HURAIAN MORFOLOGI
Pokok kecil setinggi 8m. Daun tua layu menjadi warna oren atau merah. Daun berbentuk bujur telur melonjong, nipis, liat, sedikit gerigi pada bahagian sempadan daun. Tiada tangkai daun atau ada tangkai pendek hingga 1.2cm panjang, urat daun kerap kali berwarna kuning.
TABURAN EKOLOGI
Hutan tanah rendah dan bukit
STATUS DI MALAYSIA
Meluas
KEGUNAAN
Mengubati luka/ kudis
KAEDAH
Daun diramas dan disapu pada tempat luka/ kudis.
BAHAGIAN DIGUNAKAN
Daun