soalan lazim| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

 

wilayah_bm

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan Kepong dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa telah mengadakan Kursus seperti berikut:

Kursus : Etiket dan Protokol Bil. 1/2012
Tarikh
: 6-8 November 2012
Tempat
: Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menganjurkan Program Executive TalkJabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Bagi Bulan Oktober Tahun 2012 sepertimana ketetapan berikut :-

Tarikh
: 17 Oktober 2012 (Rabu)
Masa
: 2.30 petang
Tempat
: Dewan Damar Minyak, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia
Agenda : Program Executive Talk JPSM

 

Tujuan Program

  1. Untuk berkongsi maklumat terkini mengenai sesuatu isu perhutanan semasa;
  2. Memberi peluang kepada pegawai-pegawai yang telah menghadiri mesyuarat, bengkel, kursus, seminar dan persidangan membuat pembentangan mengenai isu-isu yang berkaitan; dan
  3. Sebagai salah satu landasan untuk menyebar luas maklumat di kalangan pegawai-pegawai.

 

Bahagian Silvikultur & Pemeliharaan Biologi Hutan dan Bahagian Ladang Hutan & Perlindungan Hutan telah mengadakan Makmal Membincangkan Aktiviti Pemulihan Hutan Yang Dilaksanakan Oleh Jabatan Perhutanan Negeri pada 9 - 10 Oktober 2012 di Pusat Edu-Ecotourism Pengurusan Hutan Tropika, Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan. Makmal ini bertujuan untuk membincangkan status pelaksanaan aktiviti tanaman pokok di kawasan miskin dan kawasan lapang serta kapasiti tapak semaian dalam menghasilkan bahan tanaman oleh Jabatan Perhutanan Negeri.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan menganjurkan Kursus Statistik Dalam Perhutanan sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh
: 19 - 21 November 2012
Tempat
: The Orient Star Resort, Lumut, Perak.

 

Objektif kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai konsep statistik dan aplikasinya dalam bidang perhutanan. Kursus ini juga akan memberi pendedahan mengenai cara memungut, menganalisis data bagi sesuatu projek kajian atau penyelidikan.

Peserta kursus ini adalah terdiri daripada pegawai-pegawai Gred 27 dan ke atas dari Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan Kepong dengan kerjasama Bahagian Forest Eco-Park & Hutan Taman Negeri telah mengadakan Kursus Pemahaman dan Penilaian Pokok Bahaya di Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri Semenanjung Malaysia sepertimana ketetapan berikut :-

Tarikh        : 4 - 5 Oktober 2012
Tempat : Bilik Seminar, Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong.
Tujuan :

Memberikan pengetahuan asas kepada kakitangan Jabatan yang bertugas di Hutan-hutan Lipur atau Hutan Taman Negeri mengenai kaedah mengenalpasti, mengurus, mengawal dan memantau pokok bahaya.

 
 
 

 

Contact Us

Forestry Department of Peninsular Malaysia Headquarters,
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
Phone. No: 603-26164488
Fax: 603-26925657
E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Visitor Counter

Today 3799

Yesterday 16762

Week 104586

Month 121501

All 11952054