PUSPANITA

  1. Adalah untuk merapatkan perhubungan muhibbah dan menyatu-padukan isteri-isteri dan anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan;

  2. Adalah untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel,seminar dan kursus;

  3. Adalah untuk menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat;

  4. Adalah untuk menganjurkan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan;

  5. Adalah untuk mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambah pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini;

  6. Adalah boleh memiliki tanah, bangunan-bangunan dan aset-aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada kerajaan, membeli, menyewa dan sebagainya. Mana-mana cawangan juga boleh memiliki tanah, bangunan dan aset-aset atau sebagainya untuk kebajikan dan faedah ahli; dan

  7. Adalah untuk menyertai aktiviti perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini, hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan, akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli persatuan. Sungguh pun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini, dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada persatuan ini.

 

VISI DAN MISI

VISI

Ke arah PUSPANITA cemerlang


MOTO

Wanita sepakat negara meningkat


MISI

Untuk menjadi wanita berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan bertakwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat

AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA JPSM (2014-2015)

carta alir

LOGO PUSPANITA

logo puspanita

PENERANGAN LOGO :


Bulan Dan Bintang

Melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatupadukan tenaga.

Buku

Melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara berterusan.

Bunga Padi

Melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli wanita yang berbilang kaum di dalam Perkhidmatan Awam.

Bunga Raya

Melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi pembangunan negara.

P & Pa

Melambangkan kewanitaan.

Warna Emas

Melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan.

Warna Ungu

Melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli.

TAFSIRAN NAMA PUSPANITA

Suri

Bermakna isteri pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan.

Anggota Wanita

Bermakna pegawai-pegawai wanita dan kakitangan wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan.

Perkhidmatan Awam

Bermakna perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat termasuk badan-badan berkanun.

LAGU DAN LIRIK

PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita

Bulan bintang 14 penjuru
Lambang keutuhan barsatu-padu
Isteri pegawai kakitangan semua
Berganding bahu saling membantu

Sudah rasmi pembangunan
Isteri bersama memberi kebajikan
Disamping itu bertukar pandangan
Menambah ilmu serta pengetahuan

Bunga padi tanda keteguhan
Bergaul mesra tak kira keturunan
Beramah-tamah tak kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat

PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik di asah
Sifat Kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah

PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita

Senikata Oleh : Dato' Dr. Hajah Noor Laily Binti Dato' Abu Bakar

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA JPSM 2014-2015

Bil Nama Jawatan
1. Datin Sri Hjh. Soriati binti Hj. Abdul Samad     Pengerusi
2. Datin Rohani binti Daud Timbalan Pengerusi I PUSPANITA JPSM
3. (Kosong) Timbalan Pengerusi II PUSPANITA JPSM
4. Siti Raihana binti Ramli Setiausaha
5. Siti Nurulhuda binti Ahmad Tarmidzi Pen. Setiausaha
6. Lydia Suzieana binti Mohammad Bendahari
7. Yumarnis binti Riasmi Pen. Bendahari
8. Wan Norhaiza binti Wan Musa Ketua Biro Isteri Pegawai & Kakitangan JPSM
9. Nik Saniah binti Nik Mohamed Pen. Ketua Biro Isteri Pegawai & Kakitangan JPSM
10. Zuraida binti Mohd Aziz Biro Khas (Penasihat)
11. Stephinie Lai @ Lai Rei Yeni Ketua Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga
12. Hasni binti Abd Pattah Pen. Ketua Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga
13. Rosaizan Haryani binti Rosli Ketua Biro Alam Bina Lestari
14. Nora Azlina binti Musa Pen. Ketua Biro Alam Bina Lestari
15. Mutia Anggerek binti Jusoh Ketua Biro ICT, Seranta & Penerbitan
16. Noriswani binti Za’aldin Pen. Ketua Biro ICT, Seranta & Penerbitan
17. Norshathiroh binti Saidin n Ketua Biro Suka
18. Norisah binti Jiling Pen. Ketua Biro Sukan
19.  Erni Marlina binti Mohamed Roslan Ketua Biro Sosial
20.  (Kosong) Pen. Ketua Biro Sosial
21.  Rosbaidah binti Desa Ketua Biro Kebajikan, Agama & Ahli Seumur Hidup
22.  Nurul Huda binti Jamaluddin Pen. Ketua Biro Kebajikan, Agama & Ahli Seumur Hidup
23.  Suhaida binti Mohamed Ketua Biro Keusahawanan
24.  Hazlinda binti Hadi Pen. Ketua Biro Keusahawanan
25.  Siti Khatijah binti Othman Ketua Biro Kesihatan
26.  Debora Belawan Pen. Ketua Biro Kesihatan
27.  Reanee Lee Ketua Biro Kepenggunaan & Perundangan
28.  Sarah binti Suraji Pen. Ketua Biro Kepenggunaan & Perundangan
29.  Khairunnisa binti Khaidir Pemeriksa Kira-kira 1
30.  W. Norakma binti W. Yusoff Pemegang Amanah
31.  Norisah binti Md Dan Wakil Direktorat
32.  Nurhafizah binti Abd Rahman Wakil Bahagian Perancangan & Ekonomi Hutan
33.  Norziatul Shima binti Mohd Sarit Wakil Bahagian Pengurusan Hutan
34.  Alice Scholastica binti Kapit Wakil Bahagian Latihan Perhutanan
35.  Nor Hafizah binti Mustafa Wakil Bahagian Ladang Hutan & Perlindungan Hutan
36.  Norzehan binti Salehuddin Wakil Bahagian Silvikultur & Pemeliharaan Biologi Hutan
37.  Wan Rohafza binti Ahmad Wakil Bahagian Forest Eco-Park & Taman Negeri
38.  Noor Idawati binti Abu Bakar Wakil Bahagian Hal Ehwal Perhutanan Antarabangsa
39.  Esllyza binti Razali Wakil Bahagian Kejuruteraan Hutan
40.  Noorazila binti Yatim Wakil Bahagian Pengurusan Maklumat
41.  Suhaila binti Mahruji Wakil Bahagian Penguatkuasaan Hutan
42.  Nurul Syahirah binti Roslan Wakil Bahagian Khidmat Pengurusan
43.  Sarah binti Suraji Wakil Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan
44.  -kosong- Wakil Bahagian Teknikal & Industri Kayu
45.  Siti Sarah binti Shamsuddin Wakil KUPA
46.  Noor Haini binti Abdullah Wakil KUIP

KEAHLIAN DAN SKUAD PENGGUNA PUSPANITA

kad keahlian   kad keahlian2

1. Yuran Ahli Seumur Hidup (ASH) mulai 21 Oktober 2014 adalah percuma dan bayaran hanya dikenakan caj RM 2.00 sahaja bagi penyediaan kad keahlian.

2. Tawaran menjadi Ahli Seumur Hidup (ASH) terbuka kepada semua wanita penjawat awam dan isteri kepada penjawat awam.

3. Semua ahli lama dipindahkan ke status Ahli Seumur Hidup secara percuma

4. Hanya Caj RM 2.00 dikenakan bagi pendaftaran untuk Kad PUSPANITA. Kad gantian bagi setiap kad yang hilang/rosak adalah sebanyak RM 10.00.

5. Setiap Ahli Seumur Hidup lama dan baru layak diberi Kad Skuad Pengguna secara percuma. Kad Skuad Pengguna membuka peluang mendapat diskaun antaran 2% hingga 35% bagi barangan dan perkhidmatan dari 260 buah syarikat.

6. Ahli Seumur Hidup akan diberi diskaun atas sewaan dewan dan penginapan di Rumah PUSPANITA, Jalan Hose dan PUSPANITAPURI, Putrajaya tertakluk kepada kekosongan .

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 498

Semalam 547

Minggu Ini 1045

Bulan Ini 10548

Keseluruhan 112002

Undian

Pendapat anda mengenai Laman Web baru JPSM

.