HURAIAN MORFOLOGI
Pokok sederhana besar setinggi 20m, tidak banyak dahan. Daun majmuk, sederhana besar, anak daun dengan ukuran lebar yang hampir sama, bertangkai pendek, bentuk lonjong, pucuk muda berwarna hijau kekuningan.
TABURAN EKOLOGI
Hutan tanah rendah dan bukit
STATUS DI MALAYSIA
Meluas
KEGUNAAN
Penawar gigitan ular
KAEDAH
Bunga diramas dan dipupuk pada bekas gigitan.
BAHAGIAN DIGUNAKAN
Bunga