soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Annona Glabra

Satu penemuan penting telah dicatatkan semasa Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan yang diadakan di Hutan Paya Laut Matang, iaitu penemuan spesies Annona glabra yang tumbuh di kawasan tersebut.

Spesies ini adalah dari genus yang sama dengan Durian Belanda (A. muricata) dan Nona kapri (A. squamosal). A.muricata dan A.squamosa berasal dari Amerika Tengah, manakala A. glabra pula berasal dari bahagian timur Afrika. Terdapat pelbagai persoalan mengapa spesies ini boleh tumbuh di kawasan Paya Laut Matang, Perak.

Species ini tidak akan ditanam oleh penduduk setempat kerana buahnya yang tidak boleh dimakan. Biji benih tumbuhan ini mungkin telah dihanyutkan dan disebarkan dari Timur Afrika melalui Lautan India.

Ini merupakan satu contoh penyebaran biji benih jarak jauh di sepanjang kawasan Asia Pasifik, seperti kelapa dan nipah. Tumbuhan ini turut dijumpai tumbuh di kawasan Mersing, Johor.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 803

Semalam 7903

Minggu Ini 28169

Bulan Ini 101210

Keseluruhan 7886732