PENGENALAN KEPADA PUSPANITA
PUSPANITA atau nama singkatannya Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Di peringkat awal penubuhannya,
PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli.
Ahli-ahli Jawatankuasa protem ketika itu telah berusaha
keras membentuk perlembagaan yang mengandungi butir-butir mengenai pertubuhan tersebut seperti visi, misi, tujuan penubuhan, keanggotaan serta tanggung-jawab Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT). Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan,
Perlembagaan PUSPANITA telah menetapkan bahawa Isteri Perdana Menteri akan menjadi Penaung, Ketua Setiausaha Negara akan menjadi Penasihat dan dan isteri Ketua Setiausaha Negara adalah Yang Di Pertua kepada persatuan ini.
Satu lagi kejayaan
yang amat dibanggakan adalah Rumah PUSPANITA di Jalan Hose, Kuala Lumpur dan PUSPANITAPURI sebagai pusat aktiviti dan mercu tanda kegemilangan. PUSPANITA juga mempunyai pakaian seragamnya yang tersendiri sebagai lambang penyatuan ahli-ahli.
Pelbagai program dan aktiviti telah disusun dan dilaksanakan oleh PUSPANITA untuk mencapai visi dan misinya. Antaranya adalah Rancangan Lima Tahun PUSPANITA, Tabung PUSPADARA PUSPANITA dan Tabung Latihan PUSPANITA. Kejayaan PUSPANITA adalah hasil kebijaksanaan
kepimpinan penaung dan penasihatnya. Ini diikuti dengan kerjasama dan sokongan padu Majlis Tertinggi (MT), Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) serta warga PUSPANITA.
OBJEKTIF UTAMA PENUBUHAN PUSPANITA
- Adalah untuk merapatkan perhubungan muhibbah dan menyatu-padukan isteri-isteri dan anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan;
- Adalah untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel,seminar dan kursus;
- Adalah untuk menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat;
- Adalah untuk menganjurkan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan;
- Adalah untuk mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambah pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini;
- Adalah boleh memiliki tanah, bangunan-bangunan dan aset-aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada kerajaan, membeli, menyewa dan sebagainya. Mana-mana cawangan juga boleh memiliki tanah, bangunan dan aset-aset atau sebagainya untuk kebajikan dan faedah ahli; dan
- Adalah untuk menyertai aktiviti perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini, hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan, akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli persatuan. Sungguh pun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini, dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada persatuan ini.
VISI DAN MISI
VISI
Ke arah PUSPANITA cemerlang
MOTO
Wanita sepakat negara meningkat
MISI
Untuk menjadi wanita berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan bertakwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat
AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA JPSM (2026-2027)
LOGO PUSPANITA
PENERANGAN LOGO :
Bulan Dan Bintang
Melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatupadukan tenaga. Buku
Melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara berterusan. Bunga Padi
Melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli wanita yang berbilang kaum di dalam Perkhidmatan Awam. Bunga Raya
Melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi pembangunan negara. P & Pa
Melambangkan kewanitaan. Warna Emas
Melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan. Warna Ungu
Melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli. TAFSIRAN NAMA PUSPANITA Suri
Bermakna isteri pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan. Anggota Wanita
Bermakna pegawai-pegawai wanita dan kakitangan wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan. Perkhidmatan Awam
Bermakna perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat termasuk badan-badan berkanun.
LAGU DAN LIRIK
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
Bulan bintang 14 penjuru
Lambang keutuhan barsatu-padu
Isteri pegawai kakitangan semua
Berganding
bahu saling membantu
Sudah rasmi pembangunan
Isteri bersama memberi kebajikan
Disamping itu bertukar pandangan
Menambah ilmu serta pengetahuan
Bunga padi tanda keteguhan
Bergaul mesra tak kira keturunan
Beramah-tamah tak kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat
PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik di asah
Sifat Kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah
PUSPANITA, PUSPANITA,
PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
Senikata Oleh : Dato' Dr. Hajah Noor Laily Binti Dato' Abu Bakar
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA JPSM 2026-2027
| Bil | Nama | Jawatan |
| 1. | YBhg. Datin Siti Aisyah Bungan | Pengerusi |
| 2. | YBhg. Datin Nor Yati binti Ani | Timbalan Pengerusi I PUSPANITA JPSM |
| 3. | Puan Adilah binti Abdul Kadir | Biro Isteri Pegawai & Kakitangan JPSM |
| 4. | Puan Maheran binti Mohamed | Biro Isteri Pegawai & Kakitangan JPSM |
| 5. | Puan Siti Diana binti Dahlan | Setiausaha |
| 6. | Puan Norlida binti Kamil | Pen. Setiausaha I |
| 7. | Puan Mariana binti Jaafar | Pen. Setiausaha II |
| 8. | Puan ‘Ainatul binti Abu Bakar Hamzah | Bendahari |
| 9. | Puan Nurul Nathasya binti Mohd Mulana | Pen. Bendahari |
| 10. | Puan Junita binti Abdul Rahim | Pemeriksa Kira-kira I |
| 11. | Puan Nor Atikah binti Ghani | Pemeriksa Kira-kira II |
| 12. | Puan Rabiatul Adawiyah binti Jamil | Pemegang Amanah |
| 13. | Puan Wan Alya binti Wan Deraman | Ketua Biro Kepenggunaan & Perundangan |
| 14. | Puan Nurnabilah binti Zhamriee | Pen. Ketua Biro Kepenggunaan & Perundangan |
| 15. | Puan Siti Aishah binti Abdul Wahab | Ketua Biro Alam Bina Lestari |
| 16. | Puan Atikah binti Che Ismail | Pen. Ketua Biro Alam Bina Lestari |
| 17. | Puan Alice Scholastica binti Kapit | Ketua Biro Kesihatan |
| 18. | Puan Rafizah binti Abdul Razak | Pen. Ketua Biro Kesihatan |
| 19. | Puan Juliana binti Yahya | Ketua Biro Sukan |
| 20. | Puan Bethany Ruth Mai Anak Rowland | Pen. Ketua Biro Sukan |
| 21. | Puan Yuhanis binti Mohd Amin | Ketua Biro ICT, Seranta & Penerbitan |
| 22. | Puan Rachel Stephanie Johnis | Pen. Ketua Biro ICT, Seranta & Penerbitan |
| 23. | Puan Zuraida binti Zakaria | Ketua Biro Kebajikan, Agama & Ahli Seumur Hidup |
| 24. | Puan Rusnizam binti Daud | Pen. Ketua Biro Kebajikan, Agama & Ahli Seumur Hidup |
| 25. | Puan Hasni binti Abd Pattah | Ketua Biro Keusahawanan |
| 26. | Puan Nur Damia Aishah binti Suardi | Pen. Ketua Biro Keusahawanan |
| 27. | Puan Nur Ainina Khairunnisa binti Othman | Ketua Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga |
| 28. | Puan Sabarina binti Abd Latif | Pen. Ketua Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga |
| 29. | Puan Nurul Fazleeayu Fazeela binti Ab Kadir | Ketua Biro Sosial |
| 30. | Puan Suhana binti Bidin @ Zainal Abidin | Pen. Ketua Biro Sosial |
| 31. | Puan Musyrifah binti Ismail | Wakil Direktorat |
| 32. | Puan Sarimah binti Asat | Wakil Bahagian Khidmat Pengurusan |
| 33. | Puan Nurin Amalin binti Abdul Hakim | Wakil Bahagian Pengurusan Hutan |
| 34. | Puan Nurul Saadah binti Zaharudin | Wakil Bahagian Perancangan & Ekonomi Hutan |
| 35. | Puan Najjah Salfinas binti Mat Fisal | Wakil Bahagian Ladang Hutan & Perlindungan Hutan |
| 36. | Puan Nurul Ezzati binti Mohd Zairullisham | Wakil Bahagian Forest Eco-Park & Taman Negeri |
| 37. | Puan Norzehan binti Salehuddin | Wakil Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan |
| 38. | Puan Noor Idawati binti Abu Bakar | Wakil Unit Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam |
| 39. | Puan Wan Rohafza binti Ahmad | Wakil Bahagian Hal Ehwal Perhutanan Antarabangsa |
| 40. | Puan Nur Fatini binti Rosmawadi | Wakil Bahagian Latihan Perhutanan |
| 41. | Puan Suhana binti Bidin @ Zainal Abidin | Wakil Bahagian Teknikal & Industri Kayu |
| 42. | Puan Zurina binti Jusoh | Wakil Bahagian Kejuruteraan Hutan |
| 43. | Puan Khairunnisa binti Zainuddin | Wakil Bahagian Penguatkuasaan Hutan |
| 44. | Puan Noorazila binti Yatim | Wakil Bahagian Silvikultur & Pemeliharaan Biologi Hutan |
| 45. | Puan Nor Kamizah binti Sidek | Wakil Bahagian Pengurusan Maklumat |
| 46. | Puan Rohaiza binti Mohd Dani | Wakil Unit Integriti Perhutanan |
| 47. | Puan Nor Darshela binti Abu Bakar | Wakil Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan |
KEAHLIAN DAN SKUAD PENGGUNA PUSPANITA

1. Yuran Ahli Seumur Hidup (ASH) mulai 21 Oktober 2014 adalah percuma dan bayaran hanya dikenakan caj RM 2.00 sahaja bagi penyediaan kad keahlian.
2. Tawaran menjadi Ahli Seumur Hidup (ASH) terbuka kepada semua wanita penjawat awam dan isteri
kepada penjawat awam.
3. Semua ahli lama dipindahkan ke status Ahli Seumur Hidup secara percuma
4. Hanya Caj RM 2.00 dikenakan bagi pendaftaran untuk Kad PUSPANITA. Kad gantian bagi setiap kad yang hilang/rosak adalah sebanyak
RM 10.00.
5. Setiap Ahli Seumur Hidup lama dan baru layak diberi Kad Skuad Pengguna secara percuma. Kad Skuad Pengguna membuka peluang mendapat diskaun antaran 2% hingga 35% bagi barangan dan perkhidmatan dari 260 buah syarikat.
6. Ahli Seumur Hidup akan diberi diskaun atas sewaan dewan dan penginapan di Rumah PUSPANITA, Jalan Hose dan PUSPANITAPURI, Putrajaya tertakluk kepada kekosongan .






