Spesies ini berasal dari Australia Utara, Papua-New Guinea dan Indonesia Timur (Maluku dan Irian Jaya). Ia biasa didapati di kawasan tanah pamah yang mempunyai ketinggian bawah 100m dari aras laut. Spesies ini boleh membesar sehingga mencapai ketinggian 30m. Antara kegunaannya adalah untuk pembuatan perabot dan kabinet, rangka pintu, kayu kumai, binaan ringan serta pulpa dan kertas.